MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 10

"Feera cepat sikit boleh x?", jerit Abang Afnan.
"Haisshh kejaplah, Abang ni kan, baru bagi tahu sekejap tadi lepas tu dah nak suruh Feera cepat," aku mengomel tanda protes.
"Yela, kalau  tak macam ni tentu awak tu bersiap lama, Abang dah janji tau,"
"Dah la, Abang ni pergi je la dengan kawan abang tu, Feera malas lah nak pergi. Nanti abang seronok borak dengan dia kita ni pulak jadi macam kera sumbang," aku mula memberi alasan untuk mengelak dari keluar.
"Dah jangan nak mengada ngada, abang tunggu,"balas abangku.
Begitulah abang Afnan kalau kita sudah mengatakan bersetuju untuk mengikutnya keluar, makanya tiada sebarang alasan yang boleh diterima untuk menolak. Aku faham kenapa dia begitu. Akulah satu-satunya adik perempuannya dan dia juga terlalu sibuk sampai tiada masa untuk dirinya sendiri, Makanya apabila telah ada masa yang terluang untuk dirinya sebolehnya dia akan mengajak aku untuk turut serta kerana di sinilah peluang untuk dia meluangkan masa bersamaku.
.
.
Aku dan Abang Afnan telah mula bergerak keluar dari rumah. Beliau seperti biasa memandu dengan penuh berhati-hati. Aku kenal dengan sikapnya yang satu ini. Oh ya hari ini kami bercadang bermain badminton bersama tetapi bukan berdua sahaja. Abang mengatakan ada seorang rakannya yang turut serta. Lagipun Abang Afnan telah berjanji untuk tidak mengabaikan aku  dan dia memberikan jaminan aku pasti seronok. Confident level yang tinggi betul abang aku yang sorang ni. 
.
.
Sesampai kami di gelanggang badminton, aku mula mengambil tempat seperti biasa. Kasut sukan mula aku sarung untuk memastikan  aku benar-benar bersedia untuk bermain. Semasa dalam kereta sebentar tadi Abang mengatakan hari ini dia ingin berlawan dengan aku dan rakannya. Siapa yang kalah kena belanja. Adoiyai, abang ni biar betul. Aku ni belum kerja lagi mana lah ada gaji untuk belanja dia makan dan rakannya tu. 
Jangan mengalah sebelum berjuang, hahahaha..aku rasa nak tergelak, tapi dalam hati sahajalah.
Abang aku ni pun memang tak patut betullah. Awak berdua lelaki nak pula berlawan dengan perempuan, harap-harapnya mereka tak bermain bersungguh-sungguh dan kesian sedikit pada aku. Doaku dalam hati.
.
.
Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang menyapa abangku yang tidak jauh dari kedudukanku. Disebabkan aku duduk membelakangkan abangku makanya rupa pemilik suara itu aku tidak nampak tetapi suara seakan dekat dan pernah ku dengar. Takkanlah dia kot.
.
.
"Assalamualaikum Feera," suara itu menyapaku.
Aku memejamkan mata seperti dapat agak milik siapa suara itu.
"Waalaikumussalam," lantas aku menoleh ke belakang.
"Eh bos, buat apa kat sini," tanyaku untuk menghilangkan rasa debar di hati. Dia memandangku dengan senyuman manisnya. Ya Allah , jantungku berdegup lebih laju.
"Saya datang nak main badminton lah," jelasknya.
 Serta merta aku menjelingkan mataku ke arah abangku.
Hiss memang la abang ni, kenapa awal-awal tak bagi tahu yang rakannya yang hendak bermain bersama itu bos aku sendiri, aduhh aku pun silap tak tanya kawan dia yang mana satu. 
Bawa bertenang Feera, buat macam biasa dan anggaplah tiada apa-apa yang terjadi. Baiklah kau kena fokus tahu tak. Kena menang kalau tak nanti tak pasal-pasal kau kena belanja.
.
Perlawanan dimulakan dengan abangku bermain dengan bos aku terlebih dahulu. Bersungguh-sungguh mereka bermain, tetapi nampak gayanya macam bos aku yang lebih menguasai permainan. Aku terus memerhatikan perlawanan mereka dan akhirnya permainan tamat dan seperti yang telah dijangka dimenangi oleh bos.
.
.
Jadi selepas perlawan mereka aku pula yang harus bermain dengan bos. Aku juga memberikan fokus dan melakukan yang terbaik tetapi seperti yang telah aku agak, tenaga lelaki tidak akan sama dengan wanita. Bos memang sangat pro dan mungkin inilah kelebihannya dalam sukan ini dan akhirnya kau tewas di tangan bos.
.
.
Dan bila kekalahan menjadi milikkku aku sudah bersedia dengan perkataan yang akan keluar dari mulutnya tetapi lain pula yang terjadi.
.
.
"Boleh tahan juga ye awak main Feera,"dia cuba menaikkan kembali semangatku yang dilihat agak keletihan.
"Alaa bos lagi hebatkan, tak dapat nak saya tandingi,"aku cuba mengakui perkara tersebut.
"Oklah, jom Nan, Feera kita pergi minum,"
"Ok, bos nak minum kat mana, saya kena belanjalah sebab saya dah kalah,"
"Eh, tak apalah, tiada istilah kalah dan menang dalam hal ini. Kita bermain hanya ntuk seronok kan'"
"Tak apalah, saya belanja awak dengan kawan baik saya ni," dia terus berjalan menuju ke keretanya.
.
.

.to be continue...........

'

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!