MENCARI KEPASTIAN FRAG.3

Saat terbuka lif apabila sampai di tingkat 10, aku melihat papantanda syarikat Al’Aulad Consultant berada dihadapanku. Aku terus memulakan langkah untuk masuk..
“Selamat Pagi”..tegurku pada seorang wanita di kaunter hadapan.
“Ya, selamat pagi Cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu..”balas wanita tersebut sambil tersenyum.
“Saya Nuha Alfeera datang untuk melaporkan diri bagi menjalani latihan praktikal di sini”..jelasku
“oh..ya saya ada diberitahu oleh bos pasal cik ni..okay sebentar ye cik saya maklumkan pada bos..”tambahnya lagi.
Aku melihat wanita itu masuk ke dalam pejabat untuk memberitahu hal tersebut kepada bosnya.
Tidak lama kemudian, kelihatan dia keluar semula mendapatkanku..
“Okey,Cik sila ikut saya masuk, ok by the way saya Hanim..panggil saya kak Hanim..selamat datang ke syarikat kami”ujarnya dengan ramah.
“Terima Kasih”,balasku dengan senyuman.

Aku mengatur langkah mengikut Kak Hanim menuju masuk ke dalam pejabat.
Apabila ketukan pintu Kak Hanim dibalas dengan arahan “masuk” yang kedengaran dari dalam, aku pun mula melangkah masuk bersama Kak Hanim..
“En. Fakhrul..ini dia Cik Nuha Alfeera, pelajar yang akan menjalani latihan praktikal dari UiTM tu,”Kak Hanim memperkenalkan aku kepada bosnya.
Aku melihat seorang lelaki yang sedang khusyuk membaca sesuatu di dalam diarinya..
Apabila diperkenalkan oleh Kak Hanim, lelaki tersebut dengan segera mengalihkan pandangan matanya kepada kami..dan saat itulah aku dan dia bertentangan mata..
Ya Allah debaran di dadaku semakin memuncak…kenapa aku seperti mengenali dia..

Dia memandangku penuh minat  tanpa menyedari tindakannya itu turut mengundangkan rasa aneh difikiran Kak Hanim. Hanya apabila kedengaran batukan kecil daripada Kak Hanim, barulah dia menyedari tindakannya itu salah dan mengarahkan aku duduk..
Kak Hanim meminta diri untuk keluar bagi memudahkan bosnya menjalankan sesi temubual dan menerangkan beberapa perkara penting berkenaan syarikat.
“Selamat datang ke Syarikat kami..Saya berharap awak dapat mempelajari banyak perkara sepanjang menjalani latihan di sini..”dia memulakan bicara..
“Terima Kasih Encik..saya pun amat berharap diberikan peluang dan pengalaman yang berguna dalam sepanjang berada di sini..”
“Boleh tak awak terangkan pada saya kenapa awak memilih bidang yang awak ceburi sekarang ini..”ujarnya inginkan kepastian.
Aku dengan penuh keyakinan menjelaskan dengan panjang lebar tentang apa yang ingin diketahui olehnya. Sesekali aku lihat dia mengangguk-anggukan kepalanya dan kadangkala raut wajahnya sedikit berkerut. Lantaklah apa yang awak nak fikir En. Bos.
Tiba-tiba telefon dimejanya bordering.
“Hello..”jawabnya pendek.
“Kenapa dia tak bagitahu saya plak, susah la macamni..teks ucapan yang saya suruh buat tu dia dah siapkan belum??..kedengaran dia bersoal jawab di telefon. Aku hanya mendiamkan diri.
“Oklah..saya nak buat camana kalau dia dah ada hal emergency..Nanti saya fikirkan la macamana nak buat tu semua..”

En. Fakhrul meletakkan telefonnya..kelihatan raut muka yang tenang sebentar tadi bertukar sedikit tegang..dia mula memejamkan matanya seolah-olah memikirkan sesuatu yang agak rumit…
Agak lama juga dia berkelakuan demikian..sebaik dia membuka matanya kembali baru lah dia menyedari tentang kehadiran aku yang seolah-olah dilupainya sebentar tadi..
“Hmm..maaf ek..tergendala plak urusan kita tadi..”
“Boleh awak tolong saya tak?Awak jurusan mass com kan?”
“Ya En. Fakhrul,Kalau ada yang saya boleh bantu saya akan usahakan..”
“Okey..good..saya akan hadiri seminar esok di Port Dickson..dan dalam seminar tersebut saya kena bagi ucapan bagi memperkenalkan syarikat kita ni..so ada beberapa syarikat consultant lain yang turut serta bagi dipilih menjadi consultant untuk memberikan latihan pada graduan yang akan menjalani “leadership training” sebagai persediaan ke luar Negara..
ok..this is first job for you…and I want this speech as soon as possible before you leave..
is it okay??..
Alamak mana boleh kata tak okey..aku menganggukkan kepala..
“Okey,detail syarikat awak boleh dapatkan dari Puan Hanim..dan saya akan minta dia bantu awak..”
Dengan segera dia menelefon Kak Hanim supaya masuk ke pejabatnya..





                         -------- to be continue

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!