Buat tatapan seorang kawan...

Bulan yang sama tetapi tahun yang berbeza nampaknya....
.
.
apa pula ni ek....hahaha...
buat suspen jer...
.
Sebenarnya saya tidak tahu nak definisikan apa tentang hubungan kami...
nak kata kawan, macam tak...
sebabnya saya tak layak jadi kawan dia...
Nak kata sahabat pun tidak juga...
kerana saya tahu besarnya peranan seorang sahabat....
.
sehingga sekarang umur 34 tahun pun saya tidak mempunyai seorang pun yang layak dipanggil sahabat...
mungkin juga kerana saya juga tidak mempunyai ciri-ciri menjadi seorang sahabat yang baik....
.
tetapi satu yang saya tak pernah lupa adalah segala kebaikan yang pernah dibuat kepada saya....
kata-kata semangat serta tunjuk ajar yang diberikan serta pertolongan yang tidak terbalas jasanya hanya Allah sahaja yang tahu....
walaupun selepas itu banyak juga perkara yang membuatkan saya sepatutnya membenci dia...
tetapi itu saya tidak akan lakukan kerana saya sedar saya juga manusia biasa.....
mungkin selama ini saya sendiri tidak sedar yang saya telah melakukan perkara yang sama pada orang lain......
tetapi Demi Tuhan, apa pun yang berlaku kepada dia tika dan saat ini, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya...
Makanya, saya akan terus bersangka baik....
Mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dia.....
Sebab paling utama adalah saya juga mahu perkara yang baik sahaja berbalik kepada saya...
Harapan saya semoga Tuhan sentiasa merahmati perjalanan hidup dia.....
.
.
Tuhan, tolong jagakan dia untuk semua orang yang masih menyayangi dan memerlukan dia tanpa dia sedar...
.
.


pesan saya untuk dia, carilah hikmah atas apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita.....


berbaik sangkalah dengan Allah kerana hanya dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...


Terima kasih Tuhan kerana pernah menghadirkan dia dalam kehidupan saya...
.
.
Semoga sinar bahagia dan kejayaan akan terus melimpahi kehidupannya pada masa hadapan...
aaminn....

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!