MENCARI KEPASTIAN BAHAGIAN 9

.
.
Hari ini aku sampai awal di pejabat. Ini disebabkan mama yang menawarkan diri untuk menghantar aku kerana mama juga keluar awal disebabkan perlu menghadiri kursus.
Disebabkan kami bertolak awal dari rumah masing-masing tidak sempat bersarapan tetapi mama sempat membekalkan aku sandwich telur dan tuna. Abang pula on duty jam 7.00 pagi baru selesai tugas dan kebiasaannya dia akan sampai ke rumah lebih kurang jam 9.00 pagi. 
.
Bila aku tiba di pejabat jam 8.30 pagi memang tiada sesiapa lagi yang ada di pejabat tetapi aku agak pelik kenapa lampu pantry menyala. Bila aku menjengukkan diri ke pantry tidak kelihatan kelibat sesiapa di situ dan aku kembali ke meja aku. Setelah meletakkan beg aku di dalam laci aku mengambl sandwich yang mama bekalkan untuk di makan di pantry. Niat hati untuk membancuh horlick yang memang telah aku simpan di pantry tersebut memandangkan horlick adalah minuman kegemaranku. 
.
Selesai membancuh horlick aku duduk dan membuka bekal makananku dan aku kemudiannya mula membuka hpone...macam biasala menjenguk ke laman blog aku. Tiba-tiba terdengar suara berdehem, aku lantas menoleh ke belakang. 
Terperanjat sungguh aku bila melihat kelibat En. Fakhrul. 
"Maaf Encik Fakrul, saya tak perasan ada orang rupanya yang dah sampai dulu kat ofis ni, sebab tu tadi saya perasan lampu pantry ni menyala," luahku menutup debaran di dada.
"Tak apa, saya pun terpaksa sampai awal hari ini sebab nak menghadiri perjumpaan dengan CEO KWSP pasal event yang syarikat kita kena kendalikan nanti," jelasnya tanpa diminta.
"Err Encik nak minum, kalau nak saya tolong buatkan," ujarku menawarkan diri untuk membancuhkan minuman untuknya.
"Boleh juga, buatkan saya Horlick macam awak," jawabnya.
Aiik, bos pun suka minum ke?soalku dalam hati.
Setelah minumannya aku siapkan, aku berikan kepadanya.
"Boleh saya duduk di sini?" dia bertanya.
Nak cakap tak boleh, dia kan bos.
"Boleh duduklah, bukan pantry saya pun kan" jawabku. Dia tersenyum, tapi sungguh Ya Allah  senyuman itu sangat mengingatkan aku pada seseorang.
"Feera bawa bekal apa?" dia bertanya.
"Ohh mama bekalkan sandwich tak sempat nak breakfast kat rumah tadi, Bos nak rasa? Ambillah, ada 4 keping ni," ujarku mempelawanya.
" Oo terima kasih,"
"Sedap, pandai mama Feera buat"
"Ala sandwich biasa je, tak adalah susah sangat kan, bos pun mesti pandai buat,"
Suasana diam seketika, mungkin kerana kami berdua sedang menikmati sandwich tersebut.
"Feera, saya nak tanya sikit boleh?" dia mula memulakan perbualan.
"Bos tanya je la, kalau saya boleh jawab saya jawab,"ujarku secara spontan.
"Waktu awak free, awak buat apa Feera?''
"Saya suka tulis blog, saya suka window shopping dan saya suka jalan-jalan cari pasal, opps taklah bos bukan cari pasal tapi jalan-jalan cari ketenagan contoh pergi ke pantai ke tengok pemandangan ke,"
Dia tekun mendengar ceritaku.
"Ehh kenapa bos tanya, yela saya ni kan pelajar praktikal sahaja,"
"Tak adalah saya saja nak kenal dengan pekerja saya, yela walaupun awak praktikal mana tahu ada rezeki awak untuk terus bekerja di sini,"
"Aamiinn,"aku segera meng'aminkan apa yang dikatakannya sambil tersenyum.
"Awak suka kerja kat sini Feera?" dia bertanyakan lagi.
Alamak nak jawab jujur ke tipu ni..hehehe Sebenarnya walaupun selalu juga kena marah bila aku melakukan kesilapan, tetapi jauh di sudut hatiku aku senang bekerja dengannya. Entahlah mungkin disebabkan dia mirip seseorang yang sangat aku rindu makanya aku meletakkan kelebihan tersebut untuk terus kekal lama bekerja dengannya. 
"Feera, awak dengar tak saya tanya?"
"Oo maaf bos,  sori la kadangkala saya mengelamun,"
"Saya suka kerja kat sini, di samping ada kawan-kawan yang banyak membantu dan ramah dan saya juga dapat  banyak pengalaman disebabkan saya kan bakal tamat pengajian jadi sangat berguna  sekiranya syarikat bos sudi menawarkan pekerjaan pada graduan macam saya ni. Yela kan sekarang susah nak cari kerja, Jadi kalau dapat kerja yang memang bidang saya semasa saya belajar, alhamdulillah.
Dia tersenyum sambil mengangguk.
"Tapi bos jangan salah sangka tau, saya tak nak bos ambil apa yang saya cakap ni, saya nak kalau bos pilih saya pekerja dekat sini, bos ambil saya disebabkan kemahiran dan kebolehan saya ," jelasku supaya tidak menimbulkan salah faham.
.
.
......to be continued......... 

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!