MENCARI KEPASTIAN FRAG.7

'Feera,masuk bilik saya sekarang!'
En. Fakhrul yang baru sampai di Ofis terus memberikan arahannya kepada aku, nampak kelihatan serius.
Aku bergegas menuju ke pejabatnya.
'En.Fakhrul boleh saya masuk?'aku meminta izin.
'Masuk,'jawabnya pendek.
Aku terus duduk di hadapannya.
'Mana slide yang saya suruh awak buat semalam?awak tak dengar arahan saya ke?'dia mula melontarkan kemarahannya.
'Ohh..saya ingat En.Fakhrul suruh Hafizi yang buat,sebab saya dengar Encik bagi arahan tu pada dia..'aku Cuba mempertahankan diri.
'Saya tak nak dengar alasan awak,pergi buat sekarang,sebelum tengahari hantar pada saya,'arahnya kepadaku.
Aku bangun Dan terus keluar menuju ke mejaku.
Dalam hati berkata,'rasanya aku belum pekak lagi,dia yang bagi arahan tu pada Hafizi,'haishh apa la dia ni.
Aku terus menyiapkan apa yang diminta olehnya. Langsung tiada masa untuk minum pagi di pantry Ofis seperti kebiasaanya aku Dan Kak Hanim lakukan. Kak Hanim seperti memahami kesibukanku. Dalam hati agak tertanya-tanya juga kenapa aku tidak nampak kelibat Hafizi hari ini. Ada masa nanti aku akan Cuba bertanya kepada Kak Hanim.
Hafizi adalah pembantu kepada En.Fakrul.
Jam menunjukkn pukul 11.30 aku berjaya menyiapkan apa yang diminta. Aku bergegas ke biliknya untuk menyerahkan slide tersebut.
'En.Fakhrul,saya dah siapkan slide tu,'sambil meletakkan pendrive di atas mejanya.
'Ya,jam 1.00 nanti ikut saya,'jawabnya pendek.
'Ya,saya keluar dulu,'aku membalasnya.
Aku berjalan menuju ke pantry Ofis. Niat hati untuk membancuh secawan Horlick sambil makan sebungkus roti yang aku bawa dari rumah tadi.
Kebetulan Kak Hanim ada di situ.
'Hai kak,dah minum ke?'aku menegur dia.
'Dah Feera oii, tak nampak dah pukul berapa sekarang ni?dah nak masuk 'lunch' tau..'dia cuba mengingatkan aku.
'Sibuk la kak,baru sempat nak minum ni.Oh ya saya tak nampak Fizi pun hari ni.dia cuti ke?,'aku cuba mendapatkan kepastian dari Kak Hanim.
'Tu la, tiba-tiba dia ada hal kecemasan so dia minta cuti..tu yang bos macam stress je nampak sebab pembantu dia cuti..lepas tu kerja yang patutnya si Fizi tu buat tak disiapkannya..lagi la dia angin semacam..
'Oo patutlah pagi-pagi dah serang aku,tak patut betul la,'desis hati kecilku bila mendengarkan penjelasan Kak Hanim tadi.

Tiba-tiba teringat kembali peristiwa semasa dia ingin menghantar aku balik ke rumah pada hari pertama aku memulakan praktikal. Sepanjang perjalanan kami tak berbual Dan hanya diiringi dengan bunyi alunan muzik dari radio kereta Nissan Murano kepunyaannya itu. Sesekali aku perasan dia Cuba mencuri pandang ke arahku tetapi aku hanya memandang tefefon bimbitku sambil aktif menaip entry di blog.
Dalam hati berdoa agar perjalanan ke rumah tidak mengalami sekarang kesesakan supaya aku cepat sampai di rumah. Aku jadi bingung dengan situasi yang diam seribu bahasa ini. Tak akan aku yang nak mulakan bicara. Ahh diam je la..
Tiba-tiba dia bersuara..
'Feera,  boleh saya tanya sesuatu?'dia memulakan bicara.
'Ya,tanyalah'aku menjawab pendek.
'Apa yang best sangat kat handphone awak tu,dari mula naik kereta saya ni sampai sekarang awak asyik menghadap handphone awak tu je..macam saya ni patung la kat sebelah awak,'sindirnya.
'Glupp,'aku menelan air liur.Agak tajam juga sindiran yang dia berikan.
'Oo..tak ada apa yang best pun En. Fakhrul. Saya sedang berblog.Alamak, nanti dia Tanya blog aku kan dah susah,'aku mula menyesal bila membuka hal tersebut kepadanya.
'Blog?hmm..'balasnya pendek.
Setakat itu sahaja perbualan kami Dan aku berada lega kerana dia tidak bertanya lebih lanjut sehinggalah aku selamat sampai di rumah.



-----to be continued-----






Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!