MENCARI KEPASTIAN FRAG.6

Fakhrul duduk di meja berhampiran tingkap di biliknya..
Sambil merenung keluar jendela melihat titisan hujan yang kelihatan lebat membasahi bumi..
Sekilas dia melihat gambar bersama adiknya yang kelihatan mesra sewaktu majlis konvokesyen adiknya itu.
Kala itu dia teringatkan sesuatu lantas membuka laci mejanya..
Dia mengambil sebuah diari biru..
Di dalamnya terdapat sebuah sampul surat yang tertulis namanya..
Dibukanya untuk kali yang ke berapa, dan dibacanya berulang kali..
Saat itu rasa pilu mula menghambat dirinya diiringi dengan suasana hujan yang begitu lebat tanpa menunjukkan tanda untuk berhenti..

'Man, abang dah jumpa dia..abang akan kotakan apa yang Man minta'itulah janjinya kepada adiknya..

------------------------------------

Teringat kembali semasa dia keluar bermain tenis dengan Afnan 2 bulan yang lalu..
Afnan adalah sahabat baiknya semasa di asrama mahupun di Universiti..
Walaupun mereka mengambil bidang yang berbeza selepas tamat persekolahan tetapi jodoh mereka masih bersama kerana kebetulan mereka tetap menuntut di universiti yang sama iaitu Universiti Sains Malaysia. Afnan dengan bidang kedoktoran manakala dia dengan bidang pentadbiran korporat.
Semasa mereka sedang berhenti rehat seketika semasa bermain tenis, Afnan didatangi oleh seorang perempuan.
Fakhrul yang berada jauh dari mereka, agak terkejut melihat perempuan itu.dia seperti pernah melihatnya..
Hubungan mereka kelihatan mesra sekali sehinggalah Afnan selesai memberikan sesuatu kepadanya,
 perempuan itu melangkah pergi dengan senang hati..
Afnan berjalan ke arah Fakhrul yang kelihatan asyik memandang ke arahnya..
'Kenapa kau tengok aku semacam ni,'Afnan mula bersoal jawab dengan Fakhrul.
'Aku nak tanya engkau ni, sejak bila kau ada makwe?Apasal kau tak pernah cerita pun dekat aku pun?'dia kelihatan tidak berpuas hati.
'Hey, tak kan semua benda aku nak cerita dekat kau..'
'Amacam cantik tak 'mak we' aku tu?'dia berseloroh sambil mengenyitkan mata dekat sahabatnya itu.
'Cantik juga, manis orangnya..heyy kau tak jawab lagi soalan aku,'dia mengambil bola tenis dan membaling ke arah kawannya itu.
Afnan cuba mengelak sambil ketawa..
'Ala kau ni Fakhrul, aku gurau je la..'What friends for' kalau hal ni aku tak cerita dengan kau..Kita kawan sejak sekolah kan,'jelas Afnan kepadanya.
'Ok..mari sini aku cerita.yang tadi tu adalah 'my beloved sister'..satu-satunya..itu sebabnya kami memang mesra sebab dia tak ada abang lain yang se 'hensem' dan sebaik aku ni tau,'Afnan cuba berseloroh..
'Ahh kau ni tak sudah-sudah perasan la,'Fakhrul menngejek.
'Kenapa kau tanya ni, kau berminat ek dengan adik aku tu?
Langkah mayat aku dulu okey kalau nak dapatkan dia..bukan senang tau'
'Amboi 'protective brother' nampak,'Fakhrul cuba meneka.
'Bukan macam tu kawan, tapi aku tak sanggup tengok dia lalui saat yang sukar macam yang pernah dia lalui sebelum ni..aku sebagai abang dia rasa sedih sangat masa tu..adik aku ni memang nampak kuat dari luaran tapi bila berhubung soal perasaan dia cukup rapuh..,'Afnan mula membuka cerita tentang adiknya.

'Dulu semasa belajar masuk tahun kedua dia ada berkawan dengan senior satu kampus dengannya..
Lelaki tu dalam tahun akhir, tetapi adik aku selalu bercerita pasal budak lelaki tu dekat aku..
aku tak menghalang sebab dia banyak beri motivasi pada Feera..
ohh kalau kau nak tahu nama adik aku ni Nuha Alfeera..
So banyak perkembangan positif yang aku lihat pada Feera sepanjang mereka berkawan, tetapi hubungan tu putus selepas 5 bulan, selesai majlis konvokesyen dia..dia terus menghilang tanpa sebarang khabar berita..
adik aku sangat sedih masa tu sampaikan pelajaran dia hampir terganggu..
Kau tahu tak dia tak pernah berkawan mahupun bercinta sebelum ni..
Inilah pengalaman pertama untuk dia, tetapi malang sungguh bila lelaki tu buat macam tu pada dia..
Aku sebagai abang dia turut terkesan dengan apa yang berlaku pada adik aku ni..
Itu sebab aku sangat 'protective' macam yang kau cakap tadi Fakhrul,'terang Afnan panjang lebar.
Fakhrul menganggukkan kepalanya mendengar cerita sahabatnya itu.
tetapi kenapa dia seperti biasa mendengarkan nama itu..
Ya..Nuha Alfeera..
Serta merta air mukanya berubah..


------to be continued-------------



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!