Kasihnya seorang Ayah..

Rentetan banyak pihak yang berkongsi gambar perjalanan kehidupan Almarhum Tunku Jalil, Tunku Laksamana Johor sepanjang bertarung dengan penyakitnya, saya juga turut terkesan apabila melihat gambar-gambar tersebut...
betapa kasihnya DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim terhadap anakandanya sehingga dilihat sentiasa berada di sisi beliau semasa beliau dalam keadaan tidak sihat...
kasihnya seorang ayah tiada tolok bandingannya...sentiasa berada di sisi untuk memberikan semangat dan kekuatan kepada anaknya dalam bertarung dengan penyakit tersebut...
baginda juga turut pergi ke China semasa Tunku Jalil mendapatkan rawatan di sana untuk sentiasa berada di sisi anakandanya ketika menghadapi detik-detik yang sukar.....
betapa kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh baginda kepada anaknya dengan bergurau senda agar dapat menghiburkan hati anakandanya akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihat gambar yang mereka kongsikan di media sosial..
betullah seperti kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah tiada galang gantinya....
Semoga Almarhum Tunku Jalil ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman....
aamiinn...
Allahumagfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum..
















Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!