Tak tahu Nak Kata Apa..

Mendengar berita staff yang akan berpindah setelah dapat kelulusan pertukarannya itu saya tak tahu nak rasa apa....
Bukan mendengar tetapi melihat sendiri...
Kebetulan surat itu saya sendiri yang melihatnya bersama-sama dengan beliau sendiri, maka saya seperti merasakan peluang saya untuk memohon agak tipis nampaknya..hahahaha...
No...saya masih belum buat keputusan lagi...
Isthikharah masih belum dibuat....
Tetapi saya juga tidak terkejut bila ada seorang lagi nama yang turut terlibat dalam perpindahan dalam masa terdekat nanti....
Agaknya mungkin semua orang gembira mendengar berita ini nanti....
Ya lah bagi kebanyakkan orang yang tidak menyukai dia, mungkin itu berita gembira bagi mereka..
.
Senangkan...
kita ni...
bila rasa tak sesuai dengan persekitaran tu, better angkat kaki lambung...
No....bukan begitu sebenarnya...
Bila kita rasa tak diterima oleh persekitaran itu, lebih baik kita berhijrah...
Yup...melakukan penghijrahan untuk sesuatu yang lebih baik...
Bukan lari daripada masalah ekk...
.
Sebab ada sesetengah orang yang begitu...
Semua tempat yang dia pergi memberikan masalah kepada dia..
Siapa yang bermasalah sebenarnya??
.
Persekitaran?
.
Orang di persekitaran tersebut?
.
atau diri sendiri yang bermasalah?
.
tepuk dada tanya iman...hehehehe
.
luahan rasa juga dari seorang yang lain meyatakan seolah-olah peluang untuk dia bertukar juga seperti telah disekat kerana dianggap seperti orang penting untuk membantu dalam program yang sedang dijalankan..
tapi kita sendiri ada masalah peribadi masing-masing kan..
of course kita akan utamakan perkara tersebut daripada kerjaya kita..
.
kadang-kadang kita sanggup melepaskan apa yang kita ada semata-mata untuk mengejar sesuatu yang belum tentu kita akan dapat atau perolehinya..
manusia memang susah sangat untuk bersyukur kan..
jangan dipersalahkan sesiapa sekiranya apa yang kita kejar itu juga kita tidak akan dapat...
bak kata peribahasa tu,
yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...
.
bulan ni nampaknya susah untuk bercuti melainkan cuti umum yang kerajaan bagi je la..
.
sebab apa second staff saya terpaksa bercuti , paling banyak dia cuti dalam bulan ni...
tak apalah dia kampung nun di utara sana tambahan pula bapa dia dalam keadaan sakit di hospital..
maka saya kena bertimbang rasa...
huwaa...
bertabahlah...
mood kerja datanglah...
semoga dengan kehadiran kawan lama saya nanti segalanya akan dipermudahkan..
lama tak jumpa dia..
jadi saya harapa dapat membantu dia seperti mana dia pernah cuba membantu saya dahulu..



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!