Kehilangan Yang Menakutkan...

Semalam adalah hari yang paling saya akan ingat sampai bila-bila...
Kegembiraan saya Dan suami untuk ke pasar pagi di Tai Hong Kota Tinggi, pasar yang menjual pakaian yang agak terbesar di Kota Tinggi telah bertukar menjadi tragedi..
Pasar ini memang dibuka setiap Jumaat sahaja...
Dan sememangnya yang agak excited adalah husband saya kerana dia belum pernah ke sana...
Sebaik sampai sahaja, kami mula masuk ke kawasan pasar..
Tiba-tiba husband saya terjumpa kenalannya..bila dah berjumpa, sudah tentu berborak lah mereka..
Saya memang tidak suka berdepan dengan situasi begitu.ya lah dah lah kami tiba jam 10.3o pagi..pasar akan tutup jam 12.00 tengahari..sementelah dengan cuaca yang panas saya memang tak sanggup menunggu lama..
Maka saya bergerak dulu beberapa langkah mencari tempat yang agak redup sambil menolak stroller Husna dan Kakak Syirah di sebelah saya..
Saya mula menelefon Husband menyuruh untuk segera datang ke tempat kami....
Selepas selesai menelefon dia, Dan kelibat dia kelihatan barulah saya perasan Kakak Syirah Dan tiada di sisi saya...
Ya Allah Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu...
Saya menjelaskan pada Husband yang memangnya dia ada di sebelah saya tadi...
Saya mula mencarinya dihadapan sambil mengarahkan husband terus menunggu di tempat saya menunggunya tadi....
Makin jauh ke hadapan kelibat Kakak tidak juga kelihatan...
Saya semakin cemas sambil mulut tak berhenti berzikir..
Saya menelefon husband sambil mengarahkan agar dia juga turut mencrinya...
Sememangnya target saya adalah tempat yang menjual barang permainan..
Tetapi kelibat dia masih saya tak nampak...
Saya terus bergegas ke tempat kami meletakkan kenderaan, bimbang juga kalau dia menuju ke kereta..tapi hampa dia tiada di situ..
Debaran di Dada saya semakin kuat...
Saya terus mencari Dan mula bertanyakan kepada peniaga di situ tetapi mereka tidak melihat kakak...
Saya turut teringat peristiwa semasa di dalam kereta tadi bila saya memarahi kakak kerana mulutnya yang tidak berhenti bercakap, rupanya itu Kali terakhir saya mendengar dia membebel...menyesal sungguh saya pada ketika itu..
Di fikiran mula terbayang pelbagai kemungkinan yang berlaku pada kakak...
Tiba-tiba husband saya menelefon...
Dia mengatakan kakak telah dijumpai...
ya Allah..syukur sangat...
Walaupun dalam tempoh hampir sejam kehilangannya, tetapi perasaan saya tidak dapat digambarkan...
Maafkan mama dan papa kakak kerana lalai dalam menjaga kakak...
Ini satu pengajaran buat kami suami isteri....
Semasa dijumpai kakak terus memanggil papanya...
Dia berada di tempat menjual mainan...
Menurut peniaga itu dia nampak kakak seperti kebingungan mungkin telah kehilangan ibu Dan bapanya...
Jadi dia menyuruh kakak duduk ditempatnya...
Dan sekiranya tiada sesiapa yang datang mengambil kakak dia akan menyerahkannya ke balai polis berdekatan..
Apapun kami ucapkan terima kasih kepada abang Dan kakak tersebut...
Kami tak sanggup untuk merasai kehilangan tersebut lagi...
Ya,mama Dan papa berjanji akan terus menjaga kakak dengan berhati-hati lagi selepas ini..Dan saya juga fobia untuk membawa dia ke pasar seperti ini lagi....

Mama Dan papa tak sanggup kehilangan kakak tau..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!