Indahnya Kehidupan Mereka..

Sejak Abah dah mula bersara daripada pekerjaannya bulan lepas,
saya lihat kehidupan mak dan abah banyak berubah...
mereka lebih banyak meluangkan masa bersama-sama..
selalunya Abah tak akan betah untuk pergi ke mana-mana dalam tempoh waktu yang lama...
contohnya kalau balik kampung, tidur semalam sahaja sudah cukup kerana Abah perlu bekerja pada keesokan harinya...
memang komitmen Abah terhadap kerja sangat tinggi....
kalau mohon cuti hanyalah sehari dua, tidak boleh lebih dari itu....
tetapi sejak dah bersara ni, Abah akan ikut sahaja ke mana yang mak nak pergi...
Kadang-kadang kami yang ada di rumah agak pelik juga bila ada sekali tu mak dan Abah pada awalnya hanya memenuhi jemputan adik abah untuk menjamu mereka makan steamboat selepas mereka selesai mengadakan majlis menyambut menantu baru-baru ni...
tetapi mereka tidak pulang, kami fahamlah mungkin mereka menumpang tidur di rumah adiknya itu...
kemudian kami terus menunggu kepulangan mereka sehingga lewat petang hari yang berikutnya...
tetapi tetap tidak sampai di rumah..setelah dihubungi, mereka menyatakan mereka ke rumah adik lelaki di Johor Jaya...
tidur semalam juga di sana...
nampak kan betapa Abah sekarang tidak kisah kalau diajak ke mana-mana..
Baru-baru ni juga Abah ada menyatakan agar saya tidak perlu menghantar cucunya Husna ke rumah pengasuhnya lagi...
saya juga agak pelik...sebab minggu lepas bila saya membayar upah kepada pengasuh Husna, dia juga menyatakan tidak perlu membayar penuh kerana Husna jarang dihantar ke rumahnya..
tetapi saya tetap juga membayarnya dengan bayaran yang selalu saya berikan...
dan malam tadi juga bila saya tanyakan perkara tersebut kepada emak, mak juga bersetuju supaya tidak perlu menghantar Husna lagi kepada pengasuhnya...
bukan apa, saya tiada niat untuk membebankan mereka berdua untuk menjaga anak-anak saya..
sementelah lagi si kakak tengah dalam cuti sekolah...saya agak khuatir dia akan selalu mengusik adiknya...
cuma saya hanya mampu membalas dengan melebihkan bayaran yang selalu saya berikan pada emak selepas ini apabila Husna tidak lagi dihantar kepada pengasuh....
walaupun saya tahu balasan itu tidak setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan....
Husna memang agak rapat dengan Atuk dan neneknya...
Bayangkan selama majlis perkahwinan adik ipar saya baru-baru ini, hanya sekali dia tidur dengan saya dan suami....
yang lebihnya dia tidur bersama atuk dan neneknya di rumah sewa kami kerana emak dan abah seperti memahami kesibukan saya dalam membantu menguruskan majlis tersebut...
kadang-kadang rasa sayu juga bila dia seperti kurang mendapat perhatian dari saya...
tapi tak apa saya akan cuba untuk berubah selepas ini....
pagi tadi juga, awal-awal pagi Abah memang dah bangun semasa saya hendak pergi ke tempat kerja...
dia juga telah menyapu rumah seawal pagi, suatu perkara yang saya sangat jarang nampak dia lakukan sebelum ini...
mungkin dia memang niat untuk membantu emak, kerana memahami situasi emak yang memang agak tidak larat untuk menyapu keseluruhan dalam rumah...
begitulah kehidupan mereka sejak akhir-akhir ini..
saya berdoa semoga kehidupan mereka terus dilimpahi dengan rahmat dan kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa mereka....
aaminn....


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!