Posts

Showing posts from December, 2015

Berakhirnya Tahun 2015

Image
Esok adalah hari terakhir untuk tahun 2015.... sekejap sungguh masa berlalu kan... diam tak diam sudah setahun saya ditempat kerja baru... Setahun ini juga lah banyak sekali pengalaman pahit yang berlaku dalam kehidupan saya.... Mungkin Allah nak uji saya dengan pelbagai dugaan yang telah saya tempuh sepanjang 2015... . Iya....dalam kehidupan ini jangan sesekali kita lalai dan alpa... terutama sekali apabila berhadapan dengan kegembiraan... jangan sesekali kita lupa untuk bersyukur.... seolah olah dunia ini kita yang punya.... bila dah jatuh tersungkur baru kita sedar dan ingat pada pencipta... . dan jangan sesekali lupa kadangkala kita manusia ini hanya dijadikan sandaran atau tempat untuk berpaut sementara tetapi apabila mereka sudah berjumpa dengan sesuatu yang lebih berharga kita pasti akan ditinggalkan.... Ya.... people come and people leave... sama ada kita yang akan pergi meninggalkan mereka atau mereka yang akan pergi meninggalkan kita terlebih da

Selamat bertugas di tempat baru...

Image
Hari ini memang hari yang tak dijangka.... Selepas seminggu tidak masuk kerja... Gara-gara tugas luar Dan sambung cuti, makanya saya tidak tahu yang hari ini diadakan majlis perpisahan untuk second bos saya yang akan mula bertugas di tempat baru bermula 4 Januari 2016 nanti... Setahun saya bekerja di bawah naungannya... setahun belum cukup untuk saya mengenalinya 100 percent... Tetapi cukuplah saya katakan senang bekerja dengannya Walaupun kadangkala ada juga waktu Dan ketikanya saya melanggar arahannya...hehehe.. Tapi kerja tetap saya buat... Terima kasih tuan atas tunjuk ajar Dan nasihat serta kata-kata semangat untuk staff bawahan seperti saya ini... Terkejut juga bila saya ke bilik dia untuk meminta tandatangannya pada Surat cuti saya, dia bergurau mengatakan tiada kata-kata terakhir ke dari saya untuk dia... Saya tak sangka dia bercakap sedemikian, tetapi saya membalas 'esok tuan ada lagi kan'.. Semoga Tuan berjaya Dan tabah menghadapi dugaan di tempat baru... M

Kehilangan Yang Menakutkan...

Image
Semalam adalah hari yang paling saya akan ingat sampai bila-bila... Kegembiraan saya Dan suami untuk ke pasar pagi di Tai Hong Kota Tinggi, pasar yang menjual pakaian yang agak terbesar di Kota Tinggi telah bertukar menjadi tragedi.. Pasar ini memang dibuka setiap Jumaat sahaja... Dan sememangnya yang agak excited adalah husband saya kerana dia belum pernah ke sana... Sebaik sampai sahaja, kami mula masuk ke kawasan pasar.. Tiba-tiba husband saya terjumpa kenalannya..bila dah berjumpa, sudah tentu berborak lah mereka.. Saya memang tidak suka berdepan dengan situasi begitu.ya lah dah lah kami tiba jam 10.3o pagi..pasar akan tutup jam 12.00 tengahari..sementelah dengan cuaca yang panas saya memang tak sanggup menunggu lama.. Maka saya bergerak dulu beberapa langkah mencari tempat yang agak redup sambil menolak stroller Husna dan Kakak Syirah di sebelah saya.. Saya mula menelefon Husband menyuruh untuk segera datang ke tempat kami.... Selepas selesai menelefon dia, Dan kelibat di

Quote Untuk Yang Rebah

Image
This is also quote that motivate me... So...please..please...move on....

Locked Away..

Image
First time saya dengar lagu ni masa dalam perjalanan ke tempat kerja... Of course la senikatanya yang menarik perhatian saya, disamping melodinya... Terus search kat youtube... So jom layan ek pada sesiapa yang tak pernah dengar lagi...

Round the Malaysia..

Image
Hai...welcome back to me... Lama rasanya tak update blog... Sesungguhnya kesibukan yang melanda membataskan segala-galanya.. Tambahan lagi tak ada cerita yang menarik untuk di update... Hehehe... Bermula semalam saya menjalankan tugas yang saya tak pernah buat selama hampir 11 tahun bekerja... Pergi hantar kes a.k.a jadi pegawai escort menghantar klien... Perjalanan kami bermula ke dungun...seterusnya ke Kota bahru...rantau panjang....Melalui Grik untuk sampai ke Ipoh..so malam tadi kami bermalam di Ipoh..hari ni akan meneruskan perjalanan ke Perlop...Teluk Intan...Bukit Chabang... Sambil jalan-jalan sambil cari makan.. Best jugak sebenarnya... So this is first time for me sampai ke Perlis... Semalam juga first time saya mencuba "Lok Ching" di Rantau Panjang.. Sedap juga rasanya.... Macam steamboat yang di cocok dengan lidi..cuma dia dibakar Dan diletakkan sos..nice food.... So nanti saya akan update lagi apa yang saya dapat sepanjang long journey ni....

Carrot cupcakes in the House

Image
Assalam uolss... Hari ini sungguh bersemangat untuk membuat cupcakes @ muffin... Makanya gigih dari kedai ke kedai mencari bahan... Huhuhu...malangnya walnut tidak dijumpai di kedai di kampung halamanku ini... Termasuk lah serbuknkayu manis... So tak yah pening sangat, beli kayu manis Dan kita pun blend kan dia guna blender kering... Cuma bahan walnut saja yang tak ada.. Ok... Let me share the recipe...

Selamat Menempuhi Alam Rumahtangga

Image
Minggu lalu adalah minggu yang paling sibuk dan agak memenatkan bagi keluarga saya... Ya lah, si bongsu kami a.k.a adik bongsu saya telah selamat mengakhiri zaman bujangnya dalam usia yang agak muda... umur dia 22 tahun...paling muda antara kami adik beradik yang telah berkahwin... bayangkan abang sulung dan kakak dia pun belum lagi...sudah jodoh kan.... Alhamdulillah walaupun di pihak kami, majlis menyambut menantu tidak dibuat secara besar-besaran, tetapi kunjungan tetamu yang datang sungguh tak diduga... Tahniah Fuat dan Iqa... semoga berbahagia hingga ke Jannah... Alam rumahtangga memang menyeronokkan tetapi kadangkala ada juga ujian yang datang melanda.. Jadi bersiap sedialah dengan ujian itu..

Cupcake towel

Image
Adik nak kahwin baru la sibuk nak fikir buat souvenir apa... Hehehe...buat yang simple saja memandangkan ada anak kecil ni susah nak buat yang rumit-rumit.. Makanya terhasillah souvenir yang tak beberapa... Jadilah kan untuk orang yang kurang kreatif macam saya ni.....

It's me Today..

Image
Pagi-pagi datang kerja perut pula dah meragam.. Huwaa... Kenapalah kamu duhai perut... dari semalam rasa tak sedap... semalam daku tiadalah makan pedas-pedas.. cuma malam tadi masa tengok cerita "Tersuka Tanpa Senagaja" adalah saya makan keropok lekor yang adik saya kirim dari kawannya yang balik Kelantan.. dah lama tak makan keropok lekor dari pantai timur, memang sedap sangat bila sesekali pekena... sebelum pergi kerja dah 3 kali membuang... dah telan pil yang saya dapat masa pergi klinik kena cirit-birit bulan puasa hari tu.. harap-harap oklah... tapi masih ke tandas lagi sampai di ofis... so, semua benda jadi tak kena... habis saya marah semua penghuni yang datang pejabat saya hari ini... ada je yang tak kena.. memang patut pun diaorang ni kena... sekali ketuk, sekali jalan.... Haishhh...tak paham laa... oklah... buat kerja... pagi-pagi jangan nak mengeluh... nanti rezeki susah nak masuk.... hari ni dah 8 Disember... Plan strategik for the next year

Sihat sebelum sakit..

Image
Hari ini rasa tak larat nak pergi kerja.. Semalam balik kerja tengkuk dah rasa sakit. Bila sakit ni semua anggota badan rasa tak selesa.. Jadi sebab kan tak tahan, saya ambil 2 biji uphamol.. Memang rasa lega tapi still tiada mood untuk bekerja hari ini.. Physically and mentally being sick.. ya Allah bila kita sakit ni, baru kita sedar tentang nikmatnya waktu kita dalam keadaan sihat.. Baru sakit sikit..bayangkan bagaimana orang yang bertarung dengan sakit cancer.. Dari semalam melihat bagaimana hiba Dan syahdunya upacara pengebumian Almarhum Tunku Jalil.. Paling terkesan melihat gambar Ayahandanya, Sultan Johor yang tidak dapat menahan kesedihan dengan pemergian anak yang cukup kuat untuk survive melawan penyakitnya.. Allah lebih sayangkan dia.. Cukuplah penderitaan yang dia dah lalui.. Dia bukan sesiapa pun pada kita mahu pun pada saya... Tetapi semangat Dan keperibadiannya tetap akan tersimpan di hati setiap orang yang akan merinduinya sampai bila-bila. #fightlikejalil

Jom menabung...

Image
Sebenarnya dah banyak kali terpandang mereka yang share tentang teknik untuk menabung.... Bukan menabung yang terus masuk akaun tu ek... Tapi menabung dengan cara isi duit dalam tabung...hahaha... since saya pun ada 2 tabung untuk kakak dan adik yang saya dapat tu, saya akan manfaatkan sebaiknya... Antara satu teknik yang saya senang nak ingat adalah dengan cara menabung ikut tarikh pada sesuatu bulan tersebut... Contohnya, kalau hari ini adalah 25 haribulan...kita masukkan duit sebanyak RM 25 ke dalam tabung itu... Duit tabung ni kita boleh gunakan untuk waktu terdesak / reward untuk kita sendiri...ataupun untuk pergi melancong....kalau kita konsistenlah dalam melakukannya.... Bayangkan saya dah buat kiraan... Bermula dari 1 haribulan sehingga 30 /31 haribulan setiap bulan sekiranya kita konsisten hari-hari menabung kita akan dapat jumlahnya yang kita simpan setiap bulan RM 465..jengjengjeng.... Banyak kan..... so bila dah masukkan banyak duit kertas ni, macam tak muat pulak

Kasihnya seorang Ayah..

Image
Rentetan banyak pihak yang berkongsi gambar perjalanan kehidupan Almarhum Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor sepanjang bertarung dengan penyakitnya, saya juga turut terkesan apabila melihat gambar-gambar tersebut... betapa kasihnya DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim terhadap anakandanya sehingga dilihat sentiasa berada di sisi beliau semasa beliau dalam keadaan tidak sihat... kasihnya seorang ayah tiada tolok bandingannya...sentiasa berada di sisi untuk memberikan semangat dan kekuatan kepada anaknya dalam bertarung dengan penyakit tersebut... baginda juga turut pergi ke China semasa Tunku Jalil mendapatkan rawatan di sana untuk sentiasa berada di sisi anakandanya ketika menghadapi detik-detik yang sukar..... betapa kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh baginda kepada anaknya dengan bergurau senda agar dapat menghiburkan hati anakandanya akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihat gambar yang mereka kongsikan di media sosial.. betullah seperti kata pepatah, Kasih ibu mem

Tak tahu Nak Kata Apa..

Image
Mendengar berita staff yang akan berpindah setelah dapat kelulusan pertukarannya itu saya tak tahu nak rasa apa.... Bukan mendengar tetapi melihat sendiri... Kebetulan surat itu saya sendiri yang melihatnya bersama-sama dengan beliau sendiri, maka saya seperti merasakan peluang saya untuk memohon agak tipis nampaknya..hahahaha... No...saya masih belum buat keputusan lagi... Isthikharah masih belum dibuat.... Tetapi saya juga tidak terkejut bila ada seorang lagi nama yang turut terlibat dalam perpindahan dalam masa terdekat nanti.... Agaknya mungkin semua orang gembira mendengar berita ini nanti.... Ya lah bagi kebanyakkan orang yang tidak menyukai dia, mungkin itu berita gembira bagi mereka.. . Senangkan... kita ni... bila rasa tak sesuai dengan persekitaran tu, better angkat kaki lambung... No....bukan begitu sebenarnya... Bila kita rasa tak diterima oleh persekitaran itu, lebih baik kita berhijrah... Yup...melakukan penghijrahan untuk sesuatu yang lebih b

Dari Dia kita Datang,kepada Dia kita kembali..

Image
Tempat jam 7.11 malam seluruh rakyat negeri Johor dikhabarkan dengan berita sedih tentang kemangkatan Tunku Laksamana Johor..Tunku Abdul Jalil.. . Pada mulanya saya seperti tidak percaya bila Abah yang memberitahu berita ini semasa kami makan malam di dapur..biasalah Abah dapat makluman dari wassap itu pun adik saya yang hantar.. Sebab sebelum ni Abah juga yang maklumkan perihal Tunku Jalil yang sedang tenat di HSA dalam 2 @ 3 miggu yang lalu..tetapi Alhamdulillah tiada sekarang perkhabaran sedih yang diterima dalam tempoh itu.. . Tetapi hari ini, dia sememangnya telah dijemput oleh Allah..setelah bertarung dengan kanser hati stage 4.. Hampir setahun saya ikuti perkembangan beliau melalui Fb Dan ig... Saya sifatkan beliau seorang yang cukup kuat Dan tabah melawan penyakitnya sehingga menubuhkan yayasan kanser untuk membantu golongan senasib sepertinya yang tidak berkemampuan... . Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Salam takziah untuk seluruh ker

Terkejut akak..

Image
Tiba-tiba dapat wassap dari officemate... Terkejut jugak dia hantar quote kat bawah ni dah malam camni.. Takkan dia tahu kot niat saya.. Tak ada cerita dengan sesiapa pun lagi.. Biasanya jarang dia wassap saya melainkn hal kerja sahaja... Kalau berkongsi cerita pun hanyalah kat Ofis... Tapi bila saya aaminn kan.. Barulah dia balas balik... Alhamdulillah... Berniat baik rupanya untuk sama-sama mendoakan penghijrahan yang telah saya lakukan sekarang ini ... Ya...saya sangat berharap akan ada kebaikannnya Walaupun kepahitan yang saya dah lalui dahulu belum pun setahun berhijrah.. Ya pasti ada hikmahnya... Itu janji Allah kalau kita sabar Dan redha..

Semalam yang busy..

Image
@bangun pagi cuci baju Dan sidai Baju @pergi kedai beli lauk untuk dimasak.. @balik terus masak untuk tengahari Dan lauk untuk adik ipar yang dalam pantang yang baru balik semalam @mak telefon suruh pergi yaasin jam 2.00, so siap masak suapkan anak-anak makan..Dan makan sekali @rehat kejap setengah jam, dan bersiap ke majlis yaasinan dengan membawa si kakak..Alhamdulillah.. Duduk diam sampai habis..jumpa kawan baru dia menunjukkan aksinya @buat muffin pelangi...sedap tapi sori rupanya agak hodoh sebab dulang pembakar yang saya beli semalam tak muat masuk dalam oven...huwaa...rugi rm16.90.. Tu yang rupanya herot sikit...hahahahahha Ok..penat..dan cukuplah cuti hujung minggu ni.esok mulakan kerja...

Istikharah dalam membuat keputusan

Image
Setelah dikaji tentang personaliti dan belajar mengenali diri sendiri, memang ada betulnya apabila saya dikatakan sering menghadapi situasi untuk memilih antara dua pilihan... Itu yang kadangkala sangat sulit untuk membuat keputusan... Kebanyakan keputusan yang dibuat sebelum ini lebih kepada pertimbangan akal setelah mengambil kira apa kesannya kepada diri saya pada masa hadapan... Ini Lebih kepada kehendak diri sendiri sebenarnya... Saya akui sangat jarang saya membuat istikharah sewaktu menghadapi kesulitan dalam membuat pilihan... Ya...solat sunat istikharah... Pernah juga diberi nasihat untuk melakukannya ketika menghadapi dilema dalam menentukan soal jodoh.. Tapi saya tak buat... Begitu juga ketika mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran suatu masa dahulu... Tapi sekarang saya bertekad untuk lakukannya... Ya...I need a guidance from Allah.. Sebab saya tak nak tersalah pilih lagi... Saya kena lakukannya dengan segera... Sebab ada perkara yang saya perlu selesai

Jom kita buat kek..

Image
Hehehe.... Sebenarnya dah lama berhajat nak buat.. Bukan tak pernah buat kek.. Share resepi kat fb dah banyak... Saya nak buat cupcake je sebenarnya.. Kalau jadi, nanti nak buatlah goodies untuk majlis adik saya tu.. So tunggu adik perempuan saya cuti, jadi bolehlah saya membuat bersama-sama dengan beliau... Esok cuti... Moh ler kita berehat dengan sepuasnya... Lagi pun minggu ni agak penat..stress kan.. Lets enjoy the holiday.... So saya share quote di bawah sebagai motivasi hari ini....

Misi Membuat Kad Jemputan

Image
Hari ini sambil bekerja sambil curi-curi buat kad jemputan untuk adik... Alamatnya pukul 12.00 tengahari baru saya sempat untuk bersarapan.. Nasib baik bawa bekalan.... itu pun curi-curi keluar awal dari meeting gara-gara tak tahan perut dah lapar sangat.... . Mula-mula dulu emak cakap macam tak nak buat majlis... Hanya majlis di sebelah pihak perempuan saje... Tapi minggu lepas emak ada menyuarakan agar saya membantu untuk buatkan kad yang simple sahaja dalam 200 kad untuk buat majlis adik lelaki bongsu saya tu... . Makanya bermulalah saya dari pagi gigih menyiapkannnya.... Orang tak kreatif memang camni kan... hehehe.... Main ciplak je dari encik google laa... and edit la sikit-sikit..... Akhirnya berjaya jugak... So balik nanti kita pergi buat salinan banyak-banyak ek... So dijemput datanglah kepada sesiapa yang sudi....tarikh dan masa ada tertera di atas......

Hari-hari hipokrit kan..?

Image
Seharian bekerja hari ini tanpa ada tahap stress yang melampau... Hohohoho.. Stress susah...tak stress pun susah jugak.. Memanjang jer nak complain...haishhh.. Begitulah manusia kan..tak pernah rasa bersyukur....saya la tu..... tak cakap pasal orang lain... . Kadang-kadang saya rasa dalam kehidupan seharian kita banyak juga terpaksa berlakon... Dunia ni kan pentas lakonan.. Kita la pelakon-pelakonnya.... Betul tak?!! . Maksud saya kat sini bila dalam sesuatu keadaan kita kadangkala terpaksa hipokrit... Sebagai contoh kita tak suka dengan sikap seseorang atau dengan tindakannya, tapi bila berhadapan dengan dia kita cuba berbual seperti biasa... Ini mungkin dalam kontek hubungan sebagai kawan... Kita lebih rela bercakap di belakang...sob sek sob sek...daripada berterus terang... Maybe untuk menjaga hubungan persahabatan tu.... . That's why I said....hari-hari kita berlakon... Tak semua benda Dan perkara kita boleh berterus terang... Tetapi sejak bekerja di dalam j

Semua tentang kita

Image
Ini semua gara-gara penangan cerita 'Akulah Balqish' yang sedang ditayangkan dekat TV3 setiap isnin - khamis jam 7 sehingga 8 malam.. . Apa yang membuatkan saya mengikut cerita ini adalah lokasi pengambaran dibuat di CCRC Karak Dan Bachok yang berada di bawah jabatan saya berkhidmat.. Memang mereka adalah lokasi yang terbaik untuk dipilih.. . sebab saya selalu juga mengikut perkembangan aktiviti Dan program yang mereka jalankan... . memang sangat berkualiti Dan penuh bermanfaat.. Hopefully ianya bukan indah khabar dari rupa... . Dan satu lagi lagu temanya... Dari Asfan Shah...SEMUA TENTANG KITA.. Memang liriknya sangat menyentuh hati.... .

Indahnya Kehidupan Mereka..

Image
Sejak Abah dah mula bersara daripada pekerjaannya bulan lepas, saya lihat kehidupan mak dan abah banyak berubah... mereka lebih banyak meluangkan masa bersama-sama.. selalunya Abah tak akan betah untuk pergi ke mana-mana dalam tempoh waktu yang lama... contohnya kalau balik kampung, tidur semalam sahaja sudah cukup kerana Abah perlu bekerja pada keesokan harinya... memang komitmen Abah terhadap kerja sangat tinggi.... kalau mohon cuti hanyalah sehari dua, tidak boleh lebih dari itu.... tetapi sejak dah bersara ni, Abah akan ikut sahaja ke mana yang mak nak pergi... Kadang-kadang kami yang ada di rumah agak pelik juga bila ada sekali tu mak dan Abah pada awalnya hanya memenuhi jemputan adik abah untuk menjamu mereka makan steamboat selepas mereka selesai mengadakan majlis menyambut menantu baru-baru ni... tetapi mereka tidak pulang, kami fahamlah mungkin mereka menumpang tidur di rumah adiknya itu... kemudian kami terus menunggu kepulangan mereka sehingga lewat petang hari yan