Akhirnya kau pergi jua...

Kesedihan bermula awal pagi...
Disebabkan layanan seseorang...
Ya selayaknya saya dapat begitu..
Mungkin kerana apa yang telah berlaku semalam...
Niat hati tidak mahu meneruskan sengketa...
Tetapi saya gagahkan juga untuk bertemunya...
Memohon bantuan...
Kerana saya ingat kata-katanya...
'Dia akan sentiasa ada untuk saya'...
Tetapi mungkin dia dah lupa...
Tak apalah...
Apapun terima kasih sudi membantu...
Saya tidak pandai untuk memujuk...
Maafkan saya...
Rupanya kesedihan itu satu petanda akan berpanjangan sepanjang hari...
Atok telah pergi meninggal kan dunia ini...
Saya tak sempat berjumpa dengan jenazahnya...
Gara-gara untuk menyelesaikan kerja yang harus dibuat...
Walaupun seawal jam 9.00 pagi sudah menerima berita itu...
Bukan tak nak berkongsi dengan dia...
Tetapi sensitifnya saya kan dengan reaksi dia menjadikan perkara itu terbantut lagi pula melihat kesibukannya...
Jam 11 baru keluar Ofis...
Selepas zuhur baru bergerak balik..
Jam 4.30 sampai jenazah sudah selamat dikebumikan...
Atok..maafkan Zura...
Teringat setiap Kali berjumpa,pasti salaman darinya cukup erat sambil ciuman tidak lepas dipipiku...
Dua bulan lepas kali terakhir saya berjumpa dengannya....
Semoga rohnya dicucuri Rahmat...
Al fatihah....

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!