MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 10

Tengahari tadi selepas lunch dengan Kak Hanim,  Encik Fakhrul memanggil aku masuk ke pejabatnya.
.
.
Aku mengetuk pintu biliknya sebelum masuk. 
Seperti biasa aku dijemput duduk olehnya.
"Feera, saya hendak awak dengar baik-baik apa yang saya akan terangkan ni. Saya akan bagitahu awak tentang peranan awak dalam majlis yang kita akan anjurkan nanti. Apa yang awak perlu buat adalah sediakan teks ucapan untuk perasmi nanti. Semasa majlis berlangsung awak juga dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengiring kepada isteri Datuk Hassan Dan membawa dia melawat ke sekitar pameran tersebut.
Aku menganggukkan kepala tanda faham tentang perkara yang beliau terangkan.
Tiba-tiba terasa 'handphone' ku bergegar  menandakan ada wassap yang baru masuk. Segera aku melihat ke screen handphone' ku. Ternyata ada mesej yang dari nombor yang sudah dua tiga hari mengganggu rutin harianku. 
.
Apa lagi la yang dia nak ni. Dah aku tak layan masih juga nak hantar wassap.
"Hai, semoga hari awak ceria dan dipermudahkan urusan pada hari ini"
Begitulah sepotong ayat yang baru dihantar yang menyebabkan fokus ku terganggu.
.
Aku terus dibuai dengan persoalan siapakah gerangan penghantar wassap ni sehinggakan aku terlupa berada di bilik bos.  Selama itu juga suasana sunyi sepi sehinggalah aku kembali mengalihkan perhatianku kepada apa yang akan bos bagitahu seterusnya.
.
"Ada apa- apa nak tanya?" Nada suara Encik Fakhrul seperti kedengaran pelik berbanding sebelumnya.
"Tak ada bos," jawabku.
"Ok awak boleh keluar,"arahnya.
Aikk,tadi macam banyak sangat nak bagitahu tentang tugas aku. Tiba-tiba dah jadi macam ni pula. Salah aku  sebab tak fokuskan. Padan muka kau Feera, bisikku dalam hati.
.
.
Setengah jam kemudian beliau keluar dari pejabatnya tanpa sedikit pun memandang ke arahku. 
.
Baiklah saya mengaku saya salah bos. Tapi kalau cakap terus terangkan kan senang, janganlah buat aku macam tunggul.
.
Alah dia kan bos..Kau siapa Feera..Ok aku "admit" tentang itu.
.
.
Biarlah mungkin dia tengah marah kot, so nak bagi hilangkan rasa marah dia tu mungkin aku perlu hilangkan diri buat seketika dari pandangan dia.
.
.
Take your time bos....
.
.
.
----to be continued---------



                                   




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!