MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 11

Malam selepas balik berjumpa dengan Husna, kepalaku terasa berat sangat.
Adakah mungkin disebabkan oleh hujan atau aku terlalu banyak fikir. Rasanya tak ada apa yang nak difikirkan sangat, melainkan kerja-kerja di pejabat sahaja. Tetapi itu semua sudah ku siapkan sebelum balik.
Selepas selesai mandi aku tidak dapat mengawal diri daripada terbersin, hidungku terasa sukar untuk bernafas, sumbat.. Ahh sudah selsema pula ke aku ni..
Tanpa menjenguk ke dapur untuk menjamah makan malam yang ibu telah sediakan, aku terus sahaja merebahkan diri di katil kerana sepertinya aku terhuyung hayang..tidak dapat mengawal diri.
.
.
Aku hanya tersedar apabila ibu mengejutkan aku untuk mengajak makan..apabila aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan angka 11.00 malam.. rupanya baru dua jam aku tidur..dan sepertinya kepalaku masih lagi berat..
.
Aku hanya mengatakan tidak berselera untuk makan dan terus melelapkan mata kembali mungkin kerana penangan panadol 'soluble' yang aku telan. Aku hanya terdengar suara abangku  berbicara di luar pintu bilikkku dengan ibu dan selepas itu aku terus hanyut dibuai mimpi.
.
.
Keesokan harinya lebih kurang jam 9.00 pagi aku terasa perutku sangat sakit dan tekakku terasa mual, mungkinkah kerana perutku telah dimasukki angin gara-gara tidak menjamah sebarang makanan malam tadi. Aku cepat-cepat bangun menuju ke bilik air dan terus memuntahkan segala apa yang ada dalam isi perutku. Ya Allah terasa sakit sangat sehingga tidak terdaya aku untuk memikul tubuhku sehingga aku jatuh terbaring dan aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu..
.
.
Terasa dingin tubuhku mungkin kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk. Aku cuba membuka mata dan terasa asing sekali tempat yang aku sedang lihat sekarang ini. Di manakah aku?
Tanganku terasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ku lihat ada sejalur wayar sepertinya aku telah dimasukkan air ke dalam badanku.
.
Ku lihat di sebelah kiriku kelihatan abangku begitu tekun membaca suratkhabar.
"Abang", panggilku
"Ohh Feera dah sedar" abangku mula bersuara.
"Feera kat mana ni," ujarku.
"Hospital la, mana lagi..Feera pengsan dalam bilik air, Feera tak ingat ye?"soalnya.
"Hmm..patutlah macam pelik je tempat ni,"jawabku lagi.
"Feera tak ada sakit yang teruk kan bang,"aku menyoalnya kerana bimbang juga tentang keadaan diriku.
"Setakat ni doktor cakap gastrik yang teruk, tapi kalau boleh jangan sampai terlupa nak makan lagi sebab boleh menyebabkan ulser perut pula. Kenapalah Feera tak makan? Lepas tu boleh pula dia bedal makan ubat dengan perut kosong,"bebelnya lagi.
Aku hanya berdiam diri dan cuba mengingat kembali apa yang terjadi sebelum ini. Memang aku mengaku kesilapan diriku sendiri tetapi keadaan pada masa itu memaksa diriku bertindak demikian.
"Thanks abang, jagakan Feera," aku cuba menutup kesalahanku dengan cuba berbahasa dengannya.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi seperti ada panggilan masuk. Abang menjawab panggilan tersebut dan sesekali matanya terarah ke arahku dan dia menganggukkan kepala. Tidak lama kemudian dia menamatkan perbualannya di telefon.
"Bos Feera kirim salam," jelasnya kepadaku.
"Hmm, waalaikumussalam," jawabku pendek.
"Abang pergi breakfast dulu ye, nanti dalam jam 10.00 ibu pula datang temankan Feera," Abang terus bergerak meninggalkanku untuk ke Cafe hospital.
Tiba-tiba terdengar seperti bunyi 'handphone' ku menandakan ada mesej yang baru sampai.
 Aku cuba mencari di dalam beg di tepi katilku tetapi tidak kelihatan dan aku membuka laci di tepi katilku. Di sini rupanya. Aku terus mengambilnya dan membuka untuk melihat mesej tersebut.
.
 "Assalamualaikum Feera, maaf mengganggu, harap Feera cepat sihat  dan jaga kesihatan tu ye supaya boleh cepat masuk kerja semula. Sebab saya rindu nak tengok senyuman Feera" mesej yang ku baca itu serta merta membuatkan dadaku berdegup kencang.
Apa maksud disebalik kata rindu itu? Ahh abaikan jela..lagipun dia kan bos aku. Tu la hari tu tak pedulikan orang tiba-tiba je langsung tak tegur kita, hmm rasakan lah kan. Bisik hatiku. Biarkanlah dia, lagipun aku ni kan hanya pelajar praktikal, walaupun kadang-kadang aku senang dengan personalitinya dan sikapnya yang tidak sombong, tetapi kadang-kadang aku terasa sorotan matanya sering melihat gerak geriku yang menyebabkan aku jadi canggung dan malu seketika untuk berhadapan dengannya.
 Harap-harap lamalah aku dapat cuti, dapatlah mengelak dari jumpa dengan bos aku tu.
Entahlah aku pun tak tahu nak cakap macam mana, tetapi lama kelamaan aku dapat merasakan sesuatu setiap kali apabila mata kami bertentang, cuma aku malas nak layan perasaan ini bimbang akan menoreh  kembali parut lama yang memakan masa untuk sembuh.
.
.
.........to be continue.......

                                     




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!