MENCARI KEPASTIAN FRAG.2

Pagi-pagi aku dah dikerah oleh abang agar bangun seawal mungkin memandangkan hari ini hari pertama aku menjalani sesi praktikal...
walaupun aku tidak menghadapi sebarang masalah untuk bangun awal, tetapi disebabkan abangku yang lebih awal bangun makanya ada sedikit bebelan darinya kepadaku..
ini juga mungkin disebabkan abangku juga yang dipertanggungjawabkan oleh ibu untuk menghantarkan aku ke syarikat kawannya itu..
kesian abang,sanggup mengambil cuti untuk adik kesayangan dia ni....
ok...done...i'm ready....
selepas bersarapan dengan sarapan bihun goreng yang telah ibu sediakan, aku mula melangkah masuk ke dalam kereta selepas bersalaman dengan ibu untuk mendapat restunya...
"doakan Feera Ya ibu"..ujarku..
"Ya ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu..''
Sejuk hatiku apabila mendengarkan kata-kata ibu sebentar tadi...
kata-kata itu lah yang menjadi penguat semangatku untuk memulakan perjalanan hari ini..
Hampir setengah jam berlalu dalam kereta, aku hanya berdiam diri sambil dalam hati tidak putus-putus berdoa...
"Rileklah adik..nape abang nampak cam gabra semacam jer...macam nak pergi berperang je gamaknya.."abangku ketawa sinis..
"Apalah abang ni, bukan makin nak bagi semangat kat adik, ni nak gelakkan adik plak..memang adik gabra sikit, first time tau ni..nak praktikal..lepas tu kat syarikat besar juga la kan..syarikat kawan abang pula tu.."
"Dah la...tak yah takut sangat, buat macam biasa jer..tapi abang nak ingat kan juga tau...bos syarikat tu..a.k.a kawan abang tu memang lain macam sikit orangnya..garang boleh tahan..lagi-lagi kalau dengan perempuan macam adik...hahaha.."sambil mula mengeluarkan suara gelak jahatnya itu.
Aku membeliakkan mata sambil memandang abangku dengan pandangan yang menuntut pelbagai jawapan dengan kata-kata yang baru dilepaskan sebentar tadi...
tapi nampakya memang persoalan aku itu tidak akan dijawab memandangkan si abang skemaku ini mula bernyanyi-nyanyi mengikut alunan melodi dalam lagu yang sedang dimainkan di radio dalam keretanya itu..

--------------------------------------------
Sesampai aku di bahagian depan bangunan lebih kurang 20 tingkat itu, abangku mengarahkan aku turun. Mengikut apa yang aku faham dia mengarahkan aku naik ke tingkat 10 memandangkan syarikat Al’Aulad Consultant milik kawannya itu berada di tingkat 10.
Dia tidak akan menemani aku naik kerana tidak mahu orang di syarikat tersebut mengetahui hubungan dia dan kawannya itu demi memudahkan perjalanan sepanjang aku menjalani praktikal di situ. Aku hanya mendengar saja arahan yang diberikan oleh abangku tanpa perlu banyak soal.
Dengan hayunan langkah yang agak laju kerana bimbang kelewatan, aku menuju ke lif untuk ke tingkat 10. Mujur tidak ramai orang pada waktu itu yang ingin menggunakan lif.
Semakin tinggi lif naik ke puncak, dapat dirasakan debaran jantungku semakin laju…
Ya Allah..Feera bertenang ok…desisku dalam hati.



                          ---- to be continue.....

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!