Posts

Showing posts from July, 2016

Perginya seorang ayah....

Image
Semalam dikejutkan dengan berita pemergian seorang kawan yang agak lama saya tidak berjumpa dengannya.. sejak berpindah ke tempat kerja baru hampir 2 tahun memang susah nak berjumpa... jika dahulu semasa duduk di Bukit Gambir, walaupun jarang berjumpa tetapi kerap juga terserempak beliau mahupun isterinya menaiki kereta memandangkan memang mereka sudah menetap di situ.... tetapi sekarang hanya dapat melihat aktiviti beliau di facebook yang banyak berkisar tentang kerjayanya.. . sekejap sahaja mendapat berita beliau koma di ICU di Hospital Muar daripada rakan sepejabat semasa dalam mesyuarat pagi semalam, lebih kurang sejam selepas itu saya dikejutkan dengan pemergiannya menghadap pencipta dengan meninggalkan isteri bersama 4 orang anaknya.... teringat kali terakhir bercakap dengannya semasa terserempak dia dan isterinya membawa anaknya yang ketiga (lelaki yang sebaya dengan anak sulung saya 5 tahun usianya sekarang),membuat pemeriksaan rutin tak silap sewaktu itu usia kakak Syira

Innalillahiwaiinnalillahiraaji'un..

Image
DaripadaNya kita datang... dan kepadaNya jua kita kembali... Hari ni sepatutnya saya masih bercuti.. tetapi kerana ada satu kes kematian yang melibatkan klien saya, makanya tanggungjawab terhadap kerja perlu diutamakan.. tambahan pula klien saya ini tiada nombor telefon waris untuk dihubungi... makanya tugas itu saya perlu selesaikan dengan kadar segera... seorang klien yang dah berusia 52 tahun.. satu-satunya klien saya yang paling berusia, dan tiada banyak karenah..mungkin juga kerana faktor usianya dan dia sudah tidak mahu menyusahkan sesiapa... jam 3.13 pagi whatsapp dihantar kepada saya memaklumkan tentang kematiannya.. malangnya kerana handphone dalam mode silent, panggilan juga  berkali-kali dibuat sejak jam 4.00 pagi tidak saya dengar... hanya selepas jam 7.30 pagi baru saya melihat handphone, dan barulah berita itu saya terima.. Allahu Akbar... sehari sebelum itu saya dimaklumkan dia dimasukkan kehospital..jam lebih kurang 6.00 petang.. terlalu singkat masa itu...

Candid Raya 1 Syawal

Image
Selamat malam semua blogger... Dan silent reader... Alhamdulillah 1 Syawal datang lagi pada tahun ni... So,  setelah sebulan berpuasa tibalah masanya umat Islam di seluruh dunia meraikan kemenangan setelah berjaya melaksanakan ibadah puasa... Jadi tahun ni giliran beraya di sebelah keluarga saya.. Esok akan balik ke rumah MIL.. Tahun ni adik bongsu saja yang tiada kerana mengikut keluarga mertuanya beraya di Perak.. So jomlah lihat candid kami di pagi raya sebelum upacara bermaaf-maafan..

Syawal Menjelma...

Image
Alhamdulillah... Lagi 2 hari Syawal akan menjelma kan... Bagi meraikan kemenangan seluruh umat Islam yang berjaya mengerjakan ibadah puasa... Untuk itu, sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, saya dengan rendah hati bersama seluruh ahli keluarga menyusun jari memohon ribuan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang kami kenal mahu pun tidak, di atas segala keterlanjuran kata, sama ada disedari / sengaja atau pun tidak sengaja... Berhati-hati di jalan raya jika ingin pulang ke kampung halaman... Jemputlah datang ke rumah ibu bapa saya jika ada kelapangan.... SELAMAT HARI RAYA...MINAL AIDIL WALFAIZIN....