Posts

Showing posts from October, 2017

Gembira untuk mereka..sedih bagi saya..

Image
Hari ini rasa agak kelam kabut dan busy.. Dari awal pagi dah set up time untuk ke hari terbuka sekolah kakak dan adik... Ditambah dengan perlu mengejar masa untuk masuk dalam dua mesyuarat di pejabat... Alhamdulillah berjalan dengan baik sehingga tengahari... Selepas lunch...nak tidur sekejap tetapi tak dapat kerana teruja dengan berita yang ditunggu oleh staf bawahan saya... Of course lah dah 2 hari mereka tak senang duduk menunggu dan mengharapkan permohonan pertukaran mereka berjaya... Akhirnya yang ditunggu kunjung tiba... Surat pertukaran telah pun diemelkan... (sebenarnya post ni dah lama karang...hari ini baru edit balik sebab kesuntukan masa). . . Ya...hijrah ke tempat baru ada banyak faktor.... bagi mereka mungkin juga ada sebab-sebab tertentu.... walau apapun sebabnya yang penting niat perlu diperbetulkan... . . Saya doakan semoga mereka terus berjaya di tempat baru... dan ingatlah semestinya setiap hijrah itu akan membawa kebaikan walaupun ia menuntut seribu

Sindrom pelupa makin parah...

Image
Cuaca mendung pagi ini..diiringi gerimis mengundang... Sebelum sampai ofis tadi singgah ke R&R perani untuk membeli sarapan... masa itulah saya baru teringat yang kakak kena bawa telekung dan sejadah pagi ini... hari ni pulak tiba-tiba si adik nak ikut mama...so kenalah hantar sekali dia ke sekolah... nak tak nak kakak pun ikut la sekali mama hantarkan ke sekolah.... nasib baik telefon atok mereka dijawab dan suruh atoknya hantarkan telekung dan sejadah dengan segera.... dan masa ni jugalah cikgu wassap mama bagitahu Syirah tertinggal telekung... Ya Allah semalam pun terlupa ingatkan kat atok dia untuk hantar latihan silat pada jam 5.00 petang.. Kesudahaannya saya sampai rumah tengok kakak ada baru selesai mandi... memang saya naik angin lah....aduhai... tak boleh salahkan kakak juga sebab mama dia tak ingatkan atoknya untuk hantar... agaknya terlalu banyak kerja dan yang difikirkan semalam sampai saya lupa perkara-perkara yang penting macam ni yang melibatkan anak-anak.

Rumahku Syurgaku...

Image
Hai...salam muhibah... Apa khabar semua kenalan dan blogger... Ya Allah..lama rasanya blog saya menyepi... Tanpa sebarang new entry... Ini semua gara-gara kesibukan dan tanggungjawab yang semakin bertambah menyebabkan membataskan masa saya untuk hal ini.. Apa pun alhamdulillah..masih diberikan kesempatan dan peluang hingga kini untuk terus menulis... Oklah...sedikit perkongsian kali ini.. Tentang rezeki yang Allah kurniakan untuk kami sekeluarga..tak ada niat untuk menunjuk..tetapi lebih kepada rasa keterujaan kerana akhirnya kami sekeluarga telah memiliki rumah sendiri.. Walaupun tidaklah sebesar dan semewah rumah banglo atau kondo...hatta rumah semi D pun tak layak sebab semua design sendiri...tetapi kami rasa sangat bersyukur kerana akhirnya anak-anak kami mampu berteduh di rumah mereka sendiri..tanpa perlu menyewa lagi... Walaupun dari segi hiasan dan deko masih belum cukup sempurna..tetapi kami telah mula menetap di rumah sendiri hampir 2 minggu... InshaAllah akan disusu