apa itu GDM on DC

"Diari saya sebagai ibu hamil buat kali kedua..."
sebagai seorang ibu hamil memang sangat teruja untuk menunggu kelahiran baby...
apa yang sangat diharapkan baby itu sihat dan selamat lahir ke dunia...
tetapi pelbagai cabaran yang terpaksa di tempuhi sepanjang kehamilan ini...
terutama sekali dari segi aspek kesihatan...begitu juga dengan saya...
kehamilan kedua kali ini memang sangat menguji kesabaran dan kekuatan saya sebagai seorang ibu apabila mengalami pelbagai masalah kesihatan...
dari awal trimester pertama...alahan yang agak teruk sehingga saya dimasukkan air (mujurlah tidak ditahan di hospital)...
kemudian HB saya pula di tahap yang rendah...itu menyebabkan saya rasa macam nak pitam dan denyutan jantung agak laju serta selalu berdebar-debar...
masuk trimester kedua (saya mengalami masalah sakit-sakit pinggang dan punggung sehingga menyukarkan saya untuk bergerak)...
dan bermulanya episod yang agak mencabar di trimester ketiga (masuk kandungan 28 minggu)...saya disahkan menghidap GDM on DC...apa itu?
segalanya bermula apabila saya selesai minum air gula (MGTT bagi ibu-ibu yang mempunyai sejarah keturunan mempunyai penyakit diabetes)...ini adalah MGTT saya yang kedua...
agak terkejut apabila dimaklumkan oleh jururawat melalui panggilan telefon yang kandungan gula dalam darah saya tinggi dan perlu menjalani BPS...iaitu Blood Sugar Profile.
(ujian darah sebanyak 4 kali dalam sehari)...sejak dari itu..setiap dua minggu saya perlu membuat BPS untuk melihat tahap gula saya....
Apa itu GDM sebenarnya...Gestitational Diabetes Mellitus....
Diabetis gestasi adalah diabetis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus kehamilan diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
• dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
• anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
• keluarga anda mempunyai sejarah diabetis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai diabetis);
• keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah diabetis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Comments

Popular posts from this blog

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!