Posts

Showing posts from November, 2016

Bertemu dan berpisah kembali...

Image
Lamanya rasa tak taip entry baru... Hehehe...amboii..ayat kan .. Tapi hari ni nak share tentang kegembiraan seorang rakan yang akhirnya niat dia untuk bertukar ke tempat kerja untuk tinggal dekat dengan suami tercapai.... Gembira sungguh dia...saya pun tumpang sekaki... Yelah bayangkan baru-baru ni kereta dia buat hal,mengeluh dia sebab susahnya rasa sebab husband duduk jauh... Jadi terpaksa nak uruskan hal kereta tu sendiri... So bila dapat berita tentang permohonan pertukarannya telah diluluskan,makanya memang dia tak sabar-sabar lagilah... Saya pula terasa sedikit kehilangan.. Tapi memang saya dah ingatkan diri saya yang memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Pernah bekerja dahulu satu tempat dengan dia semasa tahun 2005, hampir setahun kemudian dia berpindah...tapi akhirnya kami bekerja bersama kembali pada tahun ni..itu pun tak sampai setahun dia dah nak berpindah... Apapun semoga segalanya dipermudahkan untuk dia selepas ini bila duduk berdekatan dengan suami..

Lagu Anuar Zain memang best!!!

Image
Salah satu sebab kenapa saya suka dengar lagu Anuar Zain adalah kerana setiap lirik yang dinyanyikan sangat jelas, di samping lirik lagunya juga mempunyai maksud.... so, jom layan lagu dalam album terbarunya.... "Andainya Takdir" Biarlah tiada pesan dan janji  Biar tiada kau di sisi  Aku mengerti  Seterdaya semampuku  Kucoba menunggu  Biarlah lompang hatiku ini  Mengharap pulang kau yang pergi  Kembalilah kepadaku  Tika punah mimpi-mimpimu  Kembalilah di saat perlu  Episod-episod duka biar berlalu Biarlah waktu ini  Kau bebas berlari Jika tersasar hilang arahmu  Pulang ke pangkal ku menunggu  Kembalilah kepadaku  Tika punah mimpi-mimpimu  Kembalilah di saat perlu  Episod-episod duka biar berlalu  Oh Biar sementara ini  Tiada terisi kekosongan hati  Diriku air tenang mengalir tuju muara  Andainya memang takdir, berakhir, kuredha Kembalilah kepadaku  Tika punah mimpi-mimpimu  Kembalilah di saa

On The Way To the Airport..

Image
Saya memang peminat cerita cinta... plot yang romantik, bahasa yang puitis dan sewaktu dengannya.... makanya tak hairanlah dahulu zaman muda remaja saya memang suka baca novel... asal ada sahaja novel terbaru keluaran penulis yang saya suka, saya pasti tidak akan melepaskannya.... tetapi bila nak menginjak ke usia dewasa ni....chewahhh... minat itu sudah berkurang, mungkin juga kerana kekangan masa, dan kesibukan sebagai ibu ditambah pula dengan faktor penatnya kerana berulang alik ke tempat kerja 100 km sehari.... . .makanya untuk meneruskan hobi saya ini, saya gantikan dengan menonton drama korea yang ada ditayangkan di mana-mana saluran TV... kenapa drama korea??bukan drama Melayu.....?? why???? . sebabnya yang paling utama penerbit drama korea ini memang sangat kreatif.... carilah mana-mana drama korea yang kita nak jumpa mempunyai jalan cerita yang sama... memang sangat susah... compare dengan drama Melayu... asyik-asyik cerita pasal anak orang kay

Buat tatapan seorang kawan...

Image
Bulan yang sama tetapi tahun yang berbeza nampaknya.... . . apa pula ni ek....hahaha... buat suspen jer... . Sebenarnya saya tidak tahu nak definisikan apa tentang hubungan kami... nak kata kawan, macam tak... sebabnya saya tak layak jadi kawan dia... Nak kata sahabat pun tidak juga... kerana saya tahu besarnya peranan seorang sahabat.... . sehingga sekarang umur 34 tahun pun saya tidak mempunyai seorang pun yang layak dipanggil sahabat... mungkin juga kerana saya juga tidak mempunyai ciri-ciri menjadi seorang sahabat yang baik.... . tetapi satu yang saya tak pernah lupa adalah segala kebaikan yang pernah dibuat kepada saya.... kata-kata semangat serta tunjuk ajar yang diberikan serta pertolongan yang tidak terbalas jasanya hanya Allah sahaja yang tahu.... walaupun selepas itu banyak juga perkara yang membuatkan saya sepatutnya membenci dia... tetapi itu saya tidak akan lakukan kerana saya sedar saya juga manusia biasa..... mungkin selama ini saya