Posts

Showing posts from 2016

Redha😌😌

Image
#deepinsidemyheart

Projek November😊🙄

Image
Alhamdulillah.... Projek dah start 19 Nov lalu.... Setakat ini 18k telah dilaburkan...termasuk kos upah 3k... Baru 40% rasanya... Itupun tertangguh disebabkan faktor cuaca... So...sepanjang nak masuk 3 minggu ni....menghadap je la resit-resit ni...... Semoga dipermudahkan untuk siap sepenuhnya... Dalam bulan Februari next year harap-harap dah siapkan... Tak payah tunggu CF😉 So...azam 2016  nampaknya dah tercapai... Alhamdulillah... Rezeki anak-anak..... Nampak tak banyaknya GST tu... Boleh beli seutas jam casio or b.u.m gamaknya... Redha jela kan...

Cabaran 1 hari tanpa gadget🤔🤔

Image
Baru-baru ini saya nak share sedikit pengalaman yang saya sendiri lalui.. Sewaktu appointment di HSI nak cabut gigi minggu lalu... Gara-gara gelabah cari parking... jam 8.00 sebenarnya saya dah sampai dan appointment pula memang sepatutnya jam 8.00,tapi sebab susahnya nak cari parking maka terlewat 15 minit.. So bila pergi di kaunter pendaftaran Ya Allah..ratusan manusia sedang menunggu giliran dipanggil... Makanya..jam 11.30 pagi baru jumpa doktor... Tapi apa yang saya nak share adalah bagaimana gelabahnya saya sebab dah terlewat 15 minit..sampaikan handphone tertinggal dalam kereta... So tawakal je sebab rasanya saya letak telefon tu di sebelah tempat duduk je...tapi boleh tak nampak kan masa nak ambil beg sekali... So dr jam 8.15 sampailah jam 2.30 lebih kurang (selesai saya mengambil ubat)..langsung tak menghadap handphone... Sebenarnya saya rasa lega juga sebab ianya tidak mengganggu konsentrasi sewaktu menunggu giliran untuk mencabut gigi.. So....ada kebaikan

Disember bulan penghijrahan👫😎

Nak katakan tradisi tak tahu la ek... Tapi selalunya begitu... Dah 2 tahun di tempat kerja baru ini, memang biasanya kemasukan atau pertukaran staff akan berlaku pada hujung tahun ini... Apapun tahniah....!! . @@Buat mereka yang berhijrah kerana kenaikan pangkat.... Tanggungjawab makin besar plus gaji bertambah....jangan makan gaji buta...😫😫 . @@buat mereka yang berhijrah atas faktor keluarga..semoga kemesraan dan hubungan kekeluargaan bertambah erat...💑👪 . @@buat mereka yang berhijrah kerana mencari persekitaran baru,semoga perjalanan kerjaya lebih membangun dan bertambah produktif... . @@buat yang berpindah pejabat je macam saya😆😆,so gunakan kemudahan yang ada sekarang dengan sebaiknya..😍 . Semuanya terletak pada diri sendiri...ok...

Terima Kasih PPK🤔😆

Bukan senang nak jadi seorang bos... Teringat kata bos saya.. 'If you nak jadi ketua,awak kena sentiasa bersedia untuk dibenci' So...duhai bos-bos sekalian..silalah nilai prestasi staff bawahan dengan adil.. Gunakan akal yang waras dan emosi yang stabil... bukan kerana hari ini dia ada masalah dengan kamu,makanya kamu nilaikan dia mengikut perasaan kamu Pada hari ini.. Tidak kamu nilai dia berdasarkan sepanjang satu tahun dia bekerja bersama kamu..... Hanya kerana satu hari.... Walaupun bezanya cuma 0.01... Ianya sangat bermakna... Apapun terima kasih duhai bos... Ingat!! jangan pernah harapkan sanjungan manusia... Kerana itu semua sia-sia... Tetapi bekerjalah kerana Allah... Kerana hanya Dialah yang maha seadilnya.. Alhamdulillah... .......End of work for 2016.....

Amaran!!sila buang gigi bongsu anda😂😂

Image
Pagi-pagi hujan dah turun... Sebenarnya dari malam tadi hujan turun sekejap-sekejap... Rasa 'heaven'nya bila dapat bermalasan di atas katil tanpa mengejar masa untuk ke tempat kerja..... Amboii seminggu tak kerja kan.... Pada mulanya hanya apply cuti satu hari je untuk minggu ni khas untuk appointment di HSI...tetapi tambah lagi 2 hari sebab nak balik Muar sabtu lepas untuk hadir majlis anugerah Along pada malam Isnin yang lalu... . So hari ni nak cerita pengalaman yang agak mengerikan mencabut gigi..... Gigi geraham bongsu ok.... Dua bulan tunggu untuk dapat appointment ni...iaitu dari bulan 9... Sebenarnya saya ada dua gigi geraham bongsu... Dua-dua di sebelah kiri....atas dan bawah.. Tetapi yang selalu memberikan masalah adalah yang bawah... Sebabnya gusinya selalu bengkak... So please sila buat rawatan gusi anda dengan mencuci gigi setiap 6 bulan sekali... Itulah nasihat doktor pada saya.. Menurut kata doktor juga,sebab gigi geraham bongsu yang bawah itu

Bertemu dan berpisah kembali...

Image
Lamanya rasa tak taip entry baru... Hehehe...amboii..ayat kan .. Tapi hari ni nak share tentang kegembiraan seorang rakan yang akhirnya niat dia untuk bertukar ke tempat kerja untuk tinggal dekat dengan suami tercapai.... Gembira sungguh dia...saya pun tumpang sekaki... Yelah bayangkan baru-baru ni kereta dia buat hal,mengeluh dia sebab susahnya rasa sebab husband duduk jauh... Jadi terpaksa nak uruskan hal kereta tu sendiri... So bila dapat berita tentang permohonan pertukarannya telah diluluskan,makanya memang dia tak sabar-sabar lagilah... Saya pula terasa sedikit kehilangan.. Tapi memang saya dah ingatkan diri saya yang memang setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Pernah bekerja dahulu satu tempat dengan dia semasa tahun 2005, hampir setahun kemudian dia berpindah...tapi akhirnya kami bekerja bersama kembali pada tahun ni..itu pun tak sampai setahun dia dah nak berpindah... Apapun semoga segalanya dipermudahkan untuk dia selepas ini bila duduk berdekatan dengan suami..

Lagu Anuar Zain memang best!!!

Image
Salah satu sebab kenapa saya suka dengar lagu Anuar Zain adalah kerana setiap lirik yang dinyanyikan sangat jelas, di samping lirik lagunya juga mempunyai maksud.... so, jom layan lagu dalam album terbarunya.... "Andainya Takdir" Biarlah tiada pesan dan janji  Biar tiada kau di sisi  Aku mengerti  Seterdaya semampuku  Kucoba menunggu  Biarlah lompang hatiku ini  Mengharap pulang kau yang pergi  Kembalilah kepadaku  Tika punah mimpi-mimpimu  Kembalilah di saat perlu  Episod-episod duka biar berlalu Biarlah waktu ini  Kau bebas berlari Jika tersasar hilang arahmu  Pulang ke pangkal ku menunggu  Kembalilah kepadaku  Tika punah mimpi-mimpimu  Kembalilah di saat perlu  Episod-episod duka biar berlalu  Oh Biar sementara ini  Tiada terisi kekosongan hati  Diriku air tenang mengalir tuju muara  Andainya memang takdir, berakhir, kuredha Kembalilah kepadaku  Tika punah mimpi-mimpimu  Kembalilah di saa

On The Way To the Airport..

Image
Saya memang peminat cerita cinta... plot yang romantik, bahasa yang puitis dan sewaktu dengannya.... makanya tak hairanlah dahulu zaman muda remaja saya memang suka baca novel... asal ada sahaja novel terbaru keluaran penulis yang saya suka, saya pasti tidak akan melepaskannya.... tetapi bila nak menginjak ke usia dewasa ni....chewahhh... minat itu sudah berkurang, mungkin juga kerana kekangan masa, dan kesibukan sebagai ibu ditambah pula dengan faktor penatnya kerana berulang alik ke tempat kerja 100 km sehari.... . .makanya untuk meneruskan hobi saya ini, saya gantikan dengan menonton drama korea yang ada ditayangkan di mana-mana saluran TV... kenapa drama korea??bukan drama Melayu.....?? why???? . sebabnya yang paling utama penerbit drama korea ini memang sangat kreatif.... carilah mana-mana drama korea yang kita nak jumpa mempunyai jalan cerita yang sama... memang sangat susah... compare dengan drama Melayu... asyik-asyik cerita pasal anak orang kay

Buat tatapan seorang kawan...

Image
Bulan yang sama tetapi tahun yang berbeza nampaknya.... . . apa pula ni ek....hahaha... buat suspen jer... . Sebenarnya saya tidak tahu nak definisikan apa tentang hubungan kami... nak kata kawan, macam tak... sebabnya saya tak layak jadi kawan dia... Nak kata sahabat pun tidak juga... kerana saya tahu besarnya peranan seorang sahabat.... . sehingga sekarang umur 34 tahun pun saya tidak mempunyai seorang pun yang layak dipanggil sahabat... mungkin juga kerana saya juga tidak mempunyai ciri-ciri menjadi seorang sahabat yang baik.... . tetapi satu yang saya tak pernah lupa adalah segala kebaikan yang pernah dibuat kepada saya.... kata-kata semangat serta tunjuk ajar yang diberikan serta pertolongan yang tidak terbalas jasanya hanya Allah sahaja yang tahu.... walaupun selepas itu banyak juga perkara yang membuatkan saya sepatutnya membenci dia... tetapi itu saya tidak akan lakukan kerana saya sedar saya juga manusia biasa..... mungkin selama ini saya

Misi Yang Belum Pernah Kesampaian

Image
Hai selamat petang semua... Petang yang agak sejuk, disebabkan hujan masih lagi turun.... So..biasanya petang-petang di kala hujan begini akan terasa laparnya perut ini untuk diisi... tetapi malangnya...kali ini kena bertahan nampaknya...hahaha... ni semua gara-gara timbang yang dah semakin meningkat... stress juga apabila memikirkannya kan... biasa lah perempuan ni....semua benda nak kena jaga.... bukan apa risau juga apabila BMI dah tak unggul... dan apabila pakai baju pun dah banyak yang ngam-ngam saja kat badan...OMG... saya harus berbuat sesuatu.... of course....pertama sekali kena kawal cara pemakanan.... tambahan pula sejak seminggu lalu kerap membaca blog BEN ASHAARI tentang program kesihatan yang diikutinya di Thailand.... semangat terus datang..hehehe (harap-harap berterusanlah hendaknya, risau juga pasang surut tu).... kalau dekat rumah...memang saya rasa macam susah nak kawal makan...aduhh...bagaimana dong.... ingat balik kan post saya yang dah setahun lalu ko

Swiss Garden Residence and Hotel Malacca..

Image
Selamat petang uoolls.. and happy good day... hehehe... so hari ini ada sedikit perkongsian tentang lawatan dan kami stay at Swiss Residence Malacca... sabtu lepas adalah hari lawatan sekolah tabika kakak... memang kali ini agak excited nak pergi sebab lawatan dibuat luar dari Negeri Johor... ke mana lagi kalau bukan ke Melaka.... padahal 9 tahun duduk Muar tu nak pegi Melaka punyalah dekat... sejam lebih kurang sebab Muar dah sempadan dengan Melaka... sebulan atau dua bulan sekali memang kami akan ke Melaka...bawa anak-anak... samada jalan-jalan or window shopping... lagi-lagi kalau duduk di Bukit Gambir tempat aku tu... line tefon kat sana pun bermula dengan 06... kalau ikutkan Johor 07 kan... thats why kan saya dah cakap memang dekat tempat kami dengan Melaka... . . so dijadikan cerita memang saya merancang untuk stay 1 night kat mana-mana tempat yang berdekatanlah.. cari punya cari kat booking.com terjumpalah hotel yang available waktu 15hb dan 16hb tu... mula-mu

3 Lesson We Learn From Our Kids!!

Image
Selamat pagi...salam penuh keceriaan... Pagi ini gembira bercampur sedih...terharu pun ada.... Dalam jam 6.35 pagi sewaktu tengah drive, telefon saya berdering... saya lihat pada screen keluarlah gambar saya dan En. Husband...(yang memang saya set gambar kami berdua apabila keluar nombor En. Husband)... Hmm risau juga bila pagi-pagi ini En. Husband telefon... Macam-macam dah terfikir.... bila saya jawab, terdengar suara Angah.... sebak suara dia.... . "Mama ni Angah..Angah nak ambil periksa ni.."dia memulakan bicara dengan sebak.. . "Ok, jawab baik-baik tau, baca doa semua.."aku menjawab . "Angah minta maaf tau mama kalau Angah ada buat salah, mama doakan Angah ya"tambahnya lagi . "Ya, mama doakan untuk Angah, mama pun dah maafkan semua salah Angah..jangan sedih-sedih ok.." . "Terima kasih mama"..talian pun aku matikan sebab tak sanggup nak dengar rasa sebak dan sedihnya kami berbicara tambahan pula waktu itu aku sedang

Terima Kasih Along..

Image
Hari ini saya nak share tentang anak saya yang sulung..a.k.a Along (anak husband saya) panggilan kami untuk dia... . Kalau siapa pernah baca entry saya sebelum ini, saya pernah ada tulis tentang bagaimana saya menjadi ibu express untuk 3 orang anak... Along...Angah...dan Abang... . . Express Mom To Be . . . dah 18 tahun umur along...tetapi dia masih bersekolah di Sekolah Menengah.. bukan Tingkatan Enam sebab memang dia tak ambil SPM tahun lepas... so cikgu telah ada perancangan untuk dia, hanya En. husband yang tahu secara detail kerana biasanya setiap awal tahun persekolahan cikgu akan panggil ibu bapa datang ke sekolah membincangkan perancangan untuk pelajar sepertinya... . kalau siapa tengok gambar atau jumpa dia memang akan nampak dia seperti orang normal... tetapi dia adalah anak istimewa kami... anak disleksia....yang selama ini saya pun tidak tahu apa itu disleksia sehinggalah mempunyai anak seperti dia.... . Along kiri....Angah kanan.... disebalik kekur

Skynet yang Menghampakan..

Lately ini memang kembali memuncak keinginan membeli barang secara online... baru-baru ini saya ada membeli sticker secara online... sticker kereta la kan... sejak dah ada jet pejuang nombor 2 ni macam-macam idea fikir nak hias dia... so google punya google...jumpalah sticker yang berkenan di hati.... dekat laman web di bawah ni... . . Tomsstickers . . So memang pemgalaman first time nak cuba beli... . Memang gile agaknya saya ni... hahaha...tapi tak apa untuk kepuasan hati.... . saya dah order and pay online..dalam 23hb... tunggu punya tunggu tak ada reply langsung oleh pihak tersebut... masuk 3 hari, tak boleh jadi... so saya decide tengok balik laman web dia, cari nombor telefon and alamat emel... mula-mula telefon tak angkat mungkin sebab dah petang, so saya emel dan attach sekali dengan bukti pembelian ..and as soon as posibble diaorang reply on 26hb... so they said order dah di post....tapi tak disertakan sekali dengan reference no. or trackin

Mudahnya Hati Berbolak Balik...

Hari ini ingin muhasabah diri... Sebabnya tiba-tiba terasa sedih... Yelah kan manusia seperti kita ni tiada satu pun yang sempurna.... Semuanya ada kekurangan dan kelebihan.. Jadi setiap hari kena muhasabah diri.... Jauhkan diri dari anasir-anasir atau sebarang pengaruh negatif... Yang cuba meracuni fikiran kita.... Sebab syaitan ni kan memang jahat..suka membisikkan kata-kata yang tak elok... Itu sebab selalulah bersangka baik dalam apa jua... Apa jua yang Allah dah takdirkan untuk kita, itulah yang terbaik walaupun pada kita itu mungkin bukan yang kita minta dan hajati... Teruslah berbaik sangka dengan Allah... #pagijumaatyanghujan #akuyangkesejukandankedinginan #tiadakenamengenadengansesiapa

She is my big girl!!

Image
Tahun ini genap dua tahun mama dan kakak sambut birthday tanpa papa.. buat masa ni dia kecil lagi dan tak pernah mengungkit... tapi biarlah tahun ini dia rasa meriah sebab menyambut hari lahir dia dekat sekolah dengan kawan-kawan.. bagi goodies sikit kat kawan-kawan, memang nampak dia seronok bila balik sekolah semalam cerita tentang hal tersebut..... tq kak Ana Zam untuk kek cantik dan comel ni...... sangat puas hati dengan dekorasi dia dan cikgu cakap anak-anak pun suka makan kek pelangi ni..... dan tq cikgu pada cikgu Niza dan umi Ijah sebab bantu sama ambilkan gambar dan sambut birthday untuk Insyirah.... Semoga kak Insyirah terus cemerlang , berjaya dunia dan akhirat, jadi anak yang solehah serta anak dan kakak yang baik pada adik Husna... mama dan papa sentiasa mendoakan anak-anak... kami sayang kakak tau....

Throwback..Bercuti di Lotus Desaru Beach Resort

Image
Dah dekat 2 minggu berlalu kami pergi menghabiskan masa cuti sempena cuti hari Malaysia... baru hari ni nak update cerita... tak apalah janji saya dapat share kan kepada semua pengalaman di Lotus Desaru Beach Resort.. ok lah..kalau nak tahu sebenarnya percutian ni tak dirancang... seleasai buat celebration kecil-kecilan di rumah sempena birthday mak dan abah.. esoknya saya terfikir seperti mahu bawa mereka pergi bercuti.... yelah..tak pernah lagi rasanya mereka bermalam jauh sedikit melainkan tahun lepas kami bercuti di Felda Residence Tanjung Leman.... so saya pun sibuk mencari tempat percutian yang taklah jauh mana.. makanya desaru menjadi pilihan... so cari dekat booking.com... Alhamdulillah ada kekosongan untuk bilik di Lotus Desaru... so saya pun booking untuk 2 bilik.... selama 2 malam.... satu malam harganya lebih kurang.Rm600.00++... percuma untuk 4 orang breakfast.... sampai di sana untuk check in..lebih kurang jam 3... kena bayar deposit RM 250.00 dan bayar fu