MENCARI KEPASTIAN FRAG.4

Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang..
Hampir siap keseluruhan teks ucapan yang diminta oleh En. Fakhrul tadi..
Tapi aku kena pastikan tiada kesilapan.
Macamana nak buat ni..siapa yang aku nak minta tolong semak.
Aduhh En. Boss pula dari tengahari tadi ada mesyuarat di luar..
Baik aku Tanya kak Hanim..
Kelihatan kak Hanim telah mula mengemas mejanya..
Mungkin dah bersiap-siap untuk balik rasanya..
'Kak Hanim, En. Fakhrul tak masuk Ofis ya..?'Aku mula bertanya.
'Tak pasti la Feera, kenapa?'Kak Hanim membalas.
'Tak adalah saya nak minta dia semak apa yang dia suruh buat tu...
Kan esok seminar tu..
Jadi saya tak nak la banyak kesalahan sebab 'this is first job' for me...
Hmm..camana ya...?'Aku mengajukan persoalan yang sama.
kak Hanim berfikir sejenak.
'Haa apa kata Feera call dia..or mesej dia la..
Sebab dia ni tak pasti,kadang-kadang tengok angin dia la..kalau dia rasa nak masuk Ofis,dia masuk..
Kadang-kadang kita tunggu dia tak masuk pun..'
'Ohh..ya ke..aku menyampuk..
Akak ada nombor telefon dia..?'
'Hehehe..apa la Feera ni..mesti la ada.'
kak Hanim menuliskan nombor yang aku minta..sambil menjeling aku tersenyum..
'Yang akak senyum-senyum ni kenapa? 'aku berasa agak pelik..
'Nah ambil ni..tapi kan Feera akak bagi peringatan tau..boss kita tu dia ada angin sikit..jadi Feera kena pastikan Feera call atau mesej dia bukan 'at the wrong time'..
'Ok...akak balik dulu..
Wish you Good Luck...'
Aku terpinga-pinga..
Alahai..susah la macam ni..
Abang Afnan pun cakap macam tu juga..
Tiba-tiba telefon aku berbunyi.
'Helo..Feera ke tu?Abang ni..abang tak dapat ambil Feera la..abang ada emergency kes..so you better take a cab or naik LRT..
Boleh kan sayang..sorry..nanti duit tambang claim dengan abang..'
'Don't worry abang, I am a big girl..ok bye
Assalamualaikum..'.


Okey Feera..fokus apa yang kau nak buat sekarang ni..aku bermonolog..
Kena telefon juga sekarang ni..sebab aku tak suka tangguhkan kerja..
Aku mula mendail nombor En. Fakhrul menggunakan telefon pejabat..
Tiga Kali deringan baru panggilan aku diangkat..
'Helo..Assalamualaikum..'aku memulakan bicara.
'Waalaikumussalam.. Siapa ni'
'En. Fakhrul, saya ni Feera..saya ada hal nak bagitahu..'
'Eh..kejap..Feera awak tak balik lagi?'
'Belum,sebab saya dah siapkan apa yang En. fakhrul minta tu..so nak minta tolong semak..jadi...'
Serta merta cakap aku dipotong..
'Saya on the way balik Ofis..tunggu saya jangan pergi mana-mana..'
Perbualan kami dimatikan..
Kena tunggu la nampaknya Feera..
Sepuluh minit berlalu..
Dah sampai pun dia..dengan wajah yang kelihatan serius.
'Okey, let me check first'..
Aku hanya membiarkan dia melihat apa yang telah aku siapkan sambil dalam hati terbit seribu kerisauan..kelihatan wajahnya berkerut sesekali.
'Feera..change this..saya tak nak bahagian ni..seperti menampakkan kelemahan syarikat kita..
The whole page 2 and 3..the rest is ok
Do it now..'arah dia kepadaku.
Ada 6 muka surat aku taip..
2 mukasurat kena ubah..not bad..
Tapi dah jamberapa ni..
Apapun yang penting aku kena telefon ibu untuk memaklumkan kelewatan aku untuk sampai di rumah.
Nampaknya panggilanku tak dijawab tetapi aku sempat menghantar mesej kepadanya.

Aku mengambil masa hampir sejam untuk membetulkan teks ucapan yang disuruh En. Fakhrul tadi. Sesekali aku pandang pejabat dia untuk memastikan dia masih ada di situ. Agak risau juga bila tinggal aku seorang sahaja di ofis ni.
Selesai tugas tersebut aku terus ke biliknya.
'En. Fakhrul saya dah siapkan, Encik boleh semak,'aku memulakan bicara.
'Ok thanks, awak boleh balik,' jelasnya.
Dia memandangku sekilas lalu.
Dalam hatiku terdetik, tak nak semak ke?Kalau salah lagi kan susah..
Haissh Feera.biarlah yang penting kau boleh balik..jam dah menunjukkan hampir jam 7.00 tau.
Aku ke meja dam mengemas barang-barang peribadiku.
Tiba-tiba namaku dipanggil.
'Feera, saya hantar awak balik.'
'Err tapi saya..' aku cuba menolak.
'Saya dah bagitahu abang awak dan dia tak menolak, jom,'dia mengarahkan aku agar segera bergerak mengikutnya.



to be continued...








Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!