Cabaran 1 hari tanpa gadget🤔🤔

Baru-baru ini saya nak share sedikit pengalaman yang saya sendiri lalui..
Sewaktu appointment di HSI nak cabut gigi minggu lalu...
Gara-gara gelabah cari parking...
jam 8.00 sebenarnya saya dah sampai dan appointment pula memang sepatutnya jam 8.00,tapi sebab susahnya nak cari parking maka terlewat 15 minit..
So bila pergi di kaunter pendaftaran Ya Allah..ratusan manusia sedang menunggu giliran dipanggil...
Makanya..jam 11.30 pagi baru jumpa doktor...
Tapi apa yang saya nak share adalah bagaimana gelabahnya saya sebab dah terlewat 15 minit..sampaikan handphone tertinggal dalam kereta...
So tawakal je sebab rasanya saya letak telefon tu di sebelah tempat duduk je...tapi boleh tak nampak kan masa nak ambil beg sekali...
So dr jam 8.15 sampailah jam 2.30 lebih kurang (selesai saya mengambil ubat)..langsung tak menghadap handphone...
Sebenarnya saya rasa lega juga sebab ianya tidak mengganggu konsentrasi sewaktu menunggu giliran untuk mencabut gigi..
So....ada kebaikannya sebenarnya bila kita tidak memegang gadget di tangan...
Hidup lebih rasa bermanfaat..kurang diganggu dengan pelbagai cerita atau bualan yang entah apa2 dalam group-group wassap...
Itu baru 6 jam kan(lebih kurang laa)..
Cuba kalau 1 hari....
.
Tu sebabnya bila semalam pergi ke HSI semula,saya bawa buku untuk mengisi masa terluang sewaktu menunggu giliran untuk buka jahitan..tetapi malangnya memang tidak boleh baca buku disebabkan suasana yang hingar bingar..bising...
Makanya tengok je lah gelagat manusia...
.
So...Saya cabar diri saya dan anda juga...hehehe...
Jom kita lakukan untuk 1 hari....tanpa gadget a.k.a handphone..
.
Kat situlah baru kita rasai nikmatnya bersama keluarga...
Mengeratkan hubungan bersama anak-anak...
Dapat Melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat......
Jom kita cuba okeyy😉


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!