Hubungan Jarak Jauh

Pernah tak agaknya sesiapa yang merasai pengalaman ini??
.
Kalau masa bujang dahulu, hubungan jarak jauh mungkin berbeza dengan selepas berkahwin kan...
Sebab apa saya kata berbeza?
.
Ya lah...masa zaman bercinta, pasangan kita belum sah sepenuhnya menjadi milik kita....
tetapi bila dah berkahwin, mereka adalah teman sehidup semati kita...
InshaAllah kalau dipanjang umur la kan....
.
Jadi soal kepercayaan, dan rasa cinta itu sedikit sebanyak memang sangat berbeza....
.
Kalau zaman bercinta, kita nak bagi kepercayaan 100 peratus memang susah kan...
Ya lah...hati manusia, mudah berbolak-balik.....lagi pula dia memang jauh dari pandangan mata, sesekali sahaja berjumpa....dan belum sah menjadi pasangan kita..
so masing-masing masih bebas untuk membuat pilihan...
.
Tetapi bila sudah berkahwin, kita sudah tiada pilihan...
kena juga letak kepercayaan kepada pasangan tetapi jangan sampai hubungan jarak jauh menjadi semakin hambar.....
Pendek kata, gunakan kemudahan teknologi yang ada untuk sentiasa merapatkan hubungan tersebut....
Jangan sampai kekosongan hati pasangan, dan kesepian yang dialami diambil alih oleh insan lain yang sudah pasti akan menjadi perosak kepada sesuatu hubungan....
.
Memang banyak dugaan dan cabaran bila berjauhan...
Ini kerana saya sendiri mengalaminya....
.
Maka suami kenalah sentiasa memainkan peranan, begitu juga dengan isteri kena sentiasa pandai menjaga diri.....
Jangan benarkan syaitan menjalankan peranannya untuk menghasut manusia melakukan kemungkaran.....
Sentiasalah berdoa semoga hubungan tersebut sentiasa diberkati Allah dan dikekalkan selama-lamnya....aaminnn...



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!