MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 12

Hari Isnin aku Sudah mula bekerja semula..
Selepas dua hari MC aku sudah merasakan cukup sihat untuk bekerja..
Pagi ini abang yang menghantar aku kerana dia juga masuk shif pagi.
Apabila sampai saja, aku keluar dari kereta selepas bersalam dengan abang.
"Take care Feera," abang mengenyitkan mata sebelah kirinya kepadaku.
Aku sedikit hairan, "Dah kenapa abang ni, " bisikku dalam hati.
.
Sesampai di mejaku ,aku terus 'on' kan Komputerku sebagai persediaan untuk melakukan kerja-kerja yang bakal aku lakukan hari ini.
Seorang demi seorang staf Fakhrul Consultant masuk ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi. Rata-rata bertanyakan keadaan diriku dan berasa lega aku telah masuk bekerja. Tidak lama kemudian kelibat Encik Fakhrul kelihatan. Apabila dia lalu di hadapan mejaku dia terus memandang ke arahku sambil tersenyum. Aku juga membalas senyumannya dan dia terus masuk ke pejabatnya.
.
Tidak lama kemudian Kak Hanim memanggilku menyuruh masuk ke bilik Encik Fakhrul. Aku sedikit gugup, sebab macam rasa kekok pula. Apabila pintu biliknya aku ketuk, terdengar suaranya menyuruh aku masuk. Aku masuk dan terus berdiri do haapan mejanya. 
"Encik Fakhrul panggil saya?" Soalku kepadanya.
"Duduk Nuha Alfeera," pelawanya. Aku sedikit pelik, kerana jarang dia memanggilku dengan nama penuh.
"Feera dah sihat?"
"Alhamdulillah bos, tak adalah teruk sangat tapi tulah ini pertama Kali kot jadi dalam hidup saya," jawabku sedikit panjang.
"Gembira saya tengok Feera datang kerja hari ni, apapun lepas ni jangan skip makan ye," dia seolah-olah Cuba menjadi abang kedua kepadaku. Aku Cuba tersenyum untuk mengelakkan dia mungkin terasa hati. 
"Kejap lagi ikut saya ye, kita jumpa klien," arahnya tetapi dalam nada yang agak lembut.
.
.
Sejam selepas itu aku dan dia dalam perjalanan ke Puchong. Kami  akan berjumpa dengan klien yang telah memilih kami untuk membantu dalam menguruskan majlis persaraan CEO Pertronas. Berdebar juga disebabkan 'event' ni agak besar dan turut melibatkan orang kenamaan. Aku , bos dan Puan Medina selaku secretary bos turut serta dalam perjumpaan bersama mereka. Tibanya kami di sana, kami telah disambut dengan mesra dengan tiga orang pelanggan kami tetapi apa yang lebih mengejutkan kerana aku melihat seseorang yang begitu ku kenali.
.
"Nuha Alfeera, apa khabar?" dia memandangku sambil tersenyum.
"Ye baik saja," jawabku pendek. Aku perasan sorotan mata bos memandangku. 
"Oh, Maaf En. Fakhrul, saya Nazif Ridzuan corporate manager dan senior Feera dulu dekat universiti," dengan bersahaja dia memperkenalkan dirinya kepada bos aku. Tak perlulah nak tambah ayat yang belakang tu. aku berbisik dalam hati. Rasa geram pula.
Encik Fakrul tersenyum dan mengangguk lalu kami duduk untuk memulakan perbincangan.
Sepanjang lebih kurang satu jam lebih perbincangan berjalan, aku mencatat apa sahaja perkara yang telah dibincangkan termasuk keperluan serta tugas pihak syarikat kami dalam 'event' tersebut, tetapi sepanjang itu jugalah aku berasa rimas apabila melihat pandangan mata Nazif ke arahku. Bukan sekali dua tetapi banyak kali dan aku juga perasan sepertinya bos tidak menyenanginya. 
Ya Allah kenapalah boleh jumpa dengan Nazif ni. Dia adalah seorang yang minat dengan aku masa di universiti dulu tetapi disebabkan pada waktu itu kau mempunyai hubungan dengan Abang Hilman, makanya aku tidak pernah melayani beliau.
Selepas perbincangan selesai, kami bergerak balik ke pejabat semula, tetapi Puan Medina meminta keizinan daripada bos untuk keluar lunch bersama suaminya yang turut bekerja i kawasan berhampiran dan akan dihantar semula ke pejabat oleh suaminya. Tinggallah aku dan bos dalam kereta berdua. 
.
Sepanjang beliau memandu aku hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk memulakan perbualan.
"Boleh saya tanya Feera?" dia memulakan perbualan.
"Ye bos, ada apa nak tanya?"
"Nazif tu siapa?"
"Senior saya masa di universiti"
"Ooh yang tu saya tahu, tapi saya lihat dia macam berminat sangat dengan Feera, asyik pandang Feera je"
"Eh yeke, mana ada bos,"
"Saya lelaki Feera, saya tahu macam mana lelaki ni bila dia minat dekat seorang perempuan tu"
"Hmm....entahlah ingatkan dah habis belajar dan dah tak jumpa saya dia dah lupakan saya, opps bukan maksud saya, saya tak pernah ada apa-apa dengan dia. Dia dulu senior yang cuba nak approach saya tapi saya tak pernah layan,'
"Tapi kenapa? He is good looking right, handsome" dia cuba memancingku dengan ayat tersebut.
"Soal hati dan perasaan sukar untuk dijelaskan bos" jawabku pendek dan berharap dia berhenti bertanyakan tentang Nazif.
.
.
..........to be continued.........



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!