Tabahnya Seorang Wanita

Berbanggalah kita menjadi seorang wanita...
Ini kerana kuatnya wanita ini sesuai dengan ketabahannya...
Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi..
Dari zaman sebelum berkahwin,
sehinggalah ke usia tua...
Berkahwinnya wanita itu bukan lah kemuncak kepada segalanya..
Di situlah bermula pelbagai ujian, dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi..

Memikul tanggungjawab sebagai isteri...
Samaada menjadi surirumah sepenuh masa, mahupun yang bekerjaya....
itu belum ditambah dengan pelabagai masalah lain...
Suami yang tidak faham dengan tugas dan tanggungjawab...
suami yang bermain kayu tiga...
lagi sakit apabila suami yang dengan tanpa rasa bersalah berkahwin seorang lagi tanpa alasan dan sebab yang munasabah......

Besarnya pengorbanan menjadi seorang ibu pula untuk seorang wanita..
Sakitnya dan besarnya cabaran untuk mengandung dan melahirkan anak....
Mudah atau susahnya saat melahirkan itu berbeza-beza untuk setiap wanita..
dan untuk setiap anak yang dilahirkan....
Tetapi Tuhan berikan ganjaran yang sangat besarkan kepada ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan seorang anak....dikira itu sebagai mati syahid...
Hatta di saat mengandungkan lagi seluruh malaikat mendoakan untuk mereka...

Susah sangat ke wanita untuk difahami...
Tidak banyak yang diminta....
Hanya perhatian...perkongsian tanggungjawab...
Kasih sayang.....dan penghargaan dari seorang insan yang bernama lelaki.....

Coretan dari insan yang bernama wanita....




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!