Posts

Showing posts from May, 2012

Birthday Planning For Our Children..

Image
Salam semua......hopefully semua dalam keadaan baik okey...... nak dijadikan cerita bulan Jun and bulan Julai,2 orang anak mama akan menyambut birthday yang ke 11 dan 9 tahun... so dalam kepala tengah plan nak buat sambutan yang bagaimana dan di mana... tak larat la nak masak macam bezday hubby yang lepas... plan mama nak buat sekali sambutan je sebab bezday mereka ni dekat je tarikhnya.. seorang hujung bulan Jun,and yang sorang lagi awal bulan Julai... cuti sekolah pun dah hampir tiba.... nak dijadikan cerita tahun lepas kami sampai kan boleh terlupa kan bezday si abang (yang jatuh pada 30 Jun),nasib baik la si abang ni jenis yang tak berapa ingat tarikh bezday dia berbanding si kak ngah... lagipun tahun lepas mama tengah preggy,dan kesihatan pun tidak mengizinkan.. so nak sedapkan hati dia,mama belilah KFC dan bawak balik rumah dan bagitau mama belanja KFC sempena bezday dia... so, this year...plan cuti sekolah ajak diaorang pergi wetworld (sebab anak-anak ni memang suka ma

CUTI-CUTI SEKOLAH DI GOLD COAST..

Image
Hari ini mama nak sharing satu tempat percutian yang mama planning nak pergi dengan family... mama dapat info tentang tempat ni melalui pembacaan majalah Pa&Ma edisi tahun lepas... nama tempat ni "Gold Coast Resort" Morib... bukan Gold Coast Australia ekk... apa yang buat mama tertarik nak pegi ke sini adalah tempat percutian ini turut mempunyai 'water theme park' yang sangat bersesuaian untuk anak-anak mama yang suka mandi-manda. pemandangan keseluruhan Gold Coast Resort Morib pandangan yang penuh panorama ruang lobi dan receptionist menu / hidangan menarik dan menyelerakan ABC yang boleh menghilangkan dahaga studio suite apartment 2 bilik apartment 3 bilik gambar-gambar di atas adalah contoh penginapan yang disediakan di sana. yang inilah menjadi tarikan utama mama untuk ke sini.. water theme park... Untuk mendapatkan info yang lebih lanjut tentang rate bagi penginapan yang disediakan se

Semalam Yang Mengharu Birukan Aku..

Salam...uols semua.. Berjumpa lagi kita ekk.. Hmm...arini nak sharing cter pasal semalam.. Hari Isnin memanglah hari yang paling sibuk ni unit yang aku kerja ni.. Maklumlah tinggal sorang...sorang lagi member kena pergi kursus... Orang cakap hari Isnin hari yang paling malas nak kerja..ye lah sebab dah cuti dua hari.. sampaikan disebut hari Isnin sebagai...'monday blues'... tapi pada aku plak...hari Isnin adalah hari yang paling rajin aku nak kerja.. paling malas hari Jumaat sebab esoknya dah nak cuti hujung minggu kan.. nak dijadikan cerita...semalam...macam-macam yang nak dibuat di pejabat...nasib baiklah ada member-member yang tolong....nak jawab panggilan telefonnya satu hal...nak siapkan macam-macam dokumen lagi berkaitan hal-hal yang berlaku semalam dan yang akan berlaku sepanjang minggu ni... tu yang bila tengahari jer...mood i dah 'down'... sampaikan ada member tegur 'are u okey'.. so jawablah ...okey...walaupun dalam hati Tuhan je

Jumaat yang lalu..Begitulah Aku Seorang Ibu

Image
Salam semua blogger...rasanya sudah lama mama tidak menulis di blog mama ni...sejak kebelakangan ni bila balik kerja...selesai sahaja memasak...dan makan malam bersama keluarga,rutin mama ialah melayan si baby sampai dia tidur...tapi sekarang ni bila baby tidur, mama pun turut tidur sekali...camana lah berat badan tak naik,lepas makan je terus tidur....hehe.. oklah..sekarang ni musim cuti sekolah...hujung minggu lepas dah bawa anak-anak mandi manda di wetworld batu pahat....seronok lah diaorang semua... tapi sekarang ni bila balik rumah,tinggal mama,papa,baby dan angah je...jadi kurang sikit lah keriuhan di rumah disebabkan abang dan kakak balik kampung neneknya...jadi si angah tu tak adalah kawan untuk diajak bergaduh... bercerita pasal si abang ni...hmm memang dah kalau namanya hero..memang agak sedikit peninglah dengan karenahnya tu... tapi kadang-kadang dia tersentuh juga bila mama dia dah marah...lepas tu mama langsung tak bercakap dengan dia.... pada jumaat yang lepas...lepa

Papa's Song..Baa..baa Black Sheep for Syirah...

Salam uols semua..diharapkan sihat ek..hari ni ada masa sikit nak update blog.. mood baik...tapi cuaca kat luar tu macam nak hujan plak... guruh dah berdentum.... and tiba-tiba teringat nak sharing sikit pasal my hubby... sejak ada baby ni ada sekali tu mama terkejut bila terdengar papa nyanyikan ada satu lagu ni untuk syirah,mama terkejut sebab lagu tu cam kelakar je and very happening bila dengar... tapi dah dua tiga kali juga la dengar mama masih tak boleh nak follow lagu tu... nak kata susah tak ada la sangat,lagunya pendek jer... kadang-kadang mama sampai saje perli papa dengan nyanyi lagu tu tapi mama buat lirik mama sendiri laa sebab semata-mata nak suruh papa nyanyi lagu tu lagi...tapi papa gelakkan mama plak.. and dia tak pun nyanyi lagi..papa cakap tu lagu turun temurun untuk semua anak-anaknya... so...mama nak share laa camana lirik lagu tu... and this song always remember me to my hubby....so sweet la this song.. Baa, baa, black sheep, Have you any

ShaRing is CaRing..

Image
Selamat Pagi...Hari ini rasanya ada sedikit info yang mama nak kongsikan hasil pembacaan mama pada majalah langganan bulanan yang tidak pernah miss sejak mama pregnant..... ada satu topik dalam majalah tu yang bertajuk....."Cabaran Ibu Berkerjaya....Anak terjaga..Rumahtangga Bahagia.... Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi PPUKM,beliau berkongsi dengan pendapat yang diutarakan oleh Profesor Abdul Rahem Omran dalam buku berjudul "Family Planning in the Legacy of Islam" yang menyentuh tentang lima keupayaan perlu ada dalam sebuah keluarga Muslim: 1. Keupayaan Fizikal 2. Keupayaan Ekonomi 3. Persediaan emosi untuk menjadi isteri,ibu,suami dan bapa 4. Kelapangan masa untuk keluarga yang dibina 5. Sokongan moral daripada pasangan terutama dalam bab menjaga anak apabila sibuk dengan kerja. (kenyataan di atas sangat mama setuju dan bermanfaat pada yang bujang yang masih belum berumahtangga sebagai persediaan dalam melang

SyiRAh's First BooK..

Image
Salam...hmm...arini mama nak berkongsi cerita tentang baby syirah.. Sebenarnya mama sangat teruja untuk mengasuh dan mendidik syirah untuk mula mengenal buku sejak bayi lagi.. Jadi mama telah pun banyak melakukan survey untuk mencari buku yang sesuai untuk syirah...mama nak cari buku yang diperbuat daripada kain...bukan kertas....dan  Akhirnya pencarian mama telah pun berakhir dengan penemuan buku ini....  semasa nak pilih buku ni ada 3 lagi pilihan,tapi mama sangat tertarik dengan buku ini...sebab rekabentuknya yang sangat menarik dan juga isi dalamnya.... ni muka depan buku comel tu...tajuknya Little Chef..topi chef tu bila ditekan boleh bunyi tau....  yang ni page 2 and 3 dalam buku ni....page 2 ni yang syirah paling suka sebab item-item dalam tu dia boleh cabut and dia pun masukkan dalam mulut dia laa...bila basah kena air liur dia,cepat kering sebab dalamnya ada plastik thats why my baby very like it because ianya mengeluarkan bunyi bila direnyuk-renyuk...               

iBu EnGKAULah RaTU HatIkU...

Image
Bulan Mei adalah bulan yang paling banyak diraikan hari yang penuh bermakna... hari pekerja (1 Mei),hari wesak (5 Mei),hari ibu (minggu kedua dalam bulan Mei),hari jururawat sedunia,dan hari guru (16 Mei)...dan yang lain-lain aku tak tahu...kalau ada yang tahu sila lah tambah ekk.. Sebelum ini semasa kecil aku tidak pernah langsung ambil tahu tentang pentingnya hari-hari berkenaan.. sehinggalah aku meningkat remaja dan menginjak dewasa...barulah aku sedar betapa penting dan penuh bermaknanya hari berkenaan...terutama sekali hari ibu.... Seingat aku ucapan sempena hari ibu yang aku ucapan kepada emak rasanya baru bermula beberapa tahun yang lalu... rasa sebak sangat dan tidak terkata apa saat aku menelefon emak untuk mengucapkan Selamat hari ibu... dan saat itu baru ku sedar, bukan hari itu sahaja yang sepatutnya kita meraikan hari ibu tetapi seharusnya ia diraikan hari-hari bagi mengingati besarnya pengorbanan seorang ibu dalam mendidik,membesarkan dan memberikan kasih sayang kepad

KuatkanLah Dirimu Duhai HaTiku.......

Image
Walaupun Malam Kian Larut Tapi Jam di dinding masih terlalu Bergerak Perlahan Dingin malam tidak kan sama Dengan Sedingin hatiku Betapa Sayu dan Sedih Melihat Insan itu Begitu Seronok Melayan Karenah Sikecil itu... Tanpa dia sedar Ada hati yang tersentuh dengan gelagatnya itu... Ku tahu dan sedar... Kasih sayang seorang ibu dan ayah pada anaknya tetap tidak kan sama dengan kasih sayang terhadap orang lain yang mungkin pada zahirnya mempunyai hubungan dengan anaknya itu... aku sedar mungkin aku bukanlah insan sempurna yang mampu melahirkan anak secomel seperti itu... tapi aku bersyukur biarpun begitu kelahiranmu anakku dapat menggembirakan hati ini.. walaupun nyawa bagai dihujung tanduk.. demi melahirkanmu... biarpun sewaktu mengandungkanmu pelbagai emosi yang harus ditanggung..... mungkin inilah harga yang terpaksa dibayar olehku demi mengecap sebuah kebahagiaan.. Ingatlah duhai anakku biarpun dirimu tidak secomel insan itu... biarpun mungkin dirimu tidak seca

MamPukah Aku Menjadi SePertiNyA....

Image
Bulan April dan Mei adalah bulan di mana 2 orang dalam keluargaku menyambut hari kelahiran...iaitu abang dan adik perempuanku...Kadang-kadang aku terfikir mampukah aku menjadi ibu seperti ibuku yang mempunyai sifat dan naluri keibuan yang sungguh tinggi. Besar sungguh jiwa seorang ibu yang telah melahirkan kita walaupun pada usia anak-anaknya yang semakin dewasa,serta  sudah boleh menguruskan diri sendiri tapi ibu tidak pernah melupakan setiap detik dan saat indah anak-anak bersamanya tambahan lagi dalam mengingati tarikh dia melahirkan anaknya itu.... Sewaktu aku masih kecil sehinggalah aku meningkat remaja rasanya jarang sekali emak menghadiahkan kek sempena hari lahir kami adik-beradik....aku sangat memahami mungkin pada waktu itu kami adik-beradik masih kecil dan keluarga kami tidak semewah orang lain yang boleh meraikan hari jadi setiap orang anak-anaknya.. tapi setelah kami menginjak dewasa,emak tidak pernah lupa untuk memberikan dan menyediakan kek sempena kelahiran anak-

JALAN-JALAN 1 MEI

Image
HAi...rasanya lama tak post apa-apa dalam blog mama ni...hmmm...sebabnya sibuk dengan kerja dan hal menguruskan anak-anak,makanya tiadalah masa nak update blog....semalam 1 Mei cuti,so mama telah pun mengotakan janji pada anak-anak untuk mengajak mereka berjalan-jalan... Dalam fikiran nak ajak diaorang mandi manda di wet world mana-mana la....tapi bila si abang dah bercakap,"kita nak pergi jalan mana mama?kita nak pergi zoo ek?so dia pun dah buat andaian yang akan ke zoo...so kena tunaikan la hajatnya tu nak ke zoo.... . tapi malam sebelum 1 Mei tu,mama telah menuntut janji daripada papa untuk membawa merasai makanan di Claypot yang baru buka di Muar tu....tapi mama memang tak ingat tempat tu dekat jalan apa,yg pentingnya sebelum sampai hospital Muar... memang terbaik la....sedap dan murah.....menu utamanya adalah asam pedas yang dimasak dalam claypot....... okey kita sambung balik citer nak pergi zoo...... sebelum sampi ke zoo....we all  telah pun ke AEON Melaka untuk makan