kebahagiaan tidak perlu dicanang..

Hmm...saja buat topik macam ni pada petang hari yang dilanda hujan lebat ni...
Hehe...
Bukan berniat apa-apa...
Tetapi sekadar memberi peringatan pada diri sendiri....
.
Ada orang kan suka mempamerkan kebahagiaannya untuk ditatap oleh orang lain....
Samaada melalui laman Sosial atau di share di mana-mana saluran...
Mungkin juga untuk menunjukkan yang sekarang mereka sudah bahagia dengan pasangan hidup masing-masing...
Atau mungkin ianya bukan berniat apa-apa sekadar untuk membuat koleksi kenangan...
.
Tetapi sedar kah kita apapun tujuan kita, tindakan kita itu akan mengundang pelbagai reaksi Dan persepsi pada mereka yang melihatnya..
Ya...tidak ada orang yang boleh menafikan itu hak anda..
Lantak pi dengan orang lain...
.
Tapi kenalah sentiasa beringat...
Dunia ini bukan hanya dikelilingi oleh orang-orang baik saja...
Manusia yang bertopengkan syaitan ada di mana-mana
Manusia yang talam bermuka-muka tidak terkecuali...
Begitu juga manusia yang suka menikam dari belakang...
.
Jadi awas.......
Jangan terlampau ghairah untuk mencanang kebahagiaan anda pada mereka...Walaupun mungkin ianya tak seindah yang disangka...
Kerana tidak semua orang akan bahagia bila melihat kebahagiaan orang lain...

#semogaandaterusmenjadiorangterbahagia




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!