MENCARI KEPASTIAN FRAG.1

Dalam diam dah hampir seminggu cuti semesterku berlalu begitu sahaja..
Kebosanan yang melanda usah dikata...
Balik-balik tengok tv..kalau tengok tv tu tentulah aku layan Korean Drama...
Selepas itu bila dah tiada cerita yang menarik, aku pun layan FB...update status...skodeng wall kawan-kawan..itulah kerja aku..hahahaa..
Dan kalau rajin sikit, tolonglah ibu aku memasak...itupun kalau ibu ada di rumah pada waktu dia tidak bekerja dan tidak menghadiri kelas...
kadang-kadang tu adalah kemas rumah dan sewaktu dengannya lah...
Begitulah rutin harianku sejak seminggu yang lalu..
Bosan usah dikata...selepas makan...dah kenyang mataku pun melabuhkan tirainya..
apa lagi tidurlah..ZZZZ...
Hai bilalah kau nak berubah Alfeera...
Kadang-kadang ibuku selalu juga membebel apabila melihatkan aktiviti anak daranya ini..
Habis nak buat apa lagi ibu,nak kerja mana ada orang yang nak terima aku kerja..
kalau setakat 2 minggu saja...tak berbaloi langsung...silap-silap gaji pun tak dapat...
Kalau dah bosan sangat mulalah aku mengacau si Husna dan Sheera...
housemate aku...a.k.a coursemate yang memang gila-gila...
rupa-rupanya mereka sama je macam aku ni...cuma bezanya Husna sibuk membantu keluarganya menguruskan pasaraya milik keluarga mereka..
dan Sheera dah mula berjinak-jinak dengan bisnes onlinenya...itu memang kepakarannya dan tak boleh dinafikan lagi..

---------------------------------------

Diam tak diam tinggal satu semester lagi untuk aku menamatkan pengajianku...
Hampir 4 tahun bergelumang dengan buku, assignment usah dikata, dengan tesisnya lagi...
yang membuatkan kepalaku bagai nak pecah...pulak tu ambil kursus Mass Comm...
Cam tak caya pulak kan...dah lah aku ni pemalu,pendiam...ambik 'course' yang begitu 'adventure'..huhu..
tetapi Alhamdulillah akhirnya aku dah sampai ke peringkat ini..
Tinggal satu semester itu yang perlu aku lalui untuk membuat praktikal..
Yang ni pun satu hal...kecut perut juga bila memikirkan...
Tapi aku bernasib baik kerana abangku yang baik hati itu sudi membantu mencarikan syarikat bagi membolehkan aku menjalani praktikal...
Abang Afnan..si doktor yang skema tu...panggilan aku untuk dia..nak tahu kenapa agaknya aku menggelarnya dengan perkataan skema...nanti aku akan cerita..
Kebetulan dia memang ada kawan yang bekerja di satu syarikat yang memerlukan lulusan seperti aku sebagai pekerja mereka..kata abang kalau prestasi yang aku tunjukkan sepanjang tempoh menjalani praktikal di syarikat milik kawannya tu bagus, kemungkinan mereka akan terus mengambil aku sebagai pekerja mereka..
OMG...'high expectation' betul ni..dari sebuah syarikat pada aku yang boleh dianngap sebagai budak hingusan lagi ni...ok..tak apa abang..adik abang ni akan cuba buktikan..kau boleh Feera...
tapi agak gementar juga untuk aku memikirkan..tinggal 3 hari saja untuk aku mula menjalani praktikal..hanya Tuhan saja yang tahu degupan jantung ini untuk menunggu 3 hari yang mendatang..




                     ------------------- to be continue.....


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!