Rutin Yang Berbeza

Selamat Pagi semua...!!
Dah 5 hari rasanya tak update apa-apa entry..
Nampak tak bezanya dulu dengan sekarang...
Dulu saya selalu diselubungi dengan perasaan negatif menyebabkan saya rajin nak tulis entry untuk meluahkan apa yang saya rasa...
Tapi sekarang Alhamdulillah..
Hidup rasa tenang...
Jarang rasa sedih dan mood tak ok...
Berkat apa yang telah berlaku Dan Allah permudahkan nya untuk saya..
Tetapi semalam agak terkejut dan lemah semangat saya apabila terserempak ular hitam dalam rumah semasa hendak ke dapur membuat susu anak...
Rupanya ular tu rasanya dah lama bertapa bawah sinki dapur tu sebab telah pun bersalin kulitnya...
Nasib baik saya yang jumpa bukan anak-anak..
Syukur Tuhan selamatkan kami semua daripada binatang berbisa itu...
Cuti 3 hari duduk saja di rumah...
Semalam dah hantar kakak ke kelas mewarna...
So target cuti sekolah ni mesti habiskan masa kakak dengan mengajar dia menulis Dan membaca...
Dan pelbagai aktiviti homeschooling yang lain...
So wish me luck....
Harap-harap semangat saya tak luntur....


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!