Pasang Meter TNB??

So hari ini nak share sedikit tentang pengalaman nak pasang meter masuk rumah baru....
kalau beli rumah saya tak tahulah macamana prosedurnya...
tapi hari ini saya nak share tentang nak masuk elektrik pada rumah yang dibuat sendiri (bukan saya la buat, tapi tukang rumah..hehehe)....
ok, let me explain sikit pasal keluasan rumah saya ni...
lebar 25 kaki ,panjang 65 kaki...
ada 3 bilik + 2 stor dibahagian belakang rumah..dan 2 bilik air...
.
total kos untuk pendawaian, beli lampu dan kipas...RM 2000...
upah pendawaian...RM 795..
upah pasang meter melalui TNB pula....RM 970...
so kos semuanya hampir RM 4000....
.
.
oklah.....mula-mula saya telefon pejabat TNB untuk tanyakan prosedur semua...
so saya diberitahu saya kena buat melalui kontraktor yang berdaftar dengan TNB...
jadi pihak TNB bagi saya nombor telefon kontraktor tersebut yang duduk berhampiran dengan alamat saya....
kontraktor datang lihat pendawaian semua dan dia bagitahu kos untuk pemasangan meter...
pembayaran pun dibuat oleh bapa saya di pejabat TNB Mersing...
ok...selepas itu semua dokumen serah kepada kontraktor sebab dia yang akan daftarkan secara online..
.
oh ya lupa nak bagi tahu...
meter ni didaftarkan atas nama bapa saya...
sebab bapa saya pemilik tanah rumah tu..
sebab saya buat rumah dibelakang rumah bapa saya..tanah Felda..
jadi memang dari segi urusan dokumen tu tak rumitlah hanya bapa saya perlu minta surat daripada pengesahan dari pengurus Felda...
.
.
pihak TNB maklumkan selepas 2 minggu akan datang untuk pemasangan tiang dan meter...
so, setakat ni TNb telah datang pasang tiang dan tarik wayar dari tiang ke rumah...
tinggal meter saja yang belum lagi dipasang....
cuma silapnya bapa saya selepas pembayaran dibuat, tiada resit yang diberikan kerana pegawai TNB itu sendiri memaklumkan akan bagi resit selepas meter siap dipasang...
so sayalah kena telefon pihak TNB tu untuk dapatkan pengesahan dan kepastian...
.
so inilah sedikit perkongsian dari saya tentang bagaimana nak masukkan bekalan elektrik ke rumah baru (yang dibina sendiri bukan melalui pemaju)...
.
next step untuk masukkan bekalan air pula...



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!