Jadilah seperti ikan di lautan..

Malam-malam apasal pulak cerita ikan ni kan...
Lapar ke?
Tak lahh....perut dah kenyang...
Tapi cerita pasal ikan di lautan ni ada kena dengan kisah realitinya dalam kehidupan kita...
Kenapa nak cerita pasal ikan dalam laut?
Kenapa tak cerita pasal ikan dalam akurium ke..
Ikan dalam pasar ke...
Atau ikan dalam kolam...
Ada simbolik dan kaitannya ikan dalam laut ni dengan apa yang nak di 'story' kan malam ni...
.
Ceritanya tentang seorang pelajar di sebuah universiti.. Datang dari kampung...
Hampir 3 tahun belajar macam-macam ragam manusia yang dia jumpa..
Baik datang dari latarbelakang yang sama macam dia...
Mahupun golongan atasan yang memang mempunyai kelas yang tersendiri...
.
Dipendekkan cerita satu hari dia diajak ke bandar oleh seorang budak yang duduk di hadapan bilik dia...
Sebelum ini mereka memang tak pernah keluar berdua...
Tetapi Kali ini disebabkan roomate masing-masing banyak yang dah balik bercuti selepas selesai final exam, tinggallah mereka menjadi penunggu setia kampus..
.
Macam biasa untuk ke Bandar mereka perlu menaiki bas ting ting...
Hahaha...bas yang tekan lonceng tu..
Ok lah...sampai di destinasi yang dituju, si member tu minta kebenaran untuk ke tandas sekejap..
Apalagi...yang sorang lagi tu jadi penunggu la kat luar tandas...
Tapi yang agak hairan,awat lama na budak ni dalam tandas..
Dah dekat 15 minit dia menunggu kawannya tak juga keluar...
Tiba-tiba dia perasan ada kepulan asap keluar dari celah2 lubang pintu tandas..
Haishhh....biar betul...merokok ke dia...
Hmm....lantaklah...
.
Tak lama tu kawan tu pun keluar...
Sempat juga dia meminta maaf kerana membiarkan kawannya menunggu..
Dan tanpa segan dia memberitahu dia ambil masa untuk merokok...
Kawannya itu tak terkejut...kerana sudah menjangkakannya...
.
Sejak itu memang dia tahu kawannya seorang perokok..kalau lelaki tak pelik kan...
Tapi bila perempuan yang merokok..lu pikirlahsendiri beb...
Dan pernah juga kawannya itu berusaha untuk berhenti..memandangkan ayahnya yang merupakan seorang doktor sudah acapkali menasihatkannya....
.
Tetapi tidak pula dia mempengaruhi Dan mengajak rakannya itu untuk merokok seperti dia..
Dan rakannya itu juga seperti tiada keinginan langsung untuk mencuba...
.
Nahh disini lah saya ingin memakai kiasan tentang 'jadilah seperti ikan di lautan'...
Ya...bayangkan ikan di dalam laut berapa lama mereka tinggal dalam laut...tetapi apabila ditangkap oleh nelayan, dijual dipasar..kita yang membelinya tetap perlu meletakkan garam apabila ingin memasaknya...
Betapa air laut yang masin itu tetap tidak dapat mempengaruhi ikan untuk menjadi masin...
.
Begitulah dalam kehidupan kita...di persekitaran mana pun kita berada, janganlah kita terlalu mudah dipengaruhi dengan persekitaran tersebut..terutama dalam aspek yang mendatangkan keburukan dalam diri kita...
Be yourself, don't let anybody to change you...
.
So..malam dah larut...jom kita tidur...
#esoknakbangunawal
.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!