Posts

Showing posts from September, 2016

Throwback..Bercuti di Lotus Desaru Beach Resort

Image
Dah dekat 2 minggu berlalu kami pergi menghabiskan masa cuti sempena cuti hari Malaysia... baru hari ni nak update cerita... tak apalah janji saya dapat share kan kepada semua pengalaman di Lotus Desaru Beach Resort.. ok lah..kalau nak tahu sebenarnya percutian ni tak dirancang... seleasai buat celebration kecil-kecilan di rumah sempena birthday mak dan abah.. esoknya saya terfikir seperti mahu bawa mereka pergi bercuti.... yelah..tak pernah lagi rasanya mereka bermalam jauh sedikit melainkan tahun lepas kami bercuti di Felda Residence Tanjung Leman.... so saya pun sibuk mencari tempat percutian yang taklah jauh mana.. makanya desaru menjadi pilihan... so cari dekat booking.com... Alhamdulillah ada kekosongan untuk bilik di Lotus Desaru... so saya pun booking untuk 2 bilik.... selama 2 malam.... satu malam harganya lebih kurang.Rm600.00++... percuma untuk 4 orang breakfast.... sampai di sana untuk check in..lebih kurang jam 3... kena bayar deposit RM 250.00 dan bayar fu

Tudung Ruffle Yang Senang di Pakai..

Image
Selamat pagi uolls... hehehe... Alhamdulillah lepas bersarapan bigbreakfast, perut dah kenyang.. semangat nak post new entry... . Sejak dua menjak ni agak gila membeli barang secara online je la... but masih dikawal... so...saya pun nak share kegilaan saya ni... salah satu yang saya beli adalah tudung ruffle.. mungkin jenama tudung ni belum lagi glamour dan popular macam tudung aidijuma...or ariani...even Fareeda... tapi yang saya tertarik nak test kerana dia ada unsur bawal... because saya adalah peminat tegar bawal... bawal aidijuma...bawal exclusive (hahaha..paling mahal pun yang saya mampu beli setakat harga RM 67.00..yang beribu-ribu tu memang tak mampu la mak...).. sebabnya hanya tudung bawal yang kena dengan muka saya yang memang tembam... wooww...bila lah nak kurus...hahahaha... . so sibuk la meng'google'...pergi kat website dia...IG juga and tengok Tutorialnya... amboii excited gitu...(untuk lelaki post ni memang tak sesuai untuk dibaca unless anda

Kunci segala masalah.. DIA.. (CTOS)

Hampir sebulan yang lalu saya sering dibayangi dengan kesukaran dan keperitan.. Gara-gara saya pernah menjadi penjamin kepada seseorang.. Dan apabila beliau tidak membayar pinjaman kenderaannya , saya juga terjejas sama.. Itu cerita 10 tahun yang lampau.. Dan baru-baru ini apabila segala loan saya dengan bank telah selesai,  dan  saya juga mula berfikir untuk membuat komitmen baru,  masalah ini terus menghantui saya.. Untuk berhubung semula dengan beliau adalah tidak mungkin kerana saya tidak ingin mencipta masalah baru.. Pelbagai andaian negatif dan bisikan jahat yang datang kepada saya apabila terlalu memikirkan masalh ini.. Ya Allah.. Ampunkan hambaMu ini.. Saya start meng'google' sehinggalah saya menemui bagaimana untuk mengetahui status kredit atau hutang saya dengan menemui laman web.. www.ctos.com.my Alhamdulillah.. Apabila segala masalah yang kita hadapi kita harapkan Allah sebagai tempat sandaran,  segalanya Allah permudahkan.. . senang saja...buat akaun

#kamibersamamusafieyilias

Image
Assalam.. Selamat malam dunia.. Hai blogger @ silent reader juga.. Lamanya saya rasa tak menaip entry yang panjang.. Yupp... Sebab kesibukan nak memulakan sesuatu membataskan segalanya... Nanti saya akan kongsikn ye.. Malam ni nampaknya terasa nak berkongsi tentang sesuatu.. Ingat tak saya pernah kongsikan cerita tentang hijrah seorang pondan... A. K. A @safieyilias.. Safiudin Ilias.. Saya juga pernah share tentang testimoni produk keluarannya yang saya gunakan iaitu Perlaking... Produk yang saya tidak pernah tahu kewujudannya sehinggalah saya terbacakn kisah penghijrahan beliau yang di 'share' oleh rakan fb di wallnya.. Dan sejak itu saya menjadi followernya baik di fb mahupun di ig.. Kerana mahu mengikuti kisah penghijrahan yang banyak mendapat sokongan tak kurang kritikan dari masyarakat.. Dan hari ini saya sangat terkejut apabila terbaca post berkenaan dirinya yang dah kembali menjadi pondan.. Allahu.. Sesungguhnya memang benar Allah yang berkuasa membolak bali