Posts

Showing posts from 2017

Terima Kasih Cikgu dan Umi..

Image
Hai semua.... Salam pagi khamis.... Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu semua orang gomen...huhu.. Hari GAJI....... dan hari ni juga keputusan UPSR akan diumumkan..... ramai juga anak-anak kawan yang menunggu keputusan hari ini termasuklah anak Bos saya... cepatnya kan masa berlalu...rezeki mereka semua kahwin lebih awal dari saya dan anak dah besar.... dan saya kena tunggu lagi 6 tahun untuk melalui pengalaman seperti mereka hari ini... semoga saya diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk melalui saat seperti hari ini......aaminn.. . . hari ini juga hari terakhir persekolahan.... dari semalam dah wassap kedua-dua cikgu kakak dan Husna untuk berjumpa mereka secara personal bagi menyampaikan sedikit cenderahati dari mama untuk cikgu mereka... malangnya Cikgu kakak tak dapat hadir juga hari ini kerana suaminya menjalani rawatan di KPJ Johor Bahru.... so tak apalah sampaikan pada umi Farizah dan Umi Lia je dulu dan minta bantuan untuk serahkan pada Cik

Gembira untuk mereka..sedih bagi saya..

Image
Hari ini rasa agak kelam kabut dan busy.. Dari awal pagi dah set up time untuk ke hari terbuka sekolah kakak dan adik... Ditambah dengan perlu mengejar masa untuk masuk dalam dua mesyuarat di pejabat... Alhamdulillah berjalan dengan baik sehingga tengahari... Selepas lunch...nak tidur sekejap tetapi tak dapat kerana teruja dengan berita yang ditunggu oleh staf bawahan saya... Of course lah dah 2 hari mereka tak senang duduk menunggu dan mengharapkan permohonan pertukaran mereka berjaya... Akhirnya yang ditunggu kunjung tiba... Surat pertukaran telah pun diemelkan... (sebenarnya post ni dah lama karang...hari ini baru edit balik sebab kesuntukan masa). . . Ya...hijrah ke tempat baru ada banyak faktor.... bagi mereka mungkin juga ada sebab-sebab tertentu.... walau apapun sebabnya yang penting niat perlu diperbetulkan... . . Saya doakan semoga mereka terus berjaya di tempat baru... dan ingatlah semestinya setiap hijrah itu akan membawa kebaikan walaupun ia menuntut seribu

Sindrom pelupa makin parah...

Image
Cuaca mendung pagi ini..diiringi gerimis mengundang... Sebelum sampai ofis tadi singgah ke R&R perani untuk membeli sarapan... masa itulah saya baru teringat yang kakak kena bawa telekung dan sejadah pagi ini... hari ni pulak tiba-tiba si adik nak ikut mama...so kenalah hantar sekali dia ke sekolah... nak tak nak kakak pun ikut la sekali mama hantarkan ke sekolah.... nasib baik telefon atok mereka dijawab dan suruh atoknya hantarkan telekung dan sejadah dengan segera.... dan masa ni jugalah cikgu wassap mama bagitahu Syirah tertinggal telekung... Ya Allah semalam pun terlupa ingatkan kat atok dia untuk hantar latihan silat pada jam 5.00 petang.. Kesudahaannya saya sampai rumah tengok kakak ada baru selesai mandi... memang saya naik angin lah....aduhai... tak boleh salahkan kakak juga sebab mama dia tak ingatkan atoknya untuk hantar... agaknya terlalu banyak kerja dan yang difikirkan semalam sampai saya lupa perkara-perkara yang penting macam ni yang melibatkan anak-anak.

Rumahku Syurgaku...

Image
Hai...salam muhibah... Apa khabar semua kenalan dan blogger... Ya Allah..lama rasanya blog saya menyepi... Tanpa sebarang new entry... Ini semua gara-gara kesibukan dan tanggungjawab yang semakin bertambah menyebabkan membataskan masa saya untuk hal ini.. Apa pun alhamdulillah..masih diberikan kesempatan dan peluang hingga kini untuk terus menulis... Oklah...sedikit perkongsian kali ini.. Tentang rezeki yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga..tak ada niat untuk menunjuk..tetapi lebih kepada rasa keterujaan kerana akhirnya kami sekeluarga telah memiliki rumah sendiri.. Walaupun tidaklah sebesar dan semewah rumah banglo atau kondo...hatta rumah semi D pun tak layak sebab semua design sendiri...tetapi kami rasa sangat bersyukur kerana akhirnya anak-anak kami mampu berteduh di rumah mereka sendiri..tanpa perlu menyewa lagi... Walaupun dari segi hiasan dan deko masih belum cukup sempurna..tetapi kami telah mula menetap di rumah sendiri hampir 2 minggu... InshaAllah akan disusu

Masih Tak Cukup Korum..

Image
Alhamdulillah tahun ini beraya dapat berjumpa dengan kawan-kawan masa satu sekolah dulu.... kami ni boleh dikatakan ex classmate masa sekolah menengah.... duduk satu kumpulan dalam kelas rasanya dari Form 3 sampai Form 5.... cuma masih tak cukup korum.... Yelah kami sebenarnya ada enam orang....tapi yang dapat berkumpul beraya di rumah saya hanya la empat orang termasuk saya..... lagi 2 orang tak dapat bersama iaitu Faridah dan Rohayu.... sememangnya kami memang baik dan rapat masa zaman sekolah menengah dahulu... cuma bila habis sekolah masing-masing terpisah disebabkan sambung belajar di tempat yang berbeza-beza... So bila dapa berjumpa dengan anak-anak yang dah berderet rasa macam dah tuanya kami semua..... Saya dengan 2 orang anak... Ermayana...4 orang anak... Nor Liza...3 orang anak... Mas Ayu....4 orang anak... Faridah ....2 orang dan bakal bertambah lagi tahun depan... Rohayu...4 orang anak... . . Antara kami Mas Ayu yang paling awal kahwin...dan anak sulung dia

MEMORI 1 Syawal 2017..

Image
Hai semua.... masih dalam mood raya lagi ke....? Bila dah naik kerja ni, mood raya tu dah mula surut kan..... Cuma makan kuih raya tu masih tak habis lagi...selagi ada kan.... . . So kali ini nak cerita tentang kenangan beraya tahun ni yang rasanya agak best sebab kita orang excited bebenor bergambar.... walaupun tahun ni raya kedua dah kena kerja, tapi sambung semula cuti raya ketiga hingga keenam... . . . semuanya jadi seronok apabila dapat adik ipar dan biras yang memang kaki bergambar dan selfie bagai...hahahahaha.... kali ini memang giliran berhari raya di rumah mertua... yang tiada dalam gambar hanya adik ipar yang ketiga dan yang bongsu sahaja gara-gara sorang beraya di rumah mertua dan sorang lagi kerana giliran suaminya kena bekerja pada hari raya.... so,,jangan lah jemu tengok telatah kami ni ekk... kalau rasa meluat abaikan je laa....hahahahaha.... . . .

Ramadhan Bakal Melabuhkan Tirai..

Image
Assalamualaikum... Good Morning... Semua di luar sana.... Alhamdulillah...semoga semua sihat hingga tibanya Syawal dalam masa 2 hari saja lagi... Di harapkan Ramadhan yang akan pergi telah memberikan kita seribu manfaat dan ibadah puasa kita diterima oleh Allah.... Aminn.... . . Okeylah...persiapan kali ini agak sederhana... baju raya pun tak beli agaknya... lepaskan untuk anak-anak, mak abah dan en suami.... so mood nak raya pun tak ada sangat... mungkin sebab memikirkan banyak lagi yang perlu difikirkan selepas hari raya nanti... . . Maka saya dengan rasa rendah hati memohon kemaafan kepada semua sama ada yang mengenali saya sekeluarga atau tidak... sepuluh jari dipohon kemaafan.. dan semoga Syawal yang akan menjelma memberikan seribu kebahgiaan buat semua... Aminnn.... . . SALAM LEBARAN DARI KAMI......

April...permulaan baru...

Image
Hai blogger and silent reader... Lama rasanya membiarkan blog saya diam membisu... Mungkin disebabkan tiada apa-apa yang menarik atau info nak dikongsi... So... Pada petang yang bosan ni gara-gara kebosanan di bilik hotel...saya gagahkan diri update new entry..... Bulan April merupakan satu titik permulaan bagi saya untuk menjawat satu tanggungjawab yang besar... Selepas hampir setahun bersara dari jadi ketua, kali ini saya kena pikul juga tanggungjawab ni disebabkan bos saya dah dapat tukar ke tempat lain... Memang tiada pengganti selepas dia bertukar buat sementara ini, makanya saya kena pikul tanggungjawab sebagai ketua unit dan ditambah dengan fail kes sebanyak 30 klien...total lebih kurang 65 klien sekarang yang kena handle... Cabaran dan dugaan memang ada... Tapi alhamdulillah mempunyai staf-staf bawahan yang sangat proaktif dan tahu tanggungjawab masing-masing... Syukur sangat... Apapun ini adalah satu permulaan untuk saya... Saya kan berdarah pemimpin....darah o...

Tambah Se 'angka' lagi!!

Image
Alhamdulillah semalam genaplah usia saya ke 35 tahun ini... usia yang semakin menginjak dan bertambah seharusnya memberikan keinsafan kepada saya yang bila-bila masa sahaja saya akan pergi menghadap yang Maha Esa... tetapi persoalannya sudah cukupkah persediaan saya untuk ke sana?? kadang-kadang rasa keinsafan timbul dalam diri di sebabkan memikirkan selama ini usia saya dihabiskan ke mana.... adakah semata-mata untuk dunia....?? dan dah berapa banyak pula bekalan saya di akhirat sana....?? semoga saya sentiasa sedar akan perkara ini... . . Apapun terima kasih kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan, sanak saudara bahkan sesiapa pun yang saya tidak kenali yang memberikan ucapan serta doa-doa yang baik untuk saya.. semoga Allah juga memberikan kebaikan untuk kamu semua...aaminnn... . . terima kasih kepada adik saya awin kerana tak pernah lupa belikan kek hari lahir untuk kakak dia ni... tengoklah siapa yang terlebih excited sangat ni...kakak

Chia...chia...Chia Seed😉

Image
Selamat pagi... Hai semua....Alhamdulillah masih diberikan kesempatan Allah untuk bernafas hari ni... Nikmat yang patut kita syukuri.. Hari ini terpaksa EL..sebab anak jatuh semalam kena hempap pagar.. Aduhai anak..nasib lah tak teruk sangat,tak dapat dibayangkan kalau yang kena tu adik... So rehat kan minda...tenaga tetap kena bekerja... So...pagi-pagi ni nak cerita pasal sesuatu... . . Pasal apa lagi.... Chia Seed....selama ni kita panggi dia biji selasih je kan.... Tapi rupanya bentuk dia lain pulak sebelum rendam dengan air... Gara-gara pengaruh dari adik saya la ni... Di samping rasa keinsafan dalam diri yang memang pasang target untuk turun berat untuk tahun ini... Ya Allah dah dapat rasakan bila berat dah berlebihan ni kerap sakit kaki... Ditambah dengan usia yang semakin meningkat,nikmat kesihatan inilah yang patutnya kita kena selalu syukyri sebelum terlambat... Pagi-pagi bangun nak pijak tapak kaki rasa sakitnya...badan pun cepat letih dan penat... So kena pa

Pasang Meter TNB??

Image
So hari ini nak share sedikit tentang pengalaman nak pasang meter masuk rumah baru.... kalau beli rumah saya tak tahulah macamana prosedurnya... tapi hari ini saya nak share tentang nak masuk elektrik pada rumah yang dibuat sendiri (bukan saya la buat, tapi tukang rumah..hehehe).... ok, let me explain sikit pasal keluasan rumah saya ni... lebar 25 kaki ,panjang 65 kaki... ada 3 bilik + 2 stor dibahagian belakang rumah..dan 2 bilik air... . total kos untuk pendawaian, beli lampu dan kipas...RM 2000... upah pendawaian...RM 795.. upah pasang meter melalui TNB pula....RM 970... so kos semuanya hampir RM 4000.... . . oklah.....mula-mula saya telefon pejabat TNB untuk tanyakan prosedur semua... so saya diberitahu saya kena buat melalui kontraktor yang berdaftar dengan TNB... jadi pihak TNB bagi saya nombor telefon kontraktor tersebut yang duduk berhampiran dengan alamat saya.... kontraktor datang lihat pendawaian semua dan dia bagitahu kos untuk pemasangan meter... pembayara

PC oh PC!!

Image
Selamat pagi semua!!! Aduhai rindunya rasa nak berblog.... Yelah sejak dua menjak ni apa la masalah kat komputer ofis ni... asyik tak boleh on je... naik pening kepala den..... lagi-lagi pula time nak siapkan kerja yang urgent.... nasib la baik ada seorang pakar membaiki komputer ni... naik segan pulak dengan dia.....dah dekat lima kali panggil dia atas masalah yang sama.... asal dia datang je terus ok.... aduhh..pada hal masalahnya simple saja..... dan harini dia cakap "cuba puan beli extension lain, yang mahal sikit....." hmmm....nak mahal camana lagi la kan... oklah...saya akan beli extension lain... ...sebab tak nak menyusahkan kamu lagi wahai Mr. Hakim.... Thank you so much^_^ so kena reward dia lah ...sebagai menghargai jasa dia.... malu rasanya bila terpaksa menyusahkan orang lain atas masalah kecil.... Yela sebab saya memang buta IT.... kalau saya tahu, saya takkan susahkan orang lain..... Itu prinsip saya...... . so stop talking about my PC....

Bahana WeChat!!!

Image
Hai..Salam semua.. Selamat Pagi... Entry Pertama dalam tahun 2017.... dah tahun baru kan.... tak sempat nak wish "happy New Year"....hehehe... . . Cuaca pula masih hujan dari semalam... Ramalan kaji cuaca juga menjangkakan hujan akan berterusan sehingga hari ini... Risau juga kerana semalam tidak balik rumah kerana tidur di pejabat... Sana-sani orang update tentang banjir di kawasan Kota Tinggi ini... Mudah-mudahan Allah jauhkan kami dari bencana yang buruk... . . So hari ini nak kongsikan tentang sesuatu yang amat penting untuk para ibu bapa di luar sana... terutama yang mempunyai anak-anak yang telah menggunakan aplikasi telefon pintar..android.. Ini adalah cerita berdasarkan pengalaman kami...sekeluarga memandangkan anak kami Along pun memang mempunyai handphone...even Angah dan Abang... tapi bukan saya dan papa dia yang belikan but their Mom... sebab minta dengan kami berdua memang kami tak akan bagi.... . . Ok dipendekkan cerita satu malam husband sh