Harga Sebuah Persahabatan....

Walau apapun tanggapan dia pada saya...
Apa yang paling penting sekali saya tidak pernah lupa setiap kebaikan yang dibuat...
Itu sebab walaupun sejahat mana tindakan dan kata-kata yang diluahkan menghiris hati dan perasaan saya...
saya tetap tidak akan mampu membenci dan membuang dia dalam memori saya...
saya tetap akan melihat setiap perkembangan dan perjalanan kehidupan dia 
(bagaimana saya lakukan itu adalah rahsia)...
Ini adalah kerana saya adalah orang yang sangat menghargai setiap kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap saya...
Jangan pernah kita lupakan perkara itu....biarpun apa kesalahan mereka selepas ini..
Walaupun saya tidak mahu menyimpan dia dalam hati saya, kerana hati manusia sangat mudah berbolak balik....dan boleh berubah sekelip mata...
Biarlah saya simpan dia dalam setiap doa saya, kerana doa tercatat di langit selamanya... 




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!