Posts

Showing posts from April, 2013

Pertama kali mengundi????

Image
Salam...good morning..pagi ini diiringi dengan hujan yang turun...sebagai rahmat dari Allah.... Rasanya dalam diam x diam,lagi sepuluh hari kita akan  mengundi... tapi percaya atau tidak ini adalah kali pertama saya akan mengundi...(itu pun x pasti lagi)... sebabnya calon yang bertanding di kampung halaman saya...masih lagi seorang yang berbangsa India... sebenarnya awal2 dah bersemangat untuk mengundi...tapi bila dah tahu calon yang mengundi itu bangsa I.... rasanya cam luntur semangat...kenapa lah diaorg tak fikir, dah la kawasan felda itu majoritinya semua berbangsa Melayu....rasanya takde yg berbangsa India...tapi dah dekat 3 penggal,calon itu tidak pernah ditukar....dari mendiang bapa dia....kemudian tukar ke mak dia...and last anak plak yang masuk bertanding.... and sekarang saya jadi  berbelah bagi pula...... OMG....bagi lah kekuatan pada saya untuk mengundi......sebab saya ingin jalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia..... mengundi tanggungjawab KITA......

Gembiranya saya DIA tiada..

Image
Salam...selamat pagi....hopefully kita semua diberikan kesihatan yang baik sehingga dapat melakukan tugas-tugas harian.... Hari ini pagi-pagi dah ketawa sakan...gara-gara second bos arahkan buat perkara yang semua orang xjangka...staff kena ada wakil untuk pertandingan senamrobik bersama penghuni... OMG...semua dah terbayang-bayang bagaimana agaknya situasi itu... dah la masa suntuk....hari rabu dah reherseal....sape yg nak latih kami ni.... ape2 pun happy sebab hari ini dapat bekerja dengan aman...tanpa sebarang tekanan...sebab DIA tiada...katanya sampai 2 minggu.... bukan saya saja yang rasa begitu...tapi majoriti semua akan berperasaan begitu juga... kesian DIA ek...kenapa laa semua orang tak suka dekat dia.... apa yang saya harapkan semoga satu hari kalau saya diberikan tanggungjawab menjadi seperti DIA,saya xnak jadi macam DIA... i'm trying my best to make my staffs happy when working with me......

Abang dah mula Solat??

Salam....hai semua... masih lagi sempat update blog sementara tunggu masa nak balik.... hari ini dah masuk hari kedua anak lelaki mama bersolat... kalau dulu cuma solat maghrib jer...itu pun kena suruh.... selepas tu dah lama dia tidak solat walaupun sudah disuruh berkali-kali.... tetapi sejak dua hari ini,dia dah mula solat.... mula dengan solat subuh... balik sekolah dia nak solat zuhur....siap tanya dekat mama berapa rakaat....walaupun dia tahu,tapi juz untuk confirmkn sahaja.... Alhamdulillah atas perubahan ini...semoga ianya berkekalan...dan mama nak bertanya/soal selidik sikit kenapa dia nak solat....mungkin ada sesuatu yang terjadi...... apepun mungkin boleh bagi reward untuk dia atas perubahan itu.... terima kasih Ya Allah.....

I Luv My Job.....

Image
Hari ini hari Rabu.... Sebelum pergi kerja.....saya sangat bersemangat....kerana bermulanya hari baru untuk saya... bila saya naik kereta untuk ke ofis...saya jadi geram...sebab en papa tidak mengisi minyak kereta.... sampai di ofis.....sewaktu mendengar pengumuman boss,saya jadi blur...sebab ada perkara yang dikatakan saya tak paham... tapi...saya tetap bersemangat membuat laporan yang harus dibentangkan pada mesyuarat minggu depan.... bila berjumpa dengan klien saya jadi penat...sebabnya terlalu banyak mendengar mereka bercakap,dan dalam masa yang sama saya juga menulis laporan....dan saya sangat lapar kerana hanya makan biskut chipsmore tadi pagi... ...and lastly saya jadi bosan sebab mereka asyik bercakap and bercakap....sambil dalam hati berkata(bilalah dia nak berhenti bercakap ni) selepas makan tengahari rehat tadi.....bila mula buat kerja...mata saya dah mula mengantuk....sebab perut dah kenyang...OMG...lapar salah...kenyang pun salah... tetapi wala

Mengurangkan Berat Badan???

Berat yang  Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara  untuk menurunkannya. 1. Jika anda mengalami berat badan yang  berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya:  Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu  perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam  peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas  anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman  ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur  turun . 2. Ambil 3 sudu besar serbuk  teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau  nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan  sebelum tidur. 3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam  jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan  mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam  jawa, ramas ke

Tip Legakan Demam,Batuk dan Selsema Bayi...

Anak anda Demam? Selesema? Batuk? Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik k ... enapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi. Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang

Ampunkan dosa mereka Ya Allah....!!!!

Image
Salam semua....hari ini dah masuk hari ke 5 dalam bulan April... rasanya masa cepat berlalu...dan usia mama juga sudah meningkat ke satu angka.... harapan semoga peningkatan usia ini juga memberikan seribu kerahmatan dalam kehidupan yang bakal ditempuhi sekiranya masih diberikan peluang oleh Allah...aminn... hmm.....sepnjang bertugas dalam bidang ini,pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah mama lalui.... tetapi banyak kenangan yang mampu menginsafkan jiwa,yang melihat betapa kematian sungguh hampir mendekati mereka..... Ya Allah mungkin terlalu banyak dosa yang telah mereka lakukan sehingga pengakhiran hujung nyawa mereka kau akhiri dengan begitu menyayat hati sekali..... Dosa mereka pada keluarga... Dosa Pada Ayah dan Ibu....sehingga sanggup mereka menyumpah ibu sendiri hanya kerana tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.... Dosa pada isteri dan anak-anak.....yang sepatutnya mereka lah pemimpin serta ketua dalam keluarga.... Dosa pada saudara mara......mungki

Anugerah dan Amanah..??!!Itulah mereka....

Image
Salam...sekadar ingin berkongsi tentang hal berkenaaan anak-anak untuk tatapan semua... TIPS MENANGANI ANAK-ANAK DEGIL 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah… “Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, uc