TERUSLAH BERBUAT KEBAIKAN

Hai...berjumpa lagi nampaknya kita for new post...
.
Hari ini rasanya macam dalam keadaan haru biru..
.
Yela...disebabkan pelbagai tugas yang harus dibuat...di tambah dengan mesyuarat lagi..
Sakit pula sampai anak mata ini...mungkin sebab tadi pagi jam 3.00 pagi terjaga sehigga ke sudah saya tidak tidur...tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....
.
.
Faktor usia mungkin,  maka disebabkan itu waktu tidur pun mudah terjaga...
Apapun syukur kerana terus diberikan kesihatan yang baik...
.
Mohon doakan untuk adik perempuan saya yang sekarang ini sedang berada di KPJ kerana ada masalah berkenaan rahimnya..Beliaulah satu-satunya adik perempuan yang saya ada disebabkan saya mempunyai ramai adik beradik lelaki.....
.
Dan juga untuk adik bongsu saya yang berada di HSI, admit masuk hari ini kerana menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang tangannya yang patah apabila terlibat dengan kemalangan motosikal baru-baru ini....
.
Bila kita diuji dengan nikmat kesihatan yang ditarik balik, barulah kita sedar peri pentingnya kita menjaga kesihatan..saya sudah dilaluinya pada hujung tahun lepas dan menunggu untuk next appointment pada hujang bulan Jun ini...semoga resultnya baik-baik sahaja kan..
.
.
Ok cerita pada hari ini tentang berbuat baik sesama manusia...
.
.
Kadang-kadang ada betulnya pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...
.
.
Tetapi....
.
Janganlah kita mudah berputus asa dan merasa give up untuk membuat kebaikan kepada orang lain kerana merasakan apa yang kita terima tidak setimpal...kerana satu hal yang saya belajar dari kehidupan apabila kita ikhlas berbuat kebaikan, makanya balasan yang akan kita perolehi walaupun di dunia kita tidak akan dapat, Insha Allah ganjaran yang besar menunggu di sana.
.
Dan teruslah berharap hanya pada Allah kerana apabila kita berharap pada makhluk, kita pasti akan kecewa......absolutely true......
.
.
Ye saya sedang belajar untuk untuk meng'ikhlaskan' diri dengan semua tindakan saya kerana saya sedar betapa bernilainya harga sebuah keikhlasan......
.
.
Situasi COVID 19 di Malaysia juga nampaknya menunjukkan penurunan dan Alhamdulillah diharapkan semuanya akan kembali pulih dan kita dapat menjalani kehidupan normak kembali...
.
.



Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!