Konsep Syukur...

Sebenarnya dah lama nak post entry ni...
Saya mendengar ceramah ni semasa nak tunggu YB datang ke majlis graduasi kakak...
So dibuat slot ceramah hampir 45 minit juga laa yang disampaikan oleh seorang ustaz...
Ustaz apa entah tak ingat nama dia...
Tapi cukup bersemangat cara penyampaian dia...
Walaupun tak banyak input yang saya dapat sebab tak dapat nak fokus disebabkan bising...
almaklumlah majlis yang dihadiri hampir 90% golongan kanak-kanak..mana tak bisingnya...
tapi disebabkan saya duduk dibarisan paling hadapan sekali, maka Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu untuk di share....
Menurut beliau....
Konsep syukur ini boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan dan situasi......

----@ Kegembiraan Vs Kesedihan
Setiap orang akan melalui saat-saat gembira dalam hidup....
Janganlah kita lupa bahawa kegembiraan itu juga merupakan ujian untuk kita...
Jangan pernah untuk tidak bersyukur dengan setiap kegembiraan yang kita alami..
kerana kelak kita tidak akan tahu apa yang berlaku pada hari mendatang...
mungkin Tuhan akan uji kita dengan kesedihan yang berpanjangan pula...
bila itu berlaku janganlah menyalahkan Tuhan atas musibah yang melanda kita, kerana setiap ujian yang datang adalah sentuhan kasih dari Allah untuk mendegar kita mengadu kepada Nya.


----@ Kehidupan Vs Kematian
dalam kehidupan kita banyak perkara yang berlaku, hargailah apa yang ada...
kerana tidak semua orang memiliki pekara/benda yang sama...
jangan pernah membezakan apa yang kita ada dengan orang lain...
selagi hayat dikandung badan berjuanglah untuk terus memperolehi kemaslahatan dalam hidup...
jangan pernah menyesal dan mengeluh dengan ujian yang kita hadapi...
kerana apabila saat kematian telah tiba, kita tiada peluang untuk hidup lagi...
saya sangat tertarik apabila ustaz bercerita tentang kisah banduan yang menunggu untuk menerima hukuman gantung...
betapa mereka ini sangat bertuah kerana telah tahu waktu kematian mereka....
dan mereka boleh bersedia untuk menghadapinya....
sebenarnya mengikut pengalaman kawannya yang bekerja di penjara, ustaz memberitahu kebanyakan banduan yang mati di tali gantung semua mati dalam keadaan tenang wajah mereka kerana mereka sempat bertaubat dan mampu khatam Al-quran berkali-kali sebelum tiba ajal mereka....
Jika dibandingkan dengan kita manusia biasa yang bukan dalam golongan seperti mereka, baca Al-quran pun jarang sekali..
Allahuakbar...


----@Lelaki Vs Perempuan
Ini dilihat dari segi aspek sesuatu perhubungan..sebagai contoh alam rumahtangga..
si suami dengan sikap dan perangai yang tersendiri....
begitu juga dengan si isteri...
masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang mana keduanya perlulah saling melengkapi...
bersyukurlah dengan apa yang ada pada pasangan masing-masing...
jangan dijadikan kelemahan pasangan sebagai satu asbab untuk membina hubungan lain...
sebaiknya masing-masing perbaikilah kelemahan diri untuk memcuba menjadi yang terbaik kepada pasangan...


----@Kekayaan Vs Kecukupan
Jangan pernah kita merasa iri hati melihat golongan yang kaya walaupun mereka terdiri daripada orang yang tidak bersyukur, banyak melakukan kejahatan atau rasuah...
Ini kerana mereka tergolong dalam istilah Istidraj....
Iaitu pemberian nikmat oleh Allah dalam keadaan Allah tidak redha....
Maka jadilah kita sebagai golongan manusia yang sentiasa merasa cukup dengan bersyukur dengan setiap pemberian nikmat yang Allah berikan...
dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu tanpa menghalalkan sebarang cara...

Selain daripada itu..untuk melaksanakan syukur ini perlulah dibuat dengan..
----->Ucap..
----->Ikhlas..
----->Laksanakan segala perintah



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!