Terima Kasih Along..

Hari ini saya nak share tentang anak saya yang sulung..a.k.a Along (anak husband saya) panggilan kami untuk dia...
.
Kalau siapa pernah baca entry saya sebelum ini, saya pernah ada tulis tentang bagaimana saya menjadi ibu express untuk 3 orang anak...
Along...Angah...dan Abang...
.
.
Express Mom To Be
.
.
.
dah 18 tahun umur along...tetapi dia masih bersekolah di Sekolah Menengah..
bukan Tingkatan Enam sebab memang dia tak ambil SPM tahun lepas...
so cikgu telah ada perancangan untuk dia, hanya En. husband yang tahu secara detail kerana biasanya setiap awal tahun persekolahan cikgu akan panggil ibu bapa datang ke sekolah membincangkan perancangan untuk pelajar sepertinya...
.
kalau siapa tengok gambar atau jumpa dia memang akan nampak dia seperti orang normal...
tetapi dia adalah anak istimewa kami...
anak disleksia....yang selama ini saya pun tidak tahu apa itu disleksia sehinggalah mempunyai anak seperti dia....
.

Along kiri....Angah kanan....

disebalik kekurangan dia Tuhan berikan kelebihan dia memang seorang yang sangat aktif bersukan...
rasanya satu Malysia dia dah round hanya untuk pergi pertandingan sukan...
.
sejak dua menjak kebelakangan ini saya memang selalu sensitif terutama apabila En. husband balik berseorangan ke rumah family saya...biasanya sebulan sekali..
Along, Angah dan Abang tak ikut sejak kebelakangan ini....
tapi Husband ada juga bagitahu diaorang sibuk dengan aktiviti kat sekolah..
so saya mula lah start fikir yang bukan-bukan...
macam-macam bisikan jahat merasuk di fikiran...
untuk menyedapkan hati makanya Jumaat lepas saya pun wassap ke nombor telefon Angah..
sebelum ini saya memang tidak pernah ada nombor telefon dia...
jadi saya pun minta dengan En. Husband...
saja nak bertanyakan khabar dia di samping nak wish Good luck untuk exam PT3...
dah hantar wassap tapi tak reply..tak sampai kot sebab tiada double tick...
so saya mesej saja...
dengan Along pun saya wasaap juga sebab untuk cuba meluahkan apa yang terbuku dekat hati saya...
Angah sempat balas wassap saya...Salam dan tanya khabar saja yang saya hantar
...tapi dia tak tanya siapa...
nampaknya mesej yang saya hantar tidak dibalas sampai ke hari ini tapi saya pasti dah sampai...
.
.
.
 bila hati dilanda kesedihan, dapat wassap dariapada reply daripada Along macam ni, rasa lega sedikit perasaan saya..



 


                                            




nasihat untuk saya...janganlah cepat berkecil hati dengan anak-anak..siapa pun mereka ini, kita sebagai ibu bapa yang kena bijak meransang mereka untuk bertindak..
Senyum sikit ek mama...(>_<)

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!