Posts

Showing posts from June, 2020

APABILA SESALAN BERTANDANG

HARI  INI CUACA SEAKAN MENGERTI . RASA SEDIH MENGHANTUI DIRI . TIDAK PASTI MENGAPA BEGINI . TETAPI MUNGKIN SESALAN SEMALAM MENGHANTUI DIRI . GAGALNYA MENGAWAL EMOSI . MENYEBABKAN AKU RASA BERSALAH DALAM DIRI. BERSALAH PADA INSAN ITU . YANG SELALU MENJADI MANGSA EMOSI KU . MAAFKAN LAH DIRI INI . MAAFKANLAH DIRIKU . BIMBANG AKAN MEMAKAN DIRI . KADANGKALA AKU SEPERTI HILANG KAWALAN DIRI . MUNGKIN LELAH DENGAN BEBAN YANG DIPIKUL . MUNGKIN KERANA TERLALU CUBA MENJADI SEMPURNA . TAPI ITU TIDAK MUNGKIN . KERANA DI DUNIA INI TIADA APA PUN YANG SEMPURNA . DUNIA HANYA PENTAS LAKONAN . APA YANG KITA LALUI  . TIDAK SAMA DENGAN APA YANG ORANG LAIN LALUI . HANYA PADA TUHAN KU SERAHKAN SEGALA . JANGAN PERNAH SEKALI LUPA TENTANG ITU . MUNGKIN PERLUNYA AKU BERHENTI REHAT SEKETIKA . BERHENTI DARIPADA MENGEJAR DUNIAWI . BERHENTI MENJADI PELAKON DALAM PENTAS DUNIA . MASANYA UNTUK BERBAKTI KEPADA INSAN-INSAN KERDIL ITU . MENCIPTA KENANGAN INDAH DENGAN MEREKA. . SEMOGA DUNIA KECIL MEREKA NANTI . AKAN MENJAD

RAGAM STAF BARU

Image
Hujan yang turun sejak dari pagi dan berhenti sekejap dan turun lagi walaupun sekadar gerimis menimbulkan idea pula nak update post... Ye la sebab harini berpuasa semula lepas break sehari semalam gara-gara tak tahan kursus online di rumah duduk saja makanya jam 10 terasa lapar amat...so dok hentam mkn megi sedap..haa ambil 600 gm berat naik....asalnya nak puasa semalam dah bangun sahur tapi ke laut nampaknya...so hari ini Insya Allah akan bertahan... . . so hari ni share tentang ragam satu staf baru bawah unit saya. beliau ni nampak agak matured sebab umurnya dah 30 lebih, pendiam, tetapi seorang yang  kerja yang diarahkan tak pernah menghampakan..tetapi...hmm...yelah bila nama pun staf lelaki bila disuruh buat kerja-kerja sebagai contoh buat surat memang kurang arif....makanya memang dalam sehari tu 3 hingga 4 kali dia bertanya tentang perkara yang sama untuk dapatkan kepastian walaupun masa tu saya tengah menghadap kursus secara online..... headphone dengar penceramah bagi lectured

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 12

Image
Hari Isnin aku Sudah mula bekerja semula.. Selepas dua hari MC aku sudah merasakan cukup sihat untuk bekerja.. Pagi ini abang yang menghantar aku kerana dia juga masuk shif pagi. Apabila sampai saja, aku keluar dari kereta selepas bersalam dengan abang. "Take care Feera," abang mengenyitkan mata sebelah kirinya kepadaku. Aku sedikit hairan, "Dah kenapa abang ni, " bisikku dalam hati. . Sesampai di mejaku ,aku terus 'on' kan Komputerku sebagai persediaan untuk melakukan kerja-kerja yang bakal aku lakukan hari ini. Seorang demi seorang staf Fakhrul Consultant masuk ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi. Rata-rata bertanyakan keadaan diriku dan berasa lega aku telah masuk bekerja. Tidak lama kemudian kelibat Encik Fakhrul kelihatan. Apabila dia lalu di hadapan mejaku dia terus memandang ke arahku sambil tersenyum. Aku juga membalas senyumannya dan dia terus masuk ke pejabatnya. . Tidak lama kemudian Kak Hanim memanggilku menyuruh masuk ke bilik Encik Fakhrul. Aku se

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 11

Image
Malam selepas balik berjumpa dengan Husna, kepalaku terasa berat sangat. Adakah mungkin disebabkan oleh hujan atau aku terlalu banyak fikir. Rasanya tak ada apa yang nak difikirkan sangat, melainkan kerja-kerja di pejabat sahaja. Tetapi itu semua sudah ku siapkan sebelum balik. Selepas selesai mandi aku tidak dapat mengawal diri daripada terbersin, hidungku terasa sukar untuk bernafas, sumbat.. Ahh sudah selsema pula ke aku ni.. Tanpa menjenguk ke dapur untuk menjamah makan malam yang ibu telah sediakan, aku terus sahaja merebahkan diri di katil kerana sepertinya aku terhuyung hayang..tidak dapat mengawal diri. . . Aku hanya tersedar apabila ibu mengejutkan aku untuk mengajak makan..apabila aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan angka 11.00 malam.. rupanya baru dua jam aku tidur..dan sepertinya kepalaku masih lagi berat.. . Aku hanya mengatakan tidak berselera untuk makan dan terus melelapkan mata kembali mungkin kerana penangan panadol 'soluble' yang aku telan. Aku hanya

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 10

Image
Tengahari tadi selepas lunch dengan Kak Hanim,  Encik Fakhrul memanggil aku masuk ke pejabatnya. . . Aku mengetuk pintu biliknya sebelum masuk.  Seperti biasa aku dijemput duduk olehnya. "Feera, saya hendak awak dengar baik-baik apa yang saya akan terangkan ni. Saya akan bagitahu awak tentang peranan awak dalam majlis yang kita akan anjurkan nanti. Apa yang awak perlu buat adalah sediakan teks ucapan untuk perasmi nanti. Semasa majlis berlangsung awak juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengiring kepada isteri Datuk Hassan Dan membawa dia melawat ke sekitar pameran tersebut. Aku menganggukkan kepala tanda faham tentang perkara yang beliau terangkan. Tiba-tiba terasa 'handphone' ku bergegar  menandakan ada wassap yang baru masuk. Segera aku melihat ke screen handphone' ku. Ternyata ada mesej yang dari nombor yang sudah dua tiga hari mengganggu rutin harianku.  . Apa lagi la yang dia nak ni. Dah aku tak layan masih juga nak hantar wassap. "Hai, semoga hari awak

MISI BMI IDEAL

Image
Salam penuh kesyahduan hari ini... Sebab apa, dari pagi berjogging, bertabata, main ping pong... Lepas tu ada jamuan makan...... . . So rasanya misi saya untuk capai BMI ideal kali ini adalah WAJIB di capai.... . . Ini kerana saya antara staff di jabatan saya yang mempunyai BMI yang tidak ideal... . . . Baiklah saya rasa insaf kejap...bukan kejap je...tapi selamanya... Saya harus tekad & disebabkan tekad ITU saya telah ambil keputusan join KFOC...... . . Apa tu?? . . Nanti saya kongsikan ye... . . 3 days more to start..keep 💪💪 . . The challenge is real..... . . You can do it!!!!Yes...I can do it!!! . . .

TERUSLAH BERBUAT KEBAIKAN

Image
Hai...berjumpa lagi nampaknya kita for new post... . Hari ini rasanya macam dalam keadaan haru biru.. . Yela...disebabkan pelbagai tugas yang harus dibuat...di tambah dengan mesyuarat lagi.. Sakit pula sampai anak mata ini...mungkin sebab tadi pagi jam 3.00 pagi terjaga sehigga ke sudah saya tidak tidur...tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.... . . Faktor usia mungkin,  maka disebabkan itu waktu tidur pun mudah terjaga... Apapun syukur kerana terus diberikan kesihatan yang baik... . Mohon doakan untuk adik perempuan saya yang sekarang ini sedang berada di KPJ kerana ada masalah berkenaan rahimnya..Beliaulah satu-satunya adik perempuan yang saya ada disebabkan saya mempunyai ramai adik beradik lelaki..... . Dan juga untuk adik bongsu saya yang berada di HSI, admit masuk hari ini kerana menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang tangannya yang patah apabila terlibat dengan kemalangan motosikal baru-baru ini.... . Bila kita diuji dengan nikmat kesih