Posts

Showing posts from 2021

Vaksin Oh Vaksin

Image
 Haisemua.. . Hari ini ada semangat nak update blog disebabkan baru lepas makan dan ada idea datang. So marilah kita cerita tentang vaksin. . Sebelum ini saya memang tertunggu juga untuk menerima vaksin kerana tempat kerja memang tempat berisiko untuk mendapat jangkitan kerana menerima kes tangkapan klien dari luar yang telah dijatuhkan hukuman mahkamah.. . memang agak lama juga nak dapat giliran untuk vaksin ni sebab boleh dikatakan kami adalah 'batch' yang kedua, sebab batch yang pertama pada bulan Mac. Antara sebab kenapa saya pilih untuk vaksin adalah kerana keadaan semasa yang memerlukan untuk saya divaksin...kes covid yang semakin meruncing dan mengambil masa untuk pulih juga antara sebab kenapa saya memilih vaksin. . selain itu, disebabkan kerajaan juga menawarkan vaksin secara percuma kepada rakyat Malaysia, so sebagai rakyat saya menyahut seruan kerajaan untuk mendapat vaksin ini sebagai perlindungan diri saya dan juga orang di sekeliling...walaupun banyak digembar gem

Selamat Hari Lahir Boyfriend

Image
Semalam adalah 17 Mei 2021... . Masih ingat lagi tepat jam 4.00 pagi pada tarikh 18 Mei 2019 lahirlah seorang khalifah.... Masa ini kesakitannya hanya Allah yang tahu...sangat luar biasa hinggakan selepas melahirkan dalam labour room tu saya dah wassap husband bagi tahu cukuplah ini kali terakhir saya melahirkan....kesakitannya melebihi semasa melahirkan dua orang kakaknya ... Bayangkan selepas Isyak saya mula merasai kontraksi, dan tak pernah rasa kontraksi itu melibatkan sakit pinggang sehingga saya tak boleh nak duduk....punyalah saya tawaf satu wad bersalin menahan kesakitan...jam 12 saya dihantar ke labour room...bayangkan hampir empat jam menahan kesakitan...itulah pengalaman pertama melahirkan anak lelaki yang hingga sekarang saya masih teringat akan kesakitan itu....masa tu teringat kata-kata seorang kawan mengatakan lahirkan anak lelaki memang lagi sakit dari anak perempuan... . Memang Allah dah takdirkan anak ini nak lahir sehari sebelum tarikh lahir kakak Husna...so senang k

Itulah Saya, Kadangkala Membantu Tidak Kira Siapa

Image
 Cerita ini ingin saya kongsikan kerana sejak berhadapan dengan situasi ini, macam2 emosi yang saya alami... . Tapi syukurlah akhirnya bila klien ini sudah sudah bebas, episod emosi saya yang kacau bilau itu pun mula reda.... . Kisahnya bermula apabila sering membantu seorang klien ini dalam memudahkan urusannya, terutama berkaitan dengan keluarganya, dari mula print gambar isterinya, print gambar keluarganya, telefon keluarganya sehinggalah beberapa kali dia minta untuk dibelikan nasi lemak dan makan bersama rakannya. . Tetapi disebabkan klien ini sering bermain dengan emosi "touching dan sensitif" mungkin disebabkan anak bongsu gamaknya, so dia berharap semua keinginannya akan dipenuhi..termasuklah bila berurusan dengan saya. . beliau sangat bagus dalam melaksanakan kerjanya, cuma apabila selalu berurusan dengan saya kadang-kadang terasa berlebihan pula reaksinya...tiada rasa hormat kadangkala, dan sesuka hatinya menegur saya apabila ada kesilapan yang saya buat..itu yang m

Kepulihan Sepanjang Hayat

Image
 Jarang saya share tentang pengalaman pekerjaan saya selama ini....tetapi kalau saya share mahu boleh buat satu buku gamaknya...hehehe... . tiba-tiba hari ini saya nak share tentang sesuatu...tentang bekas klien saya... . selalunya yang buat saya sangat touching bila berhubung dengan ibu klien-klien saya...yela saya juga seorang ibu, so saya tahu macamana rasa kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya..sejahat atau seburuk mana pun anaknya ibu tidak akan pernah membuang anak sendiri walaupun banyak airmata dah menitis disebabkan mereka... . so tergerak hati nak tanya khabar seorang klien, jadi saya pun wassap ibunya...untuk bertanyakan khabar... apabila ibunya memberitahu tentang perkembangan anaknya, memang saya sedikit kecewa, sebab hampir 9 bulan dibebaskan klien masih tidak bekerja, dan ibunya mengatakan klien seperti sudah kembali kepada perangai lama...hanya sekejap saja ok selepas dibebaskan... . ibunya terus memaklumkan kepada anaknya apabila saya ada bertanyakan khabar ten

Salam Syawal PKP 2021

Image
Hai...selamat malam...apa khabar kawan-kawan semua...Ya Allah lama sungguh meninggalkan dunia blogger ni.... . Sibuk dengan kerja.....sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu.....dan ditambah dengan kepenatan dan kemalasan juga....hehehe... . Malam ni last berbuka puasa....dan esok menandakan syawal akan tiba......Tahun ni nampaknya sangat berbeza sambutan syawal kerana PKP yang telah diumumkan di seluruh negara disebabkan COVID 19... Tahun lepas juga sambutan Aidilfitri agak sayu disebabkan COVID 19 ni......cuma boleh juga rentas daerah tapi kali ini langsung tidak dibenarkan...makanya terpisahlah kami dengan tiga lagi anak-anak dara dan bujang kami yang kini berada di Muar. . Tahun ni juga kita digemparkan dengan serangan oleh Israel ke atas Palestin pada 26 Ramadhan yang menyebabkan saya terfikir apalah sangat dugaan tidak boleh beraya dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini...mereka bermandikan dengan peluru dan kanak-kanak serta wanita menjadi mangsa.. . . Semoga Kek