Posts

Showing posts from 2020

Kurus Fit Online coaching

Image
Sejak mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat ini, segala-galanya berubah dalam hidup saya... . . Dari segi aspek kesihatan, badan terasa ringan...tidak mudah mengantuk lagi-lagi selepas makan.. . Dari segi emosi, saya cuba berada dalam Fasa untuk menguruskan emosi dengan lebih baik.... . . Saya juga dapat merasakan waktu tidur saya lebih berkualiti..... . . So let me introduce apa yang saya telah buat... . Sebenarnya dah lama decide untuk join satu program, yang mana program ini melibatkan bagaimana untuk menurunkan berat badan, so saya telah mula join pada awal Jun dan memang program ini dikenakan bayaran yang pada saya mampu untuk saya... . . Alhamdulillah siapa yang join, akan diberikan resepi hari-hari untuk pemakanan kita.... 5 kali makan dan senaman hanya kita sendiri yang kena buat. . . sebabnya untuk turun berat badan, kena jaga makan 80 % dan senaman hanya 20 %.... . . dan hasilnya saya turun 6 kilo dalam tempoh sebulan.....so sekarang dalam Fasa untuk mendapatkan ber

PUJUKLAH HATI

Image
Alhamdulillah...Allah bagi nikmat untuk saya menikmati kehidupan hari ini . Syukur sangat disebabkan nikmat itu saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah di  muka bumi ini. . Sejak dua menjak ini semacam ada satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. . Sukar untuk diungkapkan kerana saya tidak tahu kenapa dan bagaimana ianya berlaku. . Tetapi setiap kali perasaan itu datang saya jadi tidak suka dan tidak enak. . . Wahai masalah, aku ada Allah....(selalunya kita menggunakan perkataan 'Ya Allah, aku ada masalah') . . Saya tidak tahu bagaimana untuk menyembunyikan perasaan ini. . Tetapi apabila baca satu buku, saya mula merasakan apa yang Allah beri ini sebagai satu ujian. walaupun hanya melibatkan perasaan sahaja. . Apa yang saya harapkan hanyalah supaya perasaan itu Allah buang jauh-jauh dan saya hanya berharap dapat menjadi seorang ibu yang dikasihi dan disayangi oleh anak-anak. . Apa yang saya rasa saya perlu bua

APABILA SESALAN BERTANDANG

HARI  INI CUACA SEAKAN MENGERTI . RASA SEDIH MENGHANTUI DIRI . TIDAK PASTI MENGAPA BEGINI . TETAPI MUNGKIN SESALAN SEMALAM MENGHANTUI DIRI . GAGALNYA MENGAWAL EMOSI . MENYEBABKAN AKU RASA BERSALAH DALAM DIRI. BERSALAH PADA INSAN ITU . YANG SELALU MENJADI MANGSA EMOSI KU . MAAFKAN LAH DIRI INI . MAAFKANLAH DIRIKU . BIMBANG AKAN MEMAKAN DIRI . KADANGKALA AKU SEPERTI HILANG KAWALAN DIRI . MUNGKIN LELAH DENGAN BEBAN YANG DIPIKUL . MUNGKIN KERANA TERLALU CUBA MENJADI SEMPURNA . TAPI ITU TIDAK MUNGKIN . KERANA DI DUNIA INI TIADA APA PUN YANG SEMPURNA . DUNIA HANYA PENTAS LAKONAN . APA YANG KITA LALUI  . TIDAK SAMA DENGAN APA YANG ORANG LAIN LALUI . HANYA PADA TUHAN KU SERAHKAN SEGALA . JANGAN PERNAH SEKALI LUPA TENTANG ITU . MUNGKIN PERLUNYA AKU BERHENTI REHAT SEKETIKA . BERHENTI DARIPADA MENGEJAR DUNIAWI . BERHENTI MENJADI PELAKON DALAM PENTAS DUNIA . MASANYA UNTUK BERBAKTI KEPADA INSAN-INSAN KERDIL ITU . MENCIPTA KENANGAN INDAH DENGAN MEREKA. . SEMOGA DUNIA KECIL MEREKA NANTI . AKAN MENJAD

RAGAM STAF BARU

Image
Hujan yang turun sejak dari pagi dan berhenti sekejap dan turun lagi walaupun sekadar gerimis menimbulkan idea pula nak update post... Ye la sebab harini berpuasa semula lepas break sehari semalam gara-gara tak tahan kursus online di rumah duduk saja makanya jam 10 terasa lapar amat...so dok hentam mkn megi sedap..haa ambil 600 gm berat naik....asalnya nak puasa semalam dah bangun sahur tapi ke laut nampaknya...so hari ini Insya Allah akan bertahan... . . so hari ni share tentang ragam satu staf baru bawah unit saya. beliau ni nampak agak matured sebab umurnya dah 30 lebih, pendiam, tetapi seorang yang  kerja yang diarahkan tak pernah menghampakan..tetapi...hmm...yelah bila nama pun staf lelaki bila disuruh buat kerja-kerja sebagai contoh buat surat memang kurang arif....makanya memang dalam sehari tu 3 hingga 4 kali dia bertanya tentang perkara yang sama untuk dapatkan kepastian walaupun masa tu saya tengah menghadap kursus secara online..... headphone dengar penceramah bagi lectured

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 12

Image
Hari Isnin aku Sudah mula bekerja semula.. Selepas dua hari MC aku sudah merasakan cukup sihat untuk bekerja.. Pagi ini abang yang menghantar aku kerana dia juga masuk shif pagi. Apabila sampai saja, aku keluar dari kereta selepas bersalam dengan abang. "Take care Feera," abang mengenyitkan mata sebelah kirinya kepadaku. Aku sedikit hairan, "Dah kenapa abang ni, " bisikku dalam hati. . Sesampai di mejaku ,aku terus 'on' kan Komputerku sebagai persediaan untuk melakukan kerja-kerja yang bakal aku lakukan hari ini. Seorang demi seorang staf Fakhrul Consultant masuk ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi. Rata-rata bertanyakan keadaan diriku dan berasa lega aku telah masuk bekerja. Tidak lama kemudian kelibat Encik Fakhrul kelihatan. Apabila dia lalu di hadapan mejaku dia terus memandang ke arahku sambil tersenyum. Aku juga membalas senyumannya dan dia terus masuk ke pejabatnya. . Tidak lama kemudian Kak Hanim memanggilku menyuruh masuk ke bilik Encik Fakhrul. Aku se

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 11

Image
Malam selepas balik berjumpa dengan Husna, kepalaku terasa berat sangat. Adakah mungkin disebabkan oleh hujan atau aku terlalu banyak fikir. Rasanya tak ada apa yang nak difikirkan sangat, melainkan kerja-kerja di pejabat sahaja. Tetapi itu semua sudah ku siapkan sebelum balik. Selepas selesai mandi aku tidak dapat mengawal diri daripada terbersin, hidungku terasa sukar untuk bernafas, sumbat.. Ahh sudah selsema pula ke aku ni.. Tanpa menjenguk ke dapur untuk menjamah makan malam yang ibu telah sediakan, aku terus sahaja merebahkan diri di katil kerana sepertinya aku terhuyung hayang..tidak dapat mengawal diri. . . Aku hanya tersedar apabila ibu mengejutkan aku untuk mengajak makan..apabila aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan angka 11.00 malam.. rupanya baru dua jam aku tidur..dan sepertinya kepalaku masih lagi berat.. . Aku hanya mengatakan tidak berselera untuk makan dan terus melelapkan mata kembali mungkin kerana penangan panadol 'soluble' yang aku telan. Aku hanya

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 10

Image
Tengahari tadi selepas lunch dengan Kak Hanim,  Encik Fakhrul memanggil aku masuk ke pejabatnya. . . Aku mengetuk pintu biliknya sebelum masuk.  Seperti biasa aku dijemput duduk olehnya. "Feera, saya hendak awak dengar baik-baik apa yang saya akan terangkan ni. Saya akan bagitahu awak tentang peranan awak dalam majlis yang kita akan anjurkan nanti. Apa yang awak perlu buat adalah sediakan teks ucapan untuk perasmi nanti. Semasa majlis berlangsung awak juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengiring kepada isteri Datuk Hassan Dan membawa dia melawat ke sekitar pameran tersebut. Aku menganggukkan kepala tanda faham tentang perkara yang beliau terangkan. Tiba-tiba terasa 'handphone' ku bergegar  menandakan ada wassap yang baru masuk. Segera aku melihat ke screen handphone' ku. Ternyata ada mesej yang dari nombor yang sudah dua tiga hari mengganggu rutin harianku.  . Apa lagi la yang dia nak ni. Dah aku tak layan masih juga nak hantar wassap. "Hai, semoga hari awak

MISI BMI IDEAL

Image
Salam penuh kesyahduan hari ini... Sebab apa, dari pagi berjogging, bertabata, main ping pong... Lepas tu ada jamuan makan...... . . So rasanya misi saya untuk capai BMI ideal kali ini adalah WAJIB di capai.... . . Ini kerana saya antara staff di jabatan saya yang mempunyai BMI yang tidak ideal... . . . Baiklah saya rasa insaf kejap...bukan kejap je...tapi selamanya... Saya harus tekad & disebabkan tekad ITU saya telah ambil keputusan join KFOC...... . . Apa tu?? . . Nanti saya kongsikan ye... . . 3 days more to start..keep 💪💪 . . The challenge is real..... . . You can do it!!!!Yes...I can do it!!! . . .

TERUSLAH BERBUAT KEBAIKAN

Image
Hai...berjumpa lagi nampaknya kita for new post... . Hari ini rasanya macam dalam keadaan haru biru.. . Yela...disebabkan pelbagai tugas yang harus dibuat...di tambah dengan mesyuarat lagi.. Sakit pula sampai anak mata ini...mungkin sebab tadi pagi jam 3.00 pagi terjaga sehigga ke sudah saya tidak tidur...tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.... . . Faktor usia mungkin,  maka disebabkan itu waktu tidur pun mudah terjaga... Apapun syukur kerana terus diberikan kesihatan yang baik... . Mohon doakan untuk adik perempuan saya yang sekarang ini sedang berada di KPJ kerana ada masalah berkenaan rahimnya..Beliaulah satu-satunya adik perempuan yang saya ada disebabkan saya mempunyai ramai adik beradik lelaki..... . Dan juga untuk adik bongsu saya yang berada di HSI, admit masuk hari ini kerana menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang tangannya yang patah apabila terlibat dengan kemalangan motosikal baru-baru ini.... . Bila kita diuji dengan nikmat kesih

SELAMAT HARI RAYA PKPB 2020

Image
SELAMAT PAGI DAN HAI SALAM AIDILFITRI SEMUA... . . ALHAMDULILLAH HARI INI MERUPAKAN HARI KETIGA MENYAMBUT SYAWAL... DAN PADA HARI INI JUGA SAYA MENERUSKAN UNTUK BEKERJA WALAUPUN ORANG LAIN SIBUK BERCUTI LAGI.. BANYAK KERJA YANG TERTANGGUH SEBAB PADA MINGGU LEPAS BANYAKNYA AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI LUAR PEJABAT. . . ISTIMEWANYA SYAWAL PADA TAHUN INI APABILA DI SELURUH DUNIA SYAWAL DIRAIKAN DALAM SUASANA YANG SEDERHANA DAN MENGIKUT NORMA BAHARU KEHIDUPAN. . . TIADA LAGI KUNJUNG MENGUNJUNG , TIADA LAGI PERARAKAN MARHABAN BAGI YANG MENYAMBUTNYA DI KAMPUNG... . . TIADA LAGI SALAM BERSALAMAN (WALAUPUN DI KALANGAN KELUARGA KAMI SESAMA ADIK BERADIK TETAP MENGAMALKANNYA).. . . DUGAAN YANG ALLAH HANTAR KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA PADA TAHUN INI BEGITU BESAR, TETAPI KITA SEBAGAI HAMBANYA PERLU MELIHAT SEBAGAI SATU HIKMAH YANG ALLAH CUBA BERIKAN KEAPADA KITA YANG SELAMA INI BEGITU ALPA DENGAN KELALAIAN DUNIA. . . VIRUS COVID 19 YANG MELANDA SELURUH DUNIA PADA TAHUN INI SEBENA

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 10

Image
"Feera cepat sikit boleh x?", jerit Abang Afnan. "Haisshh kejaplah, Abang ni kan, baru bagi tahu sekejap tadi lepas tu dah nak suruh Feera cepat," aku mengomel tanda protes. "Yela, kalau  tak macam ni tentu awak tu bersiap lama, Abang dah janji tau," "Dah la, Abang ni pergi je la dengan kawan abang tu, Feera malas lah nak pergi. Nanti abang seronok borak dengan dia kita ni pulak jadi macam kera sumbang," aku mula memberi alasan untuk mengelak dari keluar. "Dah jangan nak mengada ngada, abang tunggu,"balas abangku. Begitulah abang Afnan kalau kita sudah mengatakan bersetuju untuk mengikutnya keluar, makanya tiada sebarang alasan yang boleh diterima untuk menolak. Aku faham kenapa dia begitu. Akulah satu-satunya adik perempuannya dan dia juga terlalu sibuk sampai tiada masa untuk dirinya sendiri, Makanya apabila telah ada masa yang terluang untuk dirinya sebolehnya dia akan mengajak aku untuk turut serta kerana di sinilah peluang untuk di

MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 9

Image
. . Hari ini aku sampai awal di pejabat. Ini disebabkan mama yang menawarkan diri untuk menghantar aku kerana mama juga keluar awal disebabkan perlu menghadiri kursus. Disebabkan kami bertolak awal dari rumah masing-masing tidak sempat bersarapan tetapi mama sempat membekalkan aku sandwich telur dan tuna. Abang pula on duty jam 7.00 pagi baru selesai tugas dan kebiasaannya dia akan sampai ke rumah lebih kurang jam 9.00 pagi.  . Bila aku tiba di pejabat jam 8.30 pagi memang tiada sesiapa lagi yang ada di pejabat tetapi aku agak pelik kenapa lampu pantry menyala. Bila aku menjengukkan diri ke pantry tidak kelihatan kelibat sesiapa di situ dan aku kembali ke meja aku. Setelah meletakkan beg aku di dalam laci aku mengambl sandwich yang mama bekalkan untuk di makan di pantry. Niat hati untuk membancuh horlick yang memang telah aku simpan di pantry tersebut memandangkan horlick adalah minuman kegemaranku.  . Selesai membancuh horlick aku duduk dan membuka bekal makananku dan aku kemudiannya

Team Raya Pemulihan

Image
Selamat berbuka puasa.. Alhamdulillah hari ini makan nasi ayam.. . . So tahun ini di ofis raya agak meriah sebab unit kami masih lagi dipertanggungjawabkan untuk buat deko.. Tahun lepas akak tak dapat merasainya kemeriahan itu sebab cuti bersalin.. . . So deko ni kira wajib dibuat setiap tahun sebab di situlah nanti kami satu ofis akan bergambar Hari Raya... . . Tahun ni agak terasa sebab tinggal satu bunga je di unit kami, dan 6 kumbang...so merakalah menjadi tulang belakang akak.. . . Alhamdulillah siap dalam masa sehari. . . Jadi hari ini kami decide untuk ambil gambar untuk unit kami sahaja walaupun upacara ambil gambar itu akan dijalankan esok sebab esok 2 org telah mula bercuti.. . . Apa pun tq my team for hardwork.. . . #teamrayapemulihan #rayaofispkp2020 #ilovemyjob our pemulihan staff good job team.. candid sangat..

BOSS PEREMPUAN AND SEMUA STAFF LELAKI??

OK another post for 2020... . . bermula Mei 2020 ni nampak gayanya akak telah diamanahkan sementara menjadi bos bagi unit akak.. almaklumlah bos sebelum ini telah dapat berpindah ke tempat yang memang beliau hajatkan. . tapi yang agak sedih sedikit bila sebelum ini di unit ni adalah dua staff perempuan, tetapi bila seorang telah berpindah ke tempat lain, kadang-kadang terdetik..haishh camana nak galas tanggungajwab sebagai ketua pada semua staff lelaki... . . Alhamdulillah dikurniakan dengan staff-staff yang sangat komited dan bagus dalam melaksanakan tugas...mungkin rezeki saya sebab semua staff di unit ni adalah dikalangan pegawai yang memang berkelayakan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. . . plus satu staff baru merupakan lantikan baru dan telah diletakkan di unit kami.. . . so welcome to our unit Syafiq... . . semoga kamu belajar banyak perkara dan ilmu baru...... . . so let us enjoy our works.....while waiting our new boss. . . TQ for my team for your comitment......

Happy Birthday My Ustaz!!!

Image
Salam satu Malaysia... Salam Ramadhan....hai.... Ya Allah seriously saya dah lama sungguh tak update blog.... So this is my first post for year 2020..... . . . So today....adalah 17 Mei 2020... . . . . The special day for my 3rd child... . . . Aqlan Hilman birthday.. . . . Ya Allah dah setahun rupanya kamu sayang... Cepatnya awak membesar... please jangan besar cepat sangat.... tak puas mama nak peluk cium...gomol awak.... . . . Masih terbayang kesakitan saat melahirkan dia... SubhanaAllah..kalau tak kerana mengenangkan ganjaran yang mama dapat disebabkan melahirkan awak, tak mungkin mama mampu bertahan.... . .  bila ada oRang bercerita sakit melahirkan anak lelaki lebih sakit daripada anak perempuan, barulah mama faham...memang betul.... . . . so...doa mama untuk awak.....semoga hidup diberkati Allah selalu.....mama dan papa akan usahakan untuk jadikan awak anak yang soleh.....berakhlak mulia....berjaya di dunia dan akhirat.... I Love You My Ustaz...... Ustaz Adan....@ Aqlan Hilman...

MENCARI KEPASTIAN FRAG.8

Image
Aku baring di atas katil sambil cuba melelapkan mata walaupun jam didinding masih awal lagi iatu jam 9.30 malam. Rasa penat sangat hari ini, nak update blog pun tiada mood. Aku cuba melapangkan fikiran dengan membuka alunan muzik kitaro. Tenang rasanya. Tiba-tiba ketenangan aku diganggu dengan bunyi ketukan pada pintu bilik. 'Adik, boleh abang masuk tak?'kedengaran suara Abang kesayanganku diluar. 'Masuklah,'aku menjawab pendek. Dia masuk dengan memandang aku sambil tersenyum. Abang Afnan duduk mengambil tempat dikerusi meja belajarku. 'Sorry sis,I'm quite busy lately ni so we don't have time to talk,'dia memulakan bicara. 'Its ok abang,I know your job..tak apalah Feera boleh cari abang lain,' aku Cuba mengusik dia. 'Amboi, semudah itu ek..oo kiranya dah ada la ni,siapa dia tu?tak kenalkan pada abang ke?Feera kena ingat apa yang pernah jadi kat Feera sebelum ni,'dia mula menunjukkan kuasanya sebagai seorang abang. 'Hahaha,g