Mudahnya Lupa

Dahulu saya selalu merungut dengan geng mak jemah...
Sebabnya saya selalu lupa perkara yang mungkin tak berapa penting...
Sebagai contoh, terlupa letak sesuatu barang kat mana....
Terlupa nak buat apa lepas ni...
Kadang-kadang sampai tahap bila pergi pasar beli barang untuk memasak, saya terlupa bawa balik barang tersebut disebabkan saya meletakkannya di kaunter sebelah kaunter pembayaran semasa hendak membeli barang yang lain....
Nasib baik jarak pasar dan rumah sekangkang kera jer...
Dan nasib baik jugalah tuan kedai masih menyimpankan barang tu untuk saya...
Tetapi kan bukan saya sahaja yang mengalami masalah lupa ni...
Kawan-kawan yang lain juga....
Adakah sebab faktor usia....
Ataupun sebab banyak urat yang dah terputus semasa melahirkan baby...
OMG.....
Tetapi saya juga ada buat kajian...
Kadang-kadang saya merasakan disebabkan faktor pekerjaan saya ini juga boleh menyumbang kepada faktor tersebut...
Hehehe....entahlah kan.....
Harap-harap penyakit lupa saya ini tidak semakin parah....
Jangan sampai lupakan Tuhan sudah la kan...
Itu lagi teruk...
Jauhkanlah saya daripada perkara tersebut...
aamiinn...





Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!