MENCARI KEPASTIAN FRAG.5

Hujung minggu aku habiskan dengan mngemas bilikkku..
Sudah lama rasanya aku tidak lakukan aktiviti ini..
matlamatnya adalah mengemas dan membuang barang-barang yang rasanya aku sudah tidak perlukan..
Ini termasuklah bahan-bahan semasa belajar 4 tahun ni..
Aku tak akan membuangnya tetapi harus disimpan dan dipindahkan ke dalam stor..
Saat membongkar almari baju ku, tiba-tiba terpandangkan satu 'vest'..
Ya Allah..kenapa benda ni ada lagi..
Bukan patutnya aku sudah pulangkan kepada empunya nya..
Serta merta teringat memori bersama dia semula..
Semuanya terlalu indah dan juga sangat menyakitkan apabila ianya sudah berakhir..

Abang...rindunya Feera dekat Abang...
Air mataku mula menitis..
Semua pesanan Abang, Feera tak pernah lupa..
Feera akan ingat abang sampai bila-bila..
Ya Allah sakitnya rasa..
Abang pergi tanpa sebarang pesan..
Susahnya Feera nak percaya walaupun Feera tahu inilah hakikat yang Feera kena terima..
Feera sudahlah..
lepaskanlah apa yang dah berlalu..
aku bermonolog kepada diri sendiri..
walaupun begitu...Fakhrul Hilman namamu sentiasa terpahat di hati..

-------------------------

Selesai mengemas aku memohon izin dari ibu untuk keluar mengambil angin..
Sebenarnya adalah untuk mengalihkan rasa pilu di hati dengan kenangan yang baru menyapa..
Kereta ibu aku pinjam dan aku mula memandu tanpa arah tujuan..
Ke mana aku nak pergi ni..
Saat itu aku terpandangkan Oldtown White Coffee..
Baik aku habiskan masa kat sini..hatiku terdetik berkata.
Selepas mencari 'parking' aku mula melangkah masuk..
Kelihatan tidak berapa ramai sangat pengunjung pada waktu ini..
Aku seperti biasa akan mencari tempat yang agak tersorok dari pandangan orang..
Walaupun aku sedar inilah tempat yang akan menyebabkan kenanganku kembali bertaut, tetapi ianya sangat indah..
Aku seperti biasa memesan minuman kegemaranku...Air lemon dan juga Chocolate Float..
Ya Allah...bertabahlah Feera...
Okey..jom berblog...
Inilah sebenarnya tujuan aku ke sini...ada wifi...
Tempat yang agak tenang...so aku boleh berblog dengan aman...
Semasa aku sedang khusyuk menulis entry,
tiba-tiba seorang pelayan datang ke meja aku...
'Cik, semua minuman Cik dah settle ya bayarannya..'
'Haa??'Aku terkejut..
'Siapa pulak yang bayar'.
Aku cuba menyoal pelayan itu dan dia menunjukkan arah tempat seorang lelaki sedang duduk sambil khusyuk menghadap tabletnya.
'Aduhai, susah la plak macamni nak lepak kat sini lagi kalau ada orang yang kenal atau sedang memerhati,' desis hati kecilku.
'Ahh lantaklah..tapi serta merta teringat pesan Abang Hilman..
Hati-hati ya sayang..jangan selalu keluar seorang diri..bahaya..

Untuk menyedapkan hati aku mula mengorak langkah ke arah lelaki yang ditunjukkan oleh pelayan tadi. Dia duduk membelakangi aku dan memakai topi.
Alamak nak tegur camana ni ek..Melayu ke dia ni..
Aku mula memberanikan diri untuk menegur.
'Encik..'aku memanggil.
Serta merta dia menoleh ke arahku..
Aku sungguh terkejut bila mata kami bertentangan..
Alamak..sungguh kebetulan ke apa ni..
Aku mula mengukir senyum yang rasanya agak canggung..
'Ya, ada apa saya boleh bantu'dia menjawab.
'En. Fakhrul..hai!'aku menegurnya..
Dia tersenyum melihat telatah aku..
Aduhai...serta merta memori lama terimbas kembali





----to be continue----



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!