Posts

Showing posts from February, 2016

Boyfriend Sakit..huhuhu..

Image
Sejak akhir-akhir ini, dia sering tak sihat... Baru minggu lepas dia sakit.. Bila sakit melayanglah juga RM tu... Kena pulak hujung bulan..memang sakit.. ITU belum sakitnya yang Dari awal bulan lagi yang masih belum dikenalpasti puncanya... Ingatkan awal bulan depan baru nak check..huhuhu... Hai laa en boyfriend sayang.. Makin dekat nak settle payment awak, macam-macam ragam awak ni.. Dugaan kan.. Alhamdulillah..penyakit awak dah sembuh sepenuhnya hari ini.. Terima kasih en doktor yang merawat awak tu ek.. Nasib baik masalahnya tak besar sangat.. Jadi ongkosnya pun tak banyak melayang.. So next month, awak dah sah jadi milik saya.. Sayang awak sangat-sangat...mmuahh. . . . . . . . . . . . . . . . . Inilah Boyfriend kesayangan saya....

Kakak dah improved..

Image
Alhamdulillah...hari ini dapat perkhabaran gembira dari cikgu... Cikgu cakap kakak dah banyak improved... Cikgu Tanya, mama ada ajar kakak ye... Of course la kan... Mama yang garang ni, terpaksa ajar kakak dengan tegas supaya kakak menunjukkan peningkatan... Dan setiap Kali hantar dia, mama berkali-kali pesan suruh dia mewarna dengan cantik, tak nak comot, jangan campur-campur colour tu... Dengar apa cikgu cakap Dan ajar.. Akhirnya, ada kesan Dan perubahannya kan... Memang benar, anak-anak kita ni ada waktunya kita kena berlembut Dan ada waktunya kita perlu bertegas dalam mengajar mereka... So setakat ni memang saya sangat garang kalau mengajar kakak, tetapi ADA waktunya saya berlembut Dan selalu memuji hasil kerjanya.. Dia memang anak yang bijak.. Hasil kerja kakak dua minggu lepas... Hasil kerja untuk hari ini...

Move On Please!!!

Image
Tfi selalu bagi kata-kata semangat... #lupakan semua perkara yang menyakitkan hati #kau layak untuk bahagia bukan untuk disakiti #tinggalkan orang yang tidak pernah menghargai #jangan sesekali stalk, bila dah block jangan unblock, sebab ITU akan membuatkan kau lebih sakit hati.. #biarkan mereka yang hidup mementingkan diri itu, kerana ada ramai orang lagi yang mungkin lebih memerlukan kau #life must go on, people come and people leave.. So as a conclusion, just move on from the bad memories to get your happiness...

Selamat Hari Lahir..

Image
Esok adalah hari lahir dia.. dia adalah seorang yang saya kenal, sangat singkat perkenalan itu... ini adalah kali pertama saya nak ucap pada dia... malangnya mungkin dia tak tahu dan tak akan tahu... sebabnya hanya saya saja yang tahu... dan saya tak akan 'break the rules' apapun saya nak ucapkan; "Selamat Hari Lahir Kepada Seorang Kawan, Awak banyak mengajar saya tentang sesuatu... Dan sesungguhnya ianya tak akan luput dalam ingatan sehingga ajal menjemput saya, ataupun sekiranya saya ditakdirkan menjadi gila.... Semoga kehidupan awak bertambah baik, dirahmati Allah hendaknya, sentiasa dilimpahi kebahagiaan, saya cukup bangga dan bertuah pernah kenal orang seperti awak... memang benar kehadiran seseorang dalam kehidupan kita memberikan banyak kesan dan akibatnya.. Selamat Hari Lahir Awak....!!!

Tak Perlu Rasa Bersalah..

Pagi-pagi En Boss dah panggil saya.. Dia cakap rasa serba salah nak letakkan saya dekat ofis mana, Tak apa Boss... saya terima kat mana saya ofis saya as long as saya boleh buat kerja... tak ada aircond pun tak apa.. Baru panas dunia kan...huhuhu.. Apa pun bos 'Terima Kasih' being concern.... Saya tak harapa apa-apa, just InshaAllah cuba buat kerja ikhlas kerana Allah.. tak perlu nak harapkan pujian atau sanjungan sesiapa.. sebab hidup ini singkat sangat... Itu lebih baik, dan hidup saya akan lebih aman dan tenteram... Cuba buat kerja dengan lebih baik selepas ini.. 1 Mac penghijrahan baru ke unit baru... Wish Me Luck ekk...

Jaga ikhtilat

Dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita, terlalu banyak perkara yang perlu kita jaga... Ya untuk mencapai syurga yang hakiki, harga maruah seorang wanita memang mahal harganya... Dari segi pakaian, aurat, pergaulan, dan semuanya memang harus dijaga sebaik-baiknya...Kalau pun pergaulan yang jadi penyebab seseorang wanita menjadi ahli neraka, memang sepatutnya itulah yang perlu dijaga... Tetapi itu semua bergantung kepada siapa yang menjadi imam kepada wanita tersebut...adakah seorang imam yang penuh ilmu agama di dada....yang sentiasa mengingatkan bidadari syurganya tentang pentingnya menjaga akhlak Dan tingkahlaku... Nampak macam susah, ditambah dengan pergaulan seharian lagi-lagi kalau isteri seorang yang bekerja...Dan tambahan pula bekerja di persekitaran yang kebanyakannya adalah kaum lelaki... Ya, saya sangat tabik dengan kamu duhai wanita yang begitu menjaga ikhtilat dalam mengejar syurga yang hakiki ditambah dengan bonus mempunyai suami seorang yang punyai ilmu agama