Cabaran BF berakhir pada usia 1 tahun..

Hai ibu-ibu Dan bakal ibu di luar sana...
Saya mohon maaf kerana lambat update cerita pasal pengalaman breastfeeding untuk baby yang kedua...
Sebenarnya tiada apa yang hebat untuk dikongsikan tetapi ianya lebih kepada perkongsian pengalaman supaya menjadi pengajaran kepada semua...
Cerita ini adalah kesinambungan dari entry saya yang lalu..
Jadi kena baca tu dulu baru tahu macamana ianya berlaku....

Cabaran BF saya...

Cabaran BF 2

Oklah..
Sebenarnya saya sangat sedih bila Si adik hanya mampu bertahan untuk BF pada usia setahun saja...
Sebabnya kakak dia saya berjaya untuk BF sehingga umurnya 2 tahun, itu pun saya harus berhentikan sebab dah pregnant baby kedua..rasa tak selesa masa tu jadi penyebab utama ditambah alahan yang agak teruk...
Kesedihan saya itu juga kerana saya tahu betapa berkhasiatnya susu ibu untuk anak-anak..
Saya juga seperti kecewa apabila melihat biras saya yang baru dua bulan melahirkan baby lelaki tetapi hanya mampu BF babynya itu untuk tempoh sebulan saja..
Alasannya air susu sudah tiada...
Remember the rule..'more demand more supply'...
Itu yang saya lihat kurangnya pada dia...
Dia jarang menyusikan baby nya atas alasan baby kerap tidur..
Nak marah tak boleh sebab mungkin dia tiada pengetahuan disamping tiada sokongan dari suami sendiri...
But for me is not a big problem...
Even saya pun suami tak pernah nak ambil tahu sangat...but I really concern about it...
So kena usaha cari maklumat kat mana-mana sekali pun...
Dan usaha untuk beli Pam yang berkualiti Walaupun terpaksa bayar dengan harga yang mahal....
Sebab saya nak anak saya membesar dengan sihat hasil air susu dari saya sendiri...

Ok...sambung cerita..
Berakhirnya cabaran BF saya adalah kerana pada usia Husna lebih kurang 10 bulan,dia sudah mula tumbuh Gigi...
Makanya aktivitinya yang suka menggigit itu dilakukan sewaktu sedang menyusu...
Sikit saja gigitan sudah cukup meninggalkan luka yang pedihnya hanya Tuhan yang tahu...
Kalau ikut petua orang dulu-dulu untuk menyembuhkan luka tersebut sapu dengan air susu itu juga tetapi malangnya ianya tidak berjaya...
Apabila kedua-duanya telah luka, Dan apabila dalam keadaan berpeluh, sakit Dan pedih itu hanya Tuhan yang tahu...
Jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor...nasib baiklah ada klinik doktor wanita ditempat saya itu...
Saya dibekalkan ubat sapu Dan juga pil tetapi menurut kata doktor itu pil tersebut tidak akan menjejaskan penghasilan susu badan saya.
Jadinya secara berselang seli sehari saya tidak akan BF Husna untuk membolehkan penyembuhan luka tersebut...
Dan disinilah bermulanya titik noktah berakhirnya cabaran BF saya...
Mungkin kesan ubat yang disapu pada breast saya menyebabkan baby Husna seperti tidak mahu BF lagi Walaupun saya akan mencuci sebersih-bersihnya sebelum BF dia...
Apakan saya, itulah yang saya sangat terkilan Dan kecewa...
So, inilah pengalaman saya...
Kalau ada ibu-ibu yang merasai pengalaman begini cubalah ikhtiar cara lain and last choice barulah ke klinik untuk dapatkan rawatan..




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!