RAGAM STAF BARU

Hujan yang turun sejak dari pagi dan berhenti sekejap dan turun lagi walaupun sekadar gerimis menimbulkan idea pula nak update post...
Ye la sebab harini berpuasa semula lepas break sehari semalam gara-gara tak tahan kursus online di rumah duduk saja makanya jam 10 terasa lapar amat...so dok hentam mkn megi sedap..haa ambil 600 gm berat naik....asalnya nak puasa semalam dah bangun sahur tapi ke laut nampaknya...so hari ini Insya Allah akan bertahan...
.
.
so hari ni share tentang ragam satu staf baru bawah unit saya.
beliau ni nampak agak matured sebab umurnya dah 30 lebih, pendiam, tetapi seorang yang  kerja yang diarahkan tak pernah menghampakan..tetapi...hmm...yelah bila nama pun staf lelaki bila disuruh buat kerja-kerja sebagai contoh buat surat memang kurang arif....makanya memang dalam sehari tu 3 hingga 4 kali dia bertanya tentang perkara yang sama untuk dapatkan kepastian walaupun masa tu saya tengah menghadap kursus secara online..... headphone dengar penceramah bagi lectured tapi mulut dok menerangkan kepada dia....
.
Memang begitulah karakter orang lelaki..sejenis yang kita kena cakap direct, jangan cakap berpusing-pusing, berulang-ulang tapi tak tahu hujung dan pangkalnya...
memang banyak surat nak kna settlekn ada dekat 11 rasanya tetapi isinya sama cuma yang perlu ditukar adalah alamat nak ditujukan, nombor letterhead dan tarikh....sampai ke sudah jam 4.30 saya habis kursus online beliau masih tak dapat siapkan surat tersebut dan malangnya surat yang dah siap beliau print tu salah sebab tandatangan staf yang sudah pindah...
saya masa tu hanya mampu bersabar sahaja sebab saya tahu ini first time dia buat jadi nak tak nak saya kena tolong dia...dia taip surat..sy scan kan dan ahad dia tinggal emelkan saja.
Alamatnya hingga jam 5.30 petang baru saya punch out keluar dari ofis bagi memastikan kerja-kerja dia settle.
Apapun saya bersyukur sebab kehadiran dia di unit kami dapat banyak meringankan kerja-kerja perkeranian yang sememangnya kami pegawai-pegawai tak menang tangan untuk laksanakan..semoga awak banyak belajar dan berjaya dalam kerjaya apa pun yang awak akan lakukan..
.
.
.tq Mr S.....


Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!