Posts

Showing posts from November, 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang..

Image
Memang betul kan... Manusia akan berubah seiring dengan waktu... Ada banyak sebab perubahan itu berlaku.... Mungkin kerana melalui pengalaman yang menakutkan... atau juga mungkin melalui satu pengalaman yang menyedihkan.... Kadang-kadang tanpa kita sedar perubahan itu telah pun berlaku terhadap diri kita... bukan kita sendiri yang sedar, tetapi orang di sekeliling kita yang membuatkan kita sedar... hehehe...apa laa ayat berputar belit ni... tapi faham kan maksud saya... dulu saya seorang yang sangat soft spoken... lemah lembut...of course laa sebab perempuan kan...hehehe.. suka jaga hati orang lain....huwaa....teruknya saya rasa masa tu... but once bila dapat kawan masa study dulu yang sangat selfish, she make me realizes... so saya mula berubah, jadi lebih tegas sedikit...sebab tak nak selalu kena buli... bila dah mula bekerja pula, pekerjaan saya sekarang ini banyak mengubah personaliti saya... berhadapan dengan manusia yang bermasalah dan mempunyai identiti yang sanga

HARI YANG STrEss!!

Image
Huhuhuuhu... Bila sesekali cuti lama, naik kerja semula memang stress... Huwaaaa...!! Memang stress... awal pagi dah kena ganti orang lain jadi staff on duty disebabkan anak buah tak datang kerja kerana masalah peribadi... nasib lah datang awal juga... banyak perkara yang berlaku...kadang-kadang menambahkan stress yang ada.. tapi tak apalah... hidup memang begini kan...cuma jangan lah mengeluh.. take it as a simple matters... cuma bila ada tempat meluahkan perasaan, berkongsi cerita rasa tenang dan lega sedikit.. thats what friend for... tq for being my friends...

Permudahkan Urusanku..

Image
Bismillahirahmanirrahim.... Permulaan hari bekerja... Semoga segalanya dipermudahkan.. Aaminn... You can do it... Don't make it stress...

Lalala kerja oo kerja...

Image
Setelah hampir 6 hari bercuti, esok bermulalah rutin harian seperti biasa... Iaitu mencari rezeki @ bekerja.. Huwaa....bertabahlah... Back to normal... Perkara yang saya kena hadapinya macam biasa... Memang betul la, kerja seperti saya ni memang kena ambil masa untuk bercuti dalam tempoh masa tertentu untuk merehatkan diri, minda Dan emosi... Ya lah kerja berhadapan dengan karenah manusia kan... Yang penting teringat satu kata-kata seorang kawan yang pekerjaan kami ini adalah satu jihad... So jangan pernah berputus asa kerana besar ganjaran yang kita akan perolehi.. InshaAllah kalau kita sentiasa ikhlas... Kata-kata itulah yang saya pegang untuk menaikkan motivasi saya.. Faiz cakap kena sentiasa move on.. Ya...saya buat dan saya akan terus berusaha..

Happy wedding Day

Image
Minggu yang agak penat tetapi sangat berbaloi kerana dapat berkumpul dan bekerjasama dengan semua ipar duai Dan adik beradik husband... So semalam selamatlah sudah adik ipar saya, Ujai menjadi suri dalam hidup Am... Dengan sekali lafaz sahaja mereka berjaya disatukan... Dua minggu lagi giliran adik saya pula... Tiap-tiap tahun kami suami isteri ni menerima adik ipar..hehhee.. selagi semua belum selesai berumahtangga macam tu lah gamaknya... Kami semua doakan kamu berdua berbahagia hingga ke syurga.. Aamiinn... Gambar tak cukup korum.. Anak Dara ni standby untuk berzapin..

Mak Jemah In Da House

Image
Hari ini tercapai juga impian kami untuk berkumpul Dan berjumpa setelah 11 bulan saya berhijrah... Cuma seorang je yang tiada sebab masih cuti bersalin.. Apapun thanks uolls sebab sudi meluangkan masa bergosip dan bergelak sakan... Hilang stress.... Next time kita plan lagi ekk..

Mission not possible..

Ahaahh..!! Tajuk tak ingat... Aduhai letih hari ni... Misi mencari Baju untuk 2 budak kecik tu sempena majlis kahwin adik ipar saya... Misi mencari buku.... Misi merawat muka yang mana masalah resdung semakin memuncak... . Misi cari Baju berjaya Walaupun agak kurang berpuashati... . Misi cari buku... Agak kecewa sebab buku REINKARNASI tu dah sold out....so beli buku lain...TARBIAH SENTAP.. . Misi merawat muka paling puas hati Walaupun sakitnya kenalah tahan... . So settle semua misi saya hari ni....penantian hujung minggu yang agak memenatkan mungkin.. Yang penting kita happy... . Esok boleh bergosip2 dengan mak jemah...

Jom breakfast...

Image
Banyak perkara Dan misi yang harus di 'settle'kan pada hari ini... Apapun sebelum memulakan semuanya, kita isi perut dulu ekk... Pagi-pagi kita pekena harshbrown and pancake....

Wanita Dan PMS..

Image
Siapa rasa dia wanita sila angkat tangan?? Hehehe... Bukan apa kan...bila sebut wanita Dan PMS ni memang ianya tak dapat dipisahkan... Pre Menstrual Syndrome..a.k.a PMS.. Kalau boleh dielakkan memang rasanya tak ada wanita yang nak merasai Dan melaluinya... Tetapi itulah fitrah kejadian wanita, Tuhan dah kurniakan ianya khas untuk wanita.. Huwaa.... Bila dah kena PMS...sendiri mahu ingatlah.. Berwaspadalah duhai kaum lelaki.. Sila ambil tahu tentang hal yang sangat penting ni.. Nak tahu apa tanda-tandanya..... . @mood atau emosi boleh berubah....sensitif,nak marah,sedih Dan cengeng tanpa sebab munasabah..semua serba tak kena..pendek kata janganlah buat sesuatu yang akan membuatkan mood mereka ni jadi berubah-ubah dalam sekelip mata...kadangkala jadi malas sangat..tak ada mood nak layan semua orang.. . @dulu masa awal remaja saya sampai tahap muntah-muntah...pening kepala, sakit perut teramat sangat juga situasi yang perlu dilalui.. . So be aware..I'm

Telegram oo telegram..

Image
Dulu saya tak tahu sangat apa fungsi telegram ni... Tapi sejak dua menjak ni barulah saya tahu... Fungsinya serupa je macam wassap.. Dulu rasa macam membazir je install telegram ni... Yalah sebabnya ramai kawan saya yang tak ada telegram.. So jarang sangat saya guna... Tetapi sejak dah tahu ada fungsi lain kat telegram ni...saya jadi excited pula... Cuma ada lebih sedikit kelebihannya yang saya nampak..... Kita boleh join channel apa pun... Tapi dengan syarat kita ada akaun twitter.. So saya memang ada akaun twitter.. dengan menjadi follower kepada orang tertentu, kita akan dapat join channel mereka suggest kan... Dengan Join channel tersebut kita akan dimaklumkan dengan sebarang info atau maklumat yang berkaitan channel itu. So saya banyak mengikuti channel berunsur motivasi... Alhamdulillah rupanya banyak kelebihan yang saya dapat.. Walaupun tak kenal admin nya, itu tak penting... Apa yang penting kata-kata semangat yang diberikan dapat memberikan motivasi kepada saya

Bekerja dengan akal bukan emosi

Image
Selama ini saya selalu rasa saya banyak menurut emosi... Terutama apabila dalam melaksanakan kerja... Tapi itu dulu... Bila ianya juga melibatkan orang yang suka beremosi.. Huwaa...teruknya saya rasa... Tapi sekarang saya Cuba berusaha untuk menghindarkan ianya dari berlaku... Seteruk mana pun hari kita, jangan sesekali kita melayan orang lain dengan teruk... Sebab apa yang kita beri, itulah yang kita dapat... Walaupun kadangkala terasa dengan sikap seseorang apabila kita ingin meminta bantuan seperti tidak diendahkan.. Hanya kerana waktu itu mungkin dia agak stress. Tapi cukuplah ianya sampai di situ sahaja.. Dendam tidak akan membawa kita ke mana-mana... Ya...saya berjaya lakukannya hari ini... Bukan untuk sesiapa.. Just for me in future... Buat baik pasti akan dibalas dengan kebaikan... Itu janji Allah... ---->i forgive you not because you deserved forgiveness but I deserved peace<----

Gambar Konvo Kakak

Image
Yeayy... Akhirnya dah siap juga gambar ni.... Saja je nak buat kenangan... Pada hal bukan convo besar sangat pun.. Nanti kakak habis tadika kita ambil gambar lain pulak... Mana tahu masa tu mama dah kurus...hehehe... Amboii berangan je... Usaha tak ada..... Choii...hahahaha..

Konsep Syukur...

Image
Sebenarnya dah lama nak post entry ni... Saya mendengar ceramah ni semasa nak tunggu YB datang ke majlis graduasi kakak... So dibuat slot ceramah hampir 45 minit juga laa yang disampaikan oleh seorang ustaz... Ustaz apa entah tak ingat nama dia... Tapi cukup bersemangat cara penyampaian dia... Walaupun tak banyak input yang saya dapat sebab tak dapat nak fokus disebabkan bising... almaklumlah majlis yang dihadiri hampir 90% golongan kanak-kanak..mana tak bisingnya... tapi disebabkan saya duduk dibarisan paling hadapan sekali, maka Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu untuk di share.... Menurut beliau.... Konsep syukur ini boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan dan situasi...... ----@ Kegembiraan Vs Kesedihan Setiap orang akan melalui saat-saat gembira dalam hidup.... Janganlah kita lupa bahawa kegembiraan itu juga merupakan ujian untuk kita... Jangan pernah untuk tidak bersyukur dengan setiap kegembiraan yang kita alami.. kerana kelak kita tidak akan tahu apa yang berl

Little Caliph..

Image
Semalam adalah hari gembira untuk adik saya Dan isterinya... Akhirnya mereka selamat mendapat cahayamata perempuan... Dan secara rasminya ini adalah anak saudara kedua saya... Tengok baby macam rasa nak preggy lagi... Tapi mengenangkan semuanya yang akan dilalui, hasrat itu perlu ditangguhkan dulu... So welcome to the world little caliph... Semoga kehadiran kamu memberikan sejuta kegembiraan Dan rezeki buat ayah Dan ibu... Nama Saya Anis Nasyitah....

Rutin Yang Berbeza

Image
Selamat Pagi semua...!! Dah 5 hari rasanya tak update apa-apa entry.. Nampak tak bezanya dulu dengan sekarang... Dulu saya selalu diselubungi dengan perasaan negatif menyebabkan saya rajin nak tulis entry untuk meluahkan apa yang saya rasa... Tapi sekarang Alhamdulillah.. Hidup rasa tenang... Jarang rasa sedih dan mood tak ok... Berkat apa yang telah berlaku Dan Allah permudahkan nya untuk saya.. Tetapi semalam agak terkejut dan lemah semangat saya apabila terserempak ular hitam dalam rumah semasa hendak ke dapur membuat susu anak... Rupanya ular tu rasanya dah lama bertapa bawah sinki dapur tu sebab telah pun bersalin kulitnya... Nasib baik saya yang jumpa bukan anak-anak.. Syukur Tuhan selamatkan kami semua daripada binatang berbisa itu... Cuti 3 hari duduk saja di rumah... Semalam dah hantar kakak ke kelas mewarna... So target cuti sekolah ni mesti habiskan masa kakak dengan mengajar dia menulis Dan membaca... Dan pelbagai aktiviti homeschooling yang l

Mudahnya Lupa

Image
Dahulu saya selalu merungut dengan geng mak jemah... Sebabnya saya selalu lupa perkara yang mungkin tak berapa penting... Sebagai contoh, terlupa letak sesuatu barang kat mana.... Terlupa nak buat apa lepas ni... Kadang-kadang sampai tahap bila pergi pasar beli barang untuk memasak, saya terlupa bawa balik barang tersebut disebabkan saya meletakkannya di kaunter sebelah kaunter pembayaran semasa hendak membeli barang yang lain.... Nasib baik jarak pasar dan rumah sekangkang kera jer... Dan nasib baik jugalah tuan kedai masih menyimpankan barang tu untuk saya... Tetapi kan bukan saya sahaja yang mengalami masalah lupa ni... Kawan-kawan yang lain juga.... Adakah sebab faktor usia.... Ataupun sebab banyak urat yang dah terputus semasa melahirkan baby... OMG..... Tetapi saya juga ada buat kajian... Kadang-kadang saya merasakan disebabkan faktor pekerjaan saya ini juga boleh menyumbang kepada faktor tersebut... Hehehe....entahlah kan..... Harap-harap penyakit

Perkongsian itu..

Image
Hebat sebenarnya kan rasa perasaan kita apabila kita mampu berkongsi sesuatu dengan orang lain.... Kongsi apa tu ek? Bukan berkongsi kasih... Juga bukan berkongsi harta benda... Tapi perkongsian yang saya maksudkan di sini adalah berkongsi masalah, bercerita tentang sesuatu... Apa yang berlaku dalam kehidupan kita... Apa yang berlaku dalam kehidupan orang lain... Yang boleh kita jadikan pengajaran dan ikhtibar.... Mungkin somehow cerita tentang seorang kawan... Cerita tentang seorang boss... Cerita tentang pekerjaan kita..... Mungkin juga cerita tentang diri kita sendiri...... Cuma asas paling utama yang perlu dititik beratkan adalah sejauh mana rasa kepercayaan kita kepada orang yang kita ingin kongsikan perkara tersebut.... Ya mampukah kita memberikan kepercayaan kepada orang lain? Dan adakah orang itu seorang yang boleh dipercayai? Apa yang saya belajar daripada pengalaman lalu, bila kita langsung tiada rasa percaya kepada orang lain, hidup kita akan sangat sunyi.....

Counting The Day..

Image
Good Morning World !! . Thanks God . there are still given the chance to survive in today . It's still raining . . Evening just started working. . Hopefully simplified all matters today. . aamiinn . . Otherwise I received with pleasure ...

Bukan Talam Dua Muka Kan..

Image
Hohoho...... Banyak orang banyak ragamnya... Sebab saya adalah orang yang suka memerhati...... Dan make my own conclusion...... Banyak yang saya dapat belajar.... Of course yang baik jadikan  teladan... Yang buruk jadikan sempadan..... But bare in your mind..... Jangan ambil kesempatan di atas sesuatu.... . I wish everyone is doing well... I had so many problems.. Families.. Financial... Love life.. and also friendship problems.. But i guess, these problems are going to make me a better person... I can overcome all these problems... InshaAllah...

Lebih Baik Memahami

Image
Hari ini suasana kerja agak suram... mungkin disebabkan hujan.... dan mendung yang berterusan sehingga tengahari.... Tapi agak sedikit tegang dan stress apabila bekerja melibatkan orang lain dan perkara itu tidak dapat di settlekan gara-gara pihak tersebut mungkin sedang menyelesaikan masalah antara hidup dan mati......... Nak tak nak kita lahh kena berhadapan dengan pihak yang ketiga tu menerangkan apa yang sepatutnya.... Harap pihak itu berpuashati dan tidak menimbulkan isu tersebut pada masa akan datang... Ya...kita tak berhadapan dengan situasi itu kita tidak tahu... Memang betul.... kita tidak pernah akan memahami sesuatu keadaan tersebut sehinggalah kita sendiri berhadapan dengannya... So stop make any prejudis dan please handle it with professional..... Huwaa..... semoga semua orang mampu bertahan... bertabahlah.... If you think you deserve for it...you will get it... But if not... Allah know the best.... back to normal as usual.....

The Journey

Image
It feels like this is my diary and i am letting everyone to read my diary.  I find it's ok since i want you guys to learn from my past, my mistakes and yes lessons learnt. I am not going to put myself in the miseries anymore.  I've had enough. I want you guys to improve yourself and prove all those people who said you can't achieve this, you can't do that and said you are failure. NOPE. You are not going to sit there and let them said things like that again in future. You will be fine. You will be okay. You will be succesful. This is your life. It's time to stop listening to what people think about you. Now it's to listen to your heart.  It's time to do what makes you happy. Ignore names they gave to you. Ignore what they said about you.  You know yourself better than anyone. Love yourself. Treat yourself better. You can do this. I always believe that God knows best. So go out, be brave, face your fears because you are so beautiful & un

Kal Ho Na Ho..

Image
Tahu tak kalau tengok cerita ni berkali-kali pun saya tetap akan menangis... Huwaaa...sedih siot.. Sampai kakak pun perasan mama dia nangis tengok cerita ni kat TV3 tadi.. Cengeng betul saya ni... Jiwa sensitif..hehehhe.. Betapa pengorbanan cinta yang dilakukan oleh Aman untuk Naina hidup bahagia dengan Rohit... Sebab dia tahu dia tak akan dapat membahagiakan Naina kerana hidupnya tak lama... Walaupun dia terpaksa pendam rasa cinta itu... Yang penting dia dapat lihat orang yang dicintainya hidup bahagia... Ada ke dalam realiti kehidupan yang sebenar pengorbanan yang sedemikian rupa..... Kalau memang ada, andalah insan yang saya sangat respect dan kagum.. #esokdahkerjamalasnya

Akhirnya bertemu jodoh

Image
Selamat pengantin baru Shareena.. Dia adalah coursemate saya masa di UiTM Melaka.. Hari ni majlis dia di Bandar Baru Uda.. Sorry tak dapat attend.. Kalau dulu masa study selalu nampak dia couple dengan seorang budak lelaki ni... Tapi tak ada jodoh..budak lelaki tu pun dah kahwin dulu.. Shareena ni pun dulu duduk depan bilik saya je... Rata2 semua coursemate saya sambung degree lebih habis diploma... So masing-masing kerja best.. Dia pun kerja di Bank Negara Malaysia. Rezeki masing-masing kan... You are so beautiful today... Enjoy the journey as husband and wife.. Cantik kan..semoga berbahagia selamanya.. Diaorang ni juga semua adalah coursemate saya...rindu uollss..

Graduation Day Kakak

Image
Pagi-pagi dah kena bangun sebab nak kena sampai ke dewan jubli intan Mersing jam 7.30.. perjalanan dari rumah lebih 45 minit nak sampai ke sana... Mula-mula bila Cikgu bagi tahu ada majlis penyampaian sijil untuk kakak hari ini macam tak percaya juga... Yela biasanya tamat tadika baru ada penyampaian sijil kan... Tapi sebab kakak dah tamat taska, tahun depan nak masuk tadika so kena juga hadir untuk majlis ini.... Sebenarnya seronok  juga merasai pengalaman ni... Walaupun tempat duduk ibu bapa sangat terhad... Cari lah mana2 yang kosong.. Shhhh.. Tau tak saya duduk kat mana.. Barisan depan sekali tempat VIP.. Hehehe..habis dah tak ada tempat duduk.. Tapi macam biasa la bila kena tunggu YB majlis lambat bermula..lewat sejam... Kawan-kawan kakak di taska yang sebaya umurnya Kakak seorang tak pakai tudung..memang susah nak pujuk dia pakai tudung..tak apakah baru 4 tahun..nanti dia besar sikit harap dia tahu Dan belajar pakai tudung.. Sarapan dulu sebelum mula maj

I'm not coffee addict

Image
Hahahaha.. Tajuk tak boleh blaah kan... Tapi apa yang nak di share ialah bagaimana saya boleh terjebak minum coffee ni... Pada hal saya bukan peminat kopi... Lagi-lagi kopi o yang hitam pekat tu... Memang tak masuk la kat tekak.. Saya masih boleh minum coffee 3 in 1 tu... But not nescafe ek...sebab saya akan pening kepala bila meminumnya... Start try minum LA coffee... And then terpandangkan iklan mineral coffee yang di post di FB my friends... Ramai yang jadi dealer rupanya.. Luckily cerita dekat adik, so malam tadi dia bawa balik satu kotak dia beli dengan kawan dia...thank you my sister.... Satu Kota RM 25 ada 20 sachets.. Mahal jugak kan... Rasanya not bad.... Sedap..baru tadi pagi minum sebelum nak pergi kerja... Bagi saya tenaga... Tapi tunggu lah dulu..baru minum satu sachet je... Kalau ada perubahan yang positif kepada saya, saya akan share... Coffee ni rupanya product Hai O...

Menulis itu aku..

Image
Sangat kena dengan apa yang saya nak Cuba sampaikan... Itulah tujuan utama kenapa saya suka berblog.. Dan menghasilkan blog saya sendiri... Sebab saya suka menulis... Apa saja yang saya rasa.. Pada ketika ini... Apa yang saya ingin share... Tika Dan saat ini... Saya bebas untuk menulis.. Kerana itulah hobi saya... Menulis Dan saya memang tidak dapat dipisahkan.... Bagai isi Dan kuku... So kalau suka boleh baca, kalau tak suka pun saya tak kisah... No hurt feeling ekk..

Harga Sebuah Persahabatan....

Image
Walau apapun tanggapan dia pada saya... Apa yang paling penting sekali saya tidak pernah lupa setiap kebaikan yang dibuat... Itu sebab walaupun sejahat mana tindakan dan kata-kata yang diluahkan menghiris hati dan perasaan saya... saya tetap tidak akan mampu membenci dan membuang dia dalam memori saya... saya tetap akan melihat setiap perkembangan dan perjalanan kehidupan dia  (bagaimana saya lakukan itu adalah rahsia)... Ini adalah kerana saya adalah orang yang sangat menghargai setiap kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap saya... Jangan pernah kita lupakan perkara itu....biarpun apa kesalahan mereka selepas ini.. Walaupun saya tidak mahu menyimpan dia dalam hati saya, kerana hati manusia sangat mudah berbolak balik....dan boleh berubah sekelip mata... Biarlah saya simpan dia dalam setiap doa saya, kerana doa tercatat di langit selamanya... 

Makan je apa yang ada..

Image
Nasiblah hari ni kena kerja sebab dah tukar dengan orang lain bagi memudahkan urusan cuti saya pada masa akan datang... Huhuhu... Laparnya sebab tak sarapan dari rumah.. Ingat semalam nak bangun masak bawa bekal... Tapi bangun pun dah lambat... Cuma bawa air kosong, dan ada la bekalan 'jajan2' kat Ofis ni yang dah lama tersimpan... but belum expired lagi ok.... So bertahanlah sehingga jam 3.00 petang nanti.. coklat tu dah lemau gamaknya...buat isi perut bolehlah

Bubur Ayam in the House

Image
Hehehe... Alhamdulillah..tercapai sudah hajat anak tekak saya... Balik kerja bekejar ke Kip Mart.. Beli bahan-bahan untuk memasak... Nasib baiklah hari ini balik awal so dapat buat semua ni termasuk memasak... Tadaaa.... gambar tak cantik macam hiasan kak jee sebab saya bukan publish bagi orang selera nak tengok... Just untuk saya makan je...siap ada telur masin tau...dan sayur kangkung masak sambal... Alhamdulillah dah selamat dalam perut pun...

Huwaaa..Bertabahlah!!

Image
Ternampak resepi bubur kat blog kak jee... Memang nampak simple, senang jer nak buat... So balik ni azam nak masak bubur untuk berbuka puasa... Aduii...duhai perut bertabahlah kamu ekk... Bersahur pun cuma minum segelas air suam yang dicampur dengan madu.. Semalam saya boleh bertahan... minggu lepas pun boleh... So hanya kerana terlihat gambar bubur kak jee... takkan saya tak boleh tahan kan... Hehehe..... Chaiyok-chaiyokk... jom kita makan bubur.. Adik Husna mesti suka ni......

Saya memang stalker..hahaha!

Image
Sebenarnya seronok tau jadi stalker ni... . Jangan fikir negatif ek... Saya suka stalk fb someone yang saya dah lama tak jumpa.. . Maybe saudara mara... . Maybe juga yang tak ada kena mengena dengan kehidupan saya... . Friends or relatives of my friends... . Sebabnya bila kita admire or excited to know someone...kita nak tahu siapakah orang-orang penting dalam kehidupan mereka... . Selalunya mereka adalah orang-orang yang boleh mendatangkan aura positif dalam kehidupan saya.. . Suka melihat kebahagiaan mereka... . Kejayaan anak-anak mereka... . Betapa bertuahnya mereka kan... That's make me being curious... . Jadi tak mustahil untuk kita kecapi kebahagiaan seperti mereka kan... . Tetapi dengan cara kita tersendiri.. . Saya ingin jadi wanita terbahagia..

Manusia oo manusia..

Image
Dengan aku engkau cerita pasal A... Tak puas hati pasal itu Dan ini... Tak lama lepas tu pulak kau cerita pasal B... Seperti semua orang bermasalah.. Hmm...whats the point? Patutnya dari awal aku patut sedar satu hari nanti kau pun mesti cerita pasal aku dekat seseorang kan.... Ye laa nama pun manusia kan.. Ada waktunya kita lah manusia yang paling dia percaya.... Tapi sekelip mata dia boleh berubah.. Hati orang tiada siapa pun yang tahu kan.. Depan kita mungkin nampak baik, tapi belakang kita... Hanya Tuhan sahaja yang tahu... Jauhkanlah saya dari bersifat demikian...

Kami di sini..

Image
Cuti deepavali baiklah dimanfaatkan dengan sebaiknya kan... . So, kami decide untuk pergi berkelah di tanjung leman.. . Sebenarnya saja nak layankan dua anak Dara saya tu.. . Memang diaorang seronok dapat main air... . Di samping mama dia juga saja nak cari ketenangan.. Emak Dan Abah pun tak ketinggalan turut serta..since Abah pun dah pencen, so senang nak ajak dia ke mana-mana..kalau tak, memang susah sangat.. Budak kecik ni dalam kereta dah tidur, kejap je pun dah sampai..Walaupun mula-mula agak takut dengan air, tapi bila dibiasakan dengan pelampung akhirnya dia dah tak takut...good girl Husna.. Yup...laut lah tempat paling tenang dan sesuai untuk pergi ketika saya dilanda stress.. Kamulah saksi apa yang telah terjadi pada saya, selain Allah yang lebih mengetahui.

Pesanan Dari seorang Ketua

Semalam pertama Kali berjumpa dengan dia selepas dia memegang jawatan Ketua Pengarah... . What I really like about him, the way he communicate with us...his staff... Very soft spoken...Walaupun begitu nampak tegas...he really care about his staff.. Macam seorang bapa yang ambil berat terhadap anak-anaknya.. Tak sangka pula PRO dia tu cousins husband..patut la selalu nampak gambar dia dalam mana-mana event anjuran AADK... . Tapi apa yang membuat saya sangat touching adalah pesanan dan teguran yang dibuat olehnya.. Yupp....dia memang orang yang banyak pengalaman.. Semoga pesanan itu akan kekal tersemat dalam sanubari saya sehingga ke akhir hayat... Fokuslah kepada apa yang kamu ada sekarang... ---if you're struggling, that's mean you're progressing----

Happy Diwali Uoolss..

Image
Last year sempat beraya di rumah kawan-kawan yang beragama Hindu.. Kawan-kawan? macam ramai sangat bunyi nya... Padahal dua orang je pun...hehehe.. Of course my ex boss, Mr. Selva... Dan Kalai yang awesome tu.... Dulu my ex boss ni setiap Kali Hari raya aidilfitri mesti dia bagi kad raya pada semua staff dia.... Tapi tahun ni tak dapat nak lalui pengalaman tu sebab dah stay jauh ni... Apapun wish uolls happy sempena pesta cahaya ni... Happy deepavali ek...

Kalau hidup tak ada tanggungjawab

Image
Apa nak buat dengan orang macam ni... Banyak mengeluh saya dalam minggu ni kan.. Maafkan saya.... Siapa tak stress bila memikirkan orang yang tak pernah rasa ada tanggungjawab ni... Terutama tanggungjawab dalam kerja.. Suka suka hati nak datang kerja atau tak... Suka hati dia nak masuk cepat atau lambat... Banyak lambat dari yang cepat.... Kalau datang kerja setakat untuk melepaskan batuk di tangga, tak perlu datang lagi bagus lah... Sampai bila nak berubah... Cakap pun macam mencurahkan air atas daun keladi... Banyak yang disuruh tak dibuat... Melewatkan kerja Dan suka sangat bertangguh... Hai manusia...... Pening dengan orang macam ni... At last buat bodoh je la... Lantak dia nak buat apa.. Semoga Tuhan berikan kamu hidayah untuk berubah...

Hijrahlah kalau.....

Image
Soal Hijrah ni satu keputusan yang sangat berat... Yupp...kalau kita nak dapatkan sesuatu, kita mesti sanggup korbankan sesuatu.... Hijrah memerlukan pengorbanan... 9 tahun yang lalu saya selesa berada di persekitaran itu... Tetapi saya mengambil keputusan berhijrah setelah rasa bosan dan tertekan dengan persekitaran... Lama nak tunggu rasa bosan tu....9 tahun kan..baru rasa bosan.. Tetapi kini...perlukah saya berhijrah lagi... Sebabnya ianya sangat menyesakkan saya... Persekitaran kini banyak membantu dan memberikan cabaran kepada saya... But something happen...and I can't avoid from nothing happen.. Aura negatif akan terus menghantui my whole life... Rasa tak diterima Dan menjadi penyebab kepada masalah dalam kehidupan seseorang menjadikan saya rasa sangat teruk... So better I go... Going to somewhere... Maybe my life become better after this... Learn from mistakes... So I must grab chances given to me... Teruslah bertahan hingga tiba ke waktu itu...

Musim tengkujuh bermula..

Image
Cuaca sejak dua tiga hari ni nampaknya mendung je kan... Ya lah.....dah masuk hujung tahun... Musim tengkujuh dah bermula... Ada juga negeri di sebelah utara yang telah dilanda banjir... Inilah hukum alam... Baru selesai masalah jerebu, kita akan berhadapan dengan masalah banjir pula.... Tapi janganlah diangap ianya sebagai satu masalah besar dalam kehidupan... Ya...mungkin kita tak terlibat dengan negeri-negeri atau tempat-tempat yang dilanda banjir ni... Tapi pengalaman yang lalu juga sudah cukup bagi saya merasai betapa perit dan susahnya apabila berhadapan dengan situasi banjir ni.... Persediaan mental dan fizikal sememangnya perlu berhadapan dengan isu banjir..... Ini kerana Hujan juga merupakan satu rahmat dari Tuhan.... #hujannisedaptidur

Bahagianya..

Image
Terpandangkan satu quote ni... Di fb wife krew yang pesawat MH17@ MH370.. Walaupun nampak bahasanya agak kasar, tapi maksudnya sungguh mendalam sekali...

Le tour de kluang-bp

Image
Hari ini hari yang agak memenatkan juga.. Tak tahula pukul berapa sampai rmh ni kang... First time bawa kakak pergi rombongan... Walaupun tak jauh, tapi yang penting dia seronok... Pukul 8.15 bergerak dari sekolah... Ada dua buah bas yang disediakan.. Tempat pertama kami pergi adalah ke ekspo agro di jabatan haiwan kluang... Memang kakak agak takut bila disuruh bergambar dengan binatang yang pelik seperti iguana, ular..hatta kambing skalipun....spesis yang susah untuk jumpa kat kampung. Selepas itu, kami bergerak ke wet world batu pahat.... Memang suka sangat dia ke tempat macam tu... Hampir 3 jam di sini... Tetapi sedih juga sebab dia mengharapkan Along, angah Dan abang ada bersama...tak apa nanti lain Kali kita pergi dengan kakak Dan abang ek... Perjalanan balik nak singgah Ayer Hitam lagi... Oklah itulah catatan journey kami hari ini.....