Posts

Showing posts from February, 2014

Kelebihan Wanita Hamil...Itulah saya!!

Image
Subhanallah, Walhamdulillah..Menitis air mata saya tatkala merenung hikmah di sebalik kurniaan Allah terhadap ibu yang mengandung. Dan itulah yang saya mahu kongsikan dengan pembaca dalam entry kali ini..       Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.       2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.       Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.   Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang ha

Kenapa Mama Nangis??

Image
Salam semua...hai....dah lama rasa tak kongsi cerita... sejak dua menjak ni kesihatan saya kurang baik... yela dah nak masuk 7 bulan kan... jalan pun dah tak larat...sakit punggung...macam2 ada...hehe.. dugaan preggy kali ni memang agak mencabar....dengan kecelaruan emosi lagi... entahlah sejak dua menjak ni saya mudah touching...huhuu.... mudah saja air mata ni mengalir tanpa sebab..... agaknya pembawakan baby kan...(tapi selalu juga ingatkan baby agar jangan jadi cengeng cam mama dia)hehe... tapi yang syahdu sangat, bila saya nangis...si kakak perasan...dan dia macam faham mama dia sedang sedih....dia pun cakap..."nape mama nangis?"..seolah-olah nak pujuk mama dia... tapi yang tak tahan dia pun sampai nak ikut nangis...siap mencebik lagi.. dan bila papa dia balik dia siap cakap lagi dengan papa,"mama nangis"...huhuhu malunya... rupanya tak sedar kakak dah besar kan...dah boleh faham perasaan mama... walaupun baru berumur 2 tahun 4 bulan... apa pun

Laksam untuk Papa

Image
hari ni nak share satu resepi... tiba-tiba en hubby msj saya dekat ofis minggu lepas teringin nak makan laksam.. ni semua gara-gara pergi berhari raya di rumah kawan saya and dihidangkan dengan laksam... saya ni pun cakap 'mama mana la tau nak wat mee laksam tu'.. tapi pernah juga laa tanya dekat isteri kawan saya tu camana nak buat mee nya..hehe..rupanya senang jer(sebab dah buat kan)... jadi demi memenuhi permintaan en hubby saya... maka keesokannya saya pun google laa resepi laksam tu.... Alhamdulillah jumpa jugak...tak la ssusah mana cuma agak risau masa nak buat mee nya tu (bukan ape takut xjadi).... . . . .so saya kongsikan resepi yang saya dapat tu di sini.... . . Bahan bahan mee: 3 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa) 1/2 sk garam Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel.  Bahan Kuah 1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar 1/2 kg santan pekat