Wanita Dan PMS..

Siapa rasa dia wanita sila angkat tangan??
Hehehe...
Bukan apa kan...bila sebut wanita Dan PMS ni memang ianya tak dapat dipisahkan...
Pre Menstrual Syndrome..a.k.a PMS..
Kalau boleh dielakkan memang rasanya tak ada wanita yang nak merasai Dan melaluinya...
Tetapi itulah fitrah kejadian wanita, Tuhan dah kurniakan ianya khas untuk wanita..
Huwaa....
Bila dah kena PMS...sendiri mahu ingatlah..
Berwaspadalah duhai kaum lelaki..
Sila ambil tahu tentang hal yang sangat penting ni..
Nak tahu apa tanda-tandanya.....
.
@mood atau emosi boleh berubah....sensitif,nak marah,sedih Dan cengeng tanpa sebab munasabah..semua serba tak kena..pendek kata janganlah buat sesuatu yang akan membuatkan mood mereka ni jadi berubah-ubah dalam sekelip mata...kadangkala jadi malas sangat..tak ada mood nak layan semua orang..
.
@dulu masa awal remaja saya sampai tahap muntah-muntah...pening kepala, sakit perut teramat sangat juga situasi yang perlu dilalui..
.
So be aware..I'm in PMS right now...so please stay away from me...



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!