Soal Hati Memang Pelik..

Berita yang agak mengejutkan..
Hasil perbualan Emak,adik Dan saya...
Sebenarnya Emak baru balik dari rumah ibu saudara dan bapa saudara saya, a.k.a kakak kepada Abah Dan adik Abah..
Apa yang mak beritahu sepupu saya iaitu anak perempuan kepada adik abah ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang berketurunan India...
Dan lagi mengejutkan lelaki itu tidak mahu menukar agamanya...
Sudah tentu ibu sepupu saya itu mengamuk sakan...
Menurut mak, mereka berkenalan melalui laman Sosial..sudah hampir 3 tahun katanya...
Sampaikan sekarang ini sepupu saya itu tinggal dengan abangnya yang dah berkahwin dengan tujuan bagi memudahkan abangnya memantau pergerakannya..
Bayangkan dialah satu-satunya anak perempuan daripada 4 orang adik beradik yang lain kesemuanya lelaki..
Dia pula bukan calang-calang orang, memang berpendidikan Tinggi..
Saya dapat gambarkan bagaimana kecewanya perasaan ibu saudara saya itu seperti mana kecewanya mak saya sewaktu saya membuat pilihan seperti itu satu masa dahulu...
.
Apa yang boleh dirumuskan ya daripada cerita ini...
.
Perempuan mungkin bukan terdesak untuk memilih jodoh, tetapi sekiranya hadir seorang lelaki yang tidaklah menepati kritera mr perfect tetapi cukuplah memahami dan memberikan perhatian kepada dia, mereka akan tewas..
.
Hubungan kekeluargaan yang rapat sangat penting bagi membentuk Dan memelihara anak-anak terutama anak perempuan daripada terjerumus dalam keadaan yang tidak diduga...
.
So saya pernah merasai pengalaman itu, Dan saya tidak mahu anak-anak perempuan saya menjadi seperti saya...oleh sebab itu, sejak dari kecil lagi saya usahakan supaya mereka lebih rapat dengan mama mereka sendiri daripada orang lain supaya mereka boleh bercerita apa sahaja..sehinggalah mereka meningkat ke umur dewasa....sayalah kawan rapat mereka...
.
Semoga dia tidak tersalah membuat pilihan...
Dalam hal sebegini pilihlah redha ibu bapa..
Barulah selamat dunia akhirat...




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!